Tuesday, December 28, 2010

Minum air Kencing


Tadi membelek-belek surat khabar yang semalam. Semalam tak sempat nak baca sebab letih sangat. Pagi-pagi buta pergi Langkawi, petangnya balik rumah pula. As usually, bila naik feri jer mesti mabuk-mabuk laut. Rasa berputar dunia. Rasa macam ada batu belah batu bertangkup jer dekat kepala. Sakit siotttt..After tuam dengan air ice cube, makan panadol dan tido sebentar, baru ok skit.

Back to tajuk entry, panjang lebar mukadimah kan. Korang mesti terkejut, terkesima, terharu dan ter..ter.. lagi la bila tengok tajuk entry ni. Aku yang baca tadi pun terus..eeyerrrrkkkkk.. kenapakah?mengapakah?adakah?? sumber [my metro]

KUCHING: Biasanya orang sakit akan mendapatkan rawatan daripada doktor atau bomoh, tetapi lain pula ceritanya dengan seorang warga lanjut usia Singoi Jaya, 96, yang minum air kencingnya sendiri.

Kaedah yang dianggap pelik dan meloyakan tekak bagi kebanyakan orang itu mula dilakukan Singoi kira-kira 50 tahun lalu selepas dia terjatuh dari atas pokok langsat.


“Pengalaman pertama saya minum air kencing sendiri ialah selepas terjatuh dari atas pokok langsat. Oleh kerana tidak dapat menahan kesakitan, saya nekad meminum air kencing saya sendiri dengan harapan boleh sembuh.

“Mujurlah kesan kejadian yang menyebabkan kencing saya bercampur darah itu pulih selepas beberapa hari kemudian dan saya boleh bangun dan berjalan seperti biasa,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Rekap, Kampung Giam, Jalan Puncak Borneo di sini.


Menurut Singoi, kali kedua dia mencuba kaedah itu ialah selepas tergelincir dan terjatuh sehingga menyebabkan tangannya patah dan kakinya tercedera.


“Cara ini mungkin sesuai dengan saya, tetapi bagi orang lain saya tidak sarankan mereka melakukannya,” katanya.

Singoi berkata, dia tidak gemar mengambil ubatan moden sekiranya diserang demam dan selsema, sebaliknya mengamalkan aktiviti ringan yang boleh mengeluarkan peluh seperti berkebun dan bersenam.


Dia mendakwa masih mampu mengusahakan tanah yang seluas kira-kira dua hektar berhampiran rumahnya dengan tanaman lada hitam, limau, pisang, cili dan mengendalikan sebuah kolam ikan keli.

“Jangan malas buat kerja seperti berkebun untuk mengeluarkan peluh kerana jika malas badan tidak akan berpeluh dan badan kita akan menjadi lemah serta mudah diserang penyakit.” katanya.


Pelik tapi benar ^_^


Friday, December 24, 2010

Semoga Kebahagiaan Milik Kalian


Woman was made from the rib of man, She was not created from his head to top him, Nor form his feet to be stepped upon, She was made from his side to be close to him, From beneath his arm to be protected by him, Near his heart to be loved by him.

Dalam bulan ni jer, banyak betul aku update pasal kenduri kawen kan. Iyela, dah nama pun cuti sekolah, of course la ramai orang nak mendirikan rumah dan jugak tangga kan. klik [sini] dan [sini] untuk cerita kawen mengawen..hikhik.

Tadi menskodeng gambar kawen my ex-rumate masa di UMS. Sungguh gorgeous. semalam sempat chatting dengan dia kejap jer. Tu pun dia cakap nak melayan suami. ceitt..bikin jeless..tak pe ko idet, ko telah berjaya menaikkan hormon kegatalanku [*gedikss tahap maksimum]..By the way, Selamat Pengantin Baru buat Puan Noor Wahida bt Melawi aka idet dan En. Nazir Suleiman aka Najey. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. Cepat-cepatla dapat baby yang kiut-miut. Boleh i pi cubit mencubit. hehe.

Pn idet ku sayang, kamek tak dapat pergi kenduri kendara kitak sebab kitak jauh sangat. Di Simunjan, Sarawak sinun. Kalau u buat majlis resepsi dekat PWTC ke, komfem i pergi menyebukkan diri..haha..Lama woo diorang ni couple, since masa diorang PLKN. Akhirnya ke jinjang pelamin jugak, alhamdulillah..

Jom mentengok gambar beliau yang sangat gorgeous. Sori najey, i mencurik di fesbuk u, takpe kan..haha


Macam pinang di belah dua kan..sama cantik, sama padan. Kenapa dua-dua orang ni nampak chubby yer??senang hati kut..hehe


caption kat FB najey: "tanda kasih kepada sang suami"..gumbiranya hati dia..


Kucupan tanda kasih dan sayang...^_^


Okey, ni baju kawen dia sebenar kut. Dia cakap, dia yang design sendiri. Cantik..cantik.. idet, memang nampak sangat ko suka color coklat kan..


Acara suap menyuap..kau suap aku, aku suap kau..oh lomantiknya..^_^


Pelamin yang superb gorges..mak suke nyahhhh


Gambar yang di bawah ni berpakaian jepun dan minangkabau [aku main hentam cakap jerr]. Cantik la, patutla dia cakap tak sempat nak buat outdoor photoshoot, posing baju berpasang-pasang. Pastu nak kena simpan tenaga untuk malam nanti pulak..tetttttttt



Cantik tak kawan i??cantik kan..cantik kan..hehe..Banyak kenangan di UMS dulu. rindu la pulak. waduh-waduh tetiba teringat masa menjadi students yang baik dan sopan-santun..haha..eh, bukan nakal dan pemalas ke??nanti aku cerita kenangan aku jadi students UMS pulak yer..^_^

Thursday, December 23, 2010

Sedang Sakit Hati


Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain


Okey, start tarik nafas, hembus..tarik..hembus..okey, relax seketika, renggangkan otot-otot anda..

Perhatikan tajuk entry ini..iyea..saya memang sedang mengalami kesakitan hati. tolong-tolong!!! Saya sangat tidak berpuas hati dengan sikap manusia yang SUKA JAGA TEPI KAIN orang. Tengok tu saya CAPLOCK kan..maksudnya saya memang tak suka. Titik..

Entry ini adalah luahan hati saya. Bila saya fikir mesti rasa habuk masuk mata..hey, saya sensitif tau..once broken, consider sold.

Kenapa ada makluk Allah yang suka jaga tepi kain orang yer?? Puan, kain saya tak berharga juta-juta la. Saya mana mampu beli kain mahal-mahal. Saya pakai kain pun waktu malam jer, tu pun kalau seluar saya dah takde. Kenapa anda perlu jaga tepi kain saya??aiyaaa..takpa-takpa. Kalau tepi kain saya koyak, saya jahitkanlah. Puan ingat saya tak pandai jahit ke??

Kenapa ada manusia sekarang ni suka buka mulut yang berbau petai dan jering tu ek?? Puan, kalau anda pergi melabur, anda duduk 15 minit kat situ, anda pun akan muntah hijau tau. [sori, menggunakan perumpamaan yang melampau]. Puan try la buat amal ibadat sikit bagi wangi sikit mulut tu. Susah ke??

Tadi cerita tepi kain, lepas tu buka mulut yang busuk sekarang saya nak cerita fitnah pula.

الْفِتْنَةُ أَشَدُّ مِنَ الْقَتْ
FITNAH itu adalah lebih kejam dari pembunuhan. Okey, saya bukannya ustazah, tapi saya pernah bersekolah di sekolah agama. Saya ada belajar la juga, saya bukan jahil sangat pun. Ya Allah, kalau aku yang silap, tolong maafkan diri hambaMu yang kerdil ini.

Sangat-sangat mendukacitakan bila manusia sudah jauh dari ajaran Islam. Sanggup mencemarkan nama baik sesama saudaranya. Manusia kini telah hilang rasa sayang, hilang rasa bersimpati, hilang rasa tolong menolong, dan akibatnya terjadilah seperti ini. Suka menjaga tepi kain orang, kesudahannya, menabur fitnah. Kenapa kita perlu menyerbu orang dengan kata-kata yang tidak seronok didengar oleh hawa telinga?? Salah ke kalau selidik dahulu supaya kita tahu kebenarannya. Saya tahu..mesti beliau nak jadi pembaca berita tapi hajatnya tak kesampaian. iyela, nak sebarkan berita kan. Kalau berita di TV tu adalah kenyataan, berdasarkan fakta tapi cerita beliau auta..hmmm..

Jika kamu berkata mengenai perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya bererti kamu mengumpatnya, jika perkara yang tidak berlaku pada dirinya bererti kamu memfitnahnya.


p/s: terasa tersentuh bila puan emak memberi nasihat. Kalau orang mengata (mengumpat) kita, kita cakap ALHAMDULILLAH sahaja. Allah itu Maha Adil, Maha Bijaksana. Kita perlu berdiam sahaja. Mudah-mudahan orang itu menyesal dan mengakui kesilapan mereka.





Friday, December 17, 2010

Gotong Royong membuat bubur asyura


Bubur Asyura ialah bubur yang dibuat dengan pelbagai campuran pada 10 Muharram iaitu pada Hari Asyura. Ia juga dikenali sebagai sugha.

Kalau nak tau sejarah Hari Asyura, klik [sini]

Hari ni, mak aku dengan kawan-kawan kelas mengaji dia bergotong-royong buat bubur asyura. Awal-awal pagi lagi mak aku kejutkan aku bangun rebus kacang kuda dan goreng kacang. Dengan muka mengantuk dan bermalas-malasan, kenalah bangun.haha..lepas buat entry ni nak pi sambung tido..ngantuk maa

Masa awal-awal pagi tu takde orang datang lagi kat rumah, so kena mengemas-ngemas dan buat la pa benda yang patut. Lepas dah habis kerja, aku masuk la dalam bilik melayan facebook jap, keluar ja bilik, mak aihhh, dah ramai orang kat dalam rumah..malu la pulak..

Sangat suka tengok orang gotong-royong buat kerja. Semua orang sibuk buat kerja, aku pun tolong jadi penyebuk juga. Dah nama gotong-royong kan, kerja yang susah menjadi mudah. semua orang ada tugas masing-masing, ada yang kupas kacang, potong ubi, perah santan, nyalakan api, buat cekodok..sangat seronok bila kerja beramai-ramai ni.

Tengokla gambar kat bawah ni. Malas nak buat caption [omg..malas yer anak dara ni]..hehehe









dan..inilah hasilnya..







Nampak sedap kan..memang sedap pun..^_^

Willingness to compromise with others' ways of living and cooperation in common tasks, these make living happy and fruitful






Wednesday, December 15, 2010

Mari Mandi Laut sambil nyanyi Lautku Cukup Masin


Dah lama tak dengar lagu Laukku Cukup Masin nyanyian Spider kan. Aku mati-mati ingat lirik dia lautku dah cukup masin. Padahal yang sebenarnya laukku dah cukup masin. ni kalau masuk jangan lupa lirik komfem-komfem la aku dapat RM500. tu pun selepas guna ketiga-tiga talian hayat.haha..patutla aku search GOOGLE lautku cukup masin takde pulak keluar lirik..haammpehh..

Laukku dah dah cukup masin
Laukku cukup masin
Tak perlu engkau tambah garam


Aku pernah bagitau yang aku pergi bercuti dengan famili di langkawi di sini dan nak cerita percutian aku kan. so ni kira episod pertama la sebab gambar-gambar ni pun aku baru ambil dekat facebook abang aku. Kesan mandi laut hari tu, sampai sekarang selsema aku masih wujud. tengok sini kalau nak baca luahan hatiku. itula dik nonn..orang suruh makan ubat 3 kali sehari ko makan 1 kali sehari. bila nak lega?? ko bawalah sapu tangan dan tisu ke hulu ke hilir. kan bagus. pasni orang panggil ko minah tisu..teehee~

Sangat bergembira bila dapat mandi-manda di laut. Sangat suka jugak kalau dapat buat aksi huru hara..hambik kau. melampau betul. tapi sangat tak best tak boleh mencuci mata time tu. [mat saleh berbikini takdak..tak bangun tidur lagi kut pagi-pagi]..hikhikhik


Bersama anak buah aku yang tomey. Apsal muka dia nampak takut jer. muka umi dia bersemangat gila..haha


Saya suka gambar ni. tatkala ni dia dah suka bermain dengar air. baru berumur 7 bulan lebih. dah pandai jalan. pasni nak ajar dia berenang pulak la..haha


abang aku cakap, pelampung ni boleh buat serban orang arab. dia tunjuk sambil nyanyi lagu "ya ali, ali baba, ya ali, baba.."..haha..lucu bangat deh


masa ni aku masih di chalet. demam kura-kura. besala...gadis kampung yang tak boleh kena aircond. best gila depa buat istana masa ni. guna mainan khas tu


muka keriangan terpacar di wajah mereka-mereka ini


pasangan romantik..abangku dengan his wife. pakai baju liverpool tu. Ni fan YNWA. ada lagi sorang nak join boleh??hahaha..tetiba pulakss


Ni chalet yang kami duduk..cantik kan view dia. silalah berkunjung ke AB MOTEL di Pantai Chenang, Langkawi yer ^_^


Nanti aku sambung cerita pasal percutian di Langkawi ni lagi yer. Sangat suka melihat laut. Laut merupakan terapi ketenangan hati. Mari melihat LAUT


Keep love in your heart. A life without it is like a sunless garden when the flowers are dead. The consciousness of loving and being loved brings a warmth and richness to life that noting else can bring







Jodoh dan Keturunan


Renungkanlah sedalam-dalamnya. Hanya ALLAH yang Maha Berkuasa ke atas
sesuatu..

"Jangan terlalu memandang bintang di langit hingga kita terlupa rumput di bumi."




Tidak,

Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat. jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh2 bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.


Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "


"Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.."



Saturday, December 11, 2010

Penangan Putera Katak


Iklan berbayar..hikhik

Chomel tak???chomel tak??silalah kata chomel..nanti aku belanja korang coklat kopiko satu, nak??teehee~
Ni gambar skandal i dengan putera monyet..iyeela.silalah percaya dengan gosip liar ni. Akan keluar di pawagam tahun hadapan "Putera Monyet". Sila booking tiket cepat-cepat, takut habis nanti.


okey, back to the strory..


Korang ikut tak cerita Putera Katak di Slot Lagenda TV3 pukul 4.30 petang. Semenjak aku menjadi manusia yang bercuti 43 hari ni (uwaaa..cuti dah semakin nak tamat), semakin rancak aku menjadi penghuni tetap depan kaca tv. Aku ikut cerita Putera Katak ni jer pun..best oo citer dia. Tergoda aku dengan katak gemuk yang kiut tu, oh putera katak, sudikah dikau menjadi haiwan peliharaanku..ohh tetiba jer kan..

Akibat Penangan cerita Putera katak ni

Situasi 1: Kanak-kanak chomel
Tadi bersembang dengan sorang akak ni. Dia cerita la ada katak masuk rumah dia. Lepas tu dia ambil la penyapu nak halau katak tu. Anak akak tu yang berumur 5 tahun pun cakap kat mak dia
"Mak, jangan halau katak tu, adik nak ambil bela. Nanti dia boleh menjelma jadi putera raja"
Mak dia terdiam tanpa berkata apa-apa

Nah engkau..budak tu pun nak jadi macam Nora Danish yang suke katak.alahai comelnya.Takpe dik, nanti akak pergi kidnap katak puru nora danish tu yer..

[gambar dari encik google]


Situasi 2: Makcik-makcik

"Dah pukul 4.30 petang tak lagi??nak balik rumah tengok Putera Katak..Lawak gila cerita tu.ee..geli geleman tengok katak puru gemuk, macam mana la depa boleh pegang"

Tengok, makcik-makcik pun tak melepaskan peluang tonton cerita Putera Katak. Mak cik, kalau terlepas pun 1 episod boleh tengok lagi dekat www.tv3.com..semua benda di hujung jaring



Situasi 3: Si Gadis manis
"Loor..baru pukul 2.00 petang, tidoq dulu la, kunci jam pukul 4.30 petang nak tengok Putera Katak"

Wahh..sanggup tu si gadis ni. Macam kenal jer sapa..haha..buat-buat tak kenal yer..



p/s: tadi pi tengok citer Hantu Mak Limah..hmmm..no komen. pegi tengok sendiri la


Friday, December 10, 2010

Pernah Dengar Lagu Cuppycake??


Korang pernah dengar tak lagu Cuppy cake yang comel tu..alolo..so kiuttt..Masa aku first time dengar lagu ni, terus teruja dan tertarik dengan suara budak comel tu. Aku try nyanyi guna lirik sendiri..haha..lawak seh..tah apa-apa jer aku hentam. Di bawah ni lirik sebenar lagu tu


"You're my Honeybunch, Sugarplum
Pumpy-umpy-umpkin, You're my Sweetie Pie
You're my Cuppycake, Gumdrop
Snoogums-Boogums, You're the Apple of my Eye
And I love you so and I want you to know
That I'll always be right here
And I love to sing sweet songs to you
Because you are so dear"


Di bawah ni video lagu cuppy cake yang dinyanyikan oleh seorang chubby boy..senyum jer aku tengok video ni.



Video di bawah ni pula original cuppy cake song..budak ni sangat kiut. Patutla suara dia pun chomel..geramnyeee aku





p/s: saya rindu kamu. oh tetiba. Kalau kita rindu orang tu, kita tengok bulan. Bulan cuma ada 1 jer. Orang tu pun akan tengok bulan yang sama. Jadi, kita akan rasa dekat dengan orang tu sebab merenung bulan yang sama..


Thursday, December 9, 2010

Mari membuli budak membuat doorgift kenduri

Sangat suke kalau dapat membuli budak hingusan..kan..kan..Lagi-lagi budak tu yang lurus bendul dan rajin, yea dak??
Memang kaki buli betul kan..
Aku ada anak angkat, namanya Mohd Adib Farish. Korang ingat artis jer ke ambik anak angkat. Ingat Misha Omar dengan Aliyah yang tak kawen lagi tu jer ke ada anak angkat. Aku pun ada la.teehee~
Actually budak ni mak aku jaga since umur dia 3 bulan hingga 2 tahun. Sekarang umur dia dah 3 tahun. Sekarang ni dia dah ada mak baru. So, dia datang rumah aku kejap-kejap je la. Dia still tak lupa orang yang duk basuh bontot dia masa kecil-kecil. Orang yang selalu buli dia. Tak lain tak bukan, aku la tu..

Aktiviti membuli bermula..

Aku tanya dia, nak makan laksa tak sebab hari tu mak aku masak laksa. Then, budak ni cakap la nak..nak..Muka dia innocent gila kan. Masa ni aku tengah breakfast. Breakfast pukul 11 kut. Besalah, cuti-cuti mengelat la. Bangun lewat. Bangun tu pun sebab mak aku kejutkan adik angkatku datang. Dengan sepantas kilat bangun pi tengok dan layan bak putera katak raja..hehe..sungguh baik hati kan


Tengok gambar ni, sempat lagi menjeling dekat kamera hp cap ayam aku kan.
Dia cakap kat aku, "kakchik, nak toyu (kicap-bahasa standard)". Aku pun tuang la toyu dalam laksa dia.

Then, dia cakap lagi, "kakchik, nak ayaq (air-bahasa standard)".
Aku tanya la, "nak ayaq milo ka nak ayaq teh??"
Dia jawab nak ayaq teh

Aku tanya lagi, "nak ayaq teh ka nak ayaq milo??"
Dia jawab nak ayaq milo

Hampeh betul kan..dia ambik perkataan kat belakang. Kalau aku cakap nak ayaq milo ker ayaq longkang mesti dia cakap air longkang kan..hehe..jahat gila kan


itu baru bab mengambil hati..

Lepas tu aku tanya dia, nak coklat tak?? Aku bagi la dia coklat bola 3 biji..
"Adip nak tolong kakchik tak? Kita masukkan coklat dalam bekas karung ni"
Dia pun mengangguk jer
Aku bahagi siap-siap coklat yang nak letak dalam karung tu lepas tu dia yang masukkan dalam karung. Rajin kan. Tak sempat pulak aku nak snap gambar kerajinan dia. Kecik-kecik dah pandai menolong orang. Siap tak bersungut (mengeluh) lagi tu. Kalau adik aku yang umur 18tahun tu aku suruh buat kerja, komfem nak upah. Suruh budak hingusan ni tak payah upah, bagi coklat bola 3 biji dah suka..hahaha..jahat tak??jahat tak??

Okey, inilah hasilnya..

doorgift ni simple jer untuk kenduri.....
nanti aku update di entry lain yer..Banyak betul entry yang tergantung kan. Maaf yer..ceq janji ceq update nanti..mau menghabiskan membuat doorgift lain..bye..bye




Wedding My Colleagues



Bila dua hati dah terjalin
Selamatlah pengantin kami doakan
Moga redha Allah bersinar selalu
Tanda bermula bahtera hidup

Dalam melayari bahtera rumahtangga
Ada masa tenang dan masa gelisah
Jangan nafsu diikut melulu
Sabar dan kemaafan itu perlu


Beginilah resam manusia

Tak lari dari ketentuan Ilahi

Suami ketua isteri pembantu

Melangkah hidup saling berpadu

Susah dan senang hadapi bersama

Moga kekal ke anak cucu
Moga kekal hingga ke syurga


Indahnya bait-bait lirik lagu selamat pengantin baru nyanyian kumpulan hijjaz ni.

Pernikahan merupakan sunnah para nabi dan para rasul. Pernikahan bukan sahaja sebagai salah satu tanda-tanda kekuasaan dan kurniaan nikmat dari Allah malahan manusia yang berpasangan laki dan perempuan akan memulai menjalani kehidupan baru, iaitu kehidupan rumah tangga, yang menjadi dambaan setiap manusia di muka bumi ini. Pernikahan merupakan jalan yang paling bermanfa’at dan paling afdhal dalam upaya merealisasikan dan menjaga kehormatan diri kerana dengan nikah inilah seseorang terjaga dirinya dari apa yang diharamkan Allah s.w.t.

Cuti sekolah tidak lengkap jika tidak dipenuhi dengan undangan perkahwinan. Sebelum ni aku ada menceritakan perkahwinan rakan sekerja di SMKTP [klik sini], entry kali ni pun berkenaan perkahwinan rakan sekerja aku juga. Semoga perkahwinan kalian semua akan berkekalan hingga ke akhir hayat. Semoga menjadi pasangan yang saling memahami dan bertanggungjawab di antara satu sama lain.











Wednesday, December 8, 2010

Surat untuk Enchik S



Kehadapan Enchik S yang disayangi,

Encik S, masuk hari ini sudah 6 hari kau mendampingi diriku. Tidakkah kau berasa jemu bersamaku??setiap kali kau ada bersamaku setiap kali itulah aku terpaksa menggunakan khidmat tisu. Kau membuatkan diriku berasa hiba sekali..

Encik S, kehadiranmu membuatkan hidupku rasa tak sunyi..kedengaran suara haaiiichumm dan shhruuhh dirimu. Kadang-kadang aku rasa sedikit terganggu. Kau menghalang aku membuat aktiviti luar. Badanku rasa tidak sedap sekali. Hidungku pulak seperti badut kemerahan. Mulutku tak payah pakai gincu maybeline, tetap merah bak delima. Yang paling aku sedih, kau telah ganggu selera makanku. Bila aku nak menambah inchi kalau kau berkelakuan seperti ini? Tidakkah kau kasihan pada diriku?

Encik S, aku dah tak larat membawa sapu tangan dan tisu bersamaku ke mana-mana sahaja..Sehinggakan di waktu tidurku, kau tetap mendampingiku..Aku selalu sangat terjaga di kala tengah malam. Di kala itulah akan ada kau disisiku.

Encik S yang disayangi, aku telah berikan kau pelbagai ubat untuk hilangkan kau dari hidupku. tapi kenapa kau masih mau mendekatiku. Sudah-sudah la tu sayang..next time kita berdating lagi yer. Sekarang ni aku nak bersuka-ria dengan family aku

Encik S, aku harap kau mendengar luahan hatiku ini. Hamba Allah yang sangat lemah ini..Sayangku SELSEMA, nanti kita berkawan lagi yer, sekarang ni kau pergi la jalan-jalan ke mana-mana dulu. Baik-baik sayang..teehee~


yang benar,

~Insan lemah~





[tengok tu tisu berlonggokan. sungguh tak senonohkan anak dara ni..aiyaa..bikin malu kompeni ni je. ada aku kesah??]



Saturday, December 4, 2010

Wong Solo: Kekasih Gelapku

Menaip entry dalam keadaan celecema, tisu di kanan, lappy di tengah, bantal mucuk yang dah lama tak dipeluk di kiri..haiiichuumm..i'm soriiiii (seperti gaya Amir Raja Lawak 3)..hehe
ni mesti terkena penangan aircond chalet semalam.memang gadis kampung yang hanya boleh menghirup udara segar di kampung je la..hikhik

Aku sedang bercuti bersama famili di Langkawi..yeaayyy..sangat bersuka ria, bermandi-manda, bershoping menghabiskan duit, bercanda-canda..ayat macam tak penah jejak kaki di langkawi je. padahal setahun menabur bakti sebagai pendidik di sini..teehee~
Nanti aku cerita pasal percutian di Langkawi dalam next entry, hokey?

"ku mencintaimu lebih dari apapun
meskipun tiada satu orang pun yg tahu

ku mencintaimu sedalam-dalam hatiku
meskipun engkau hanya kekasih gelapku"


masihkan anda ingat pada bait-bait lirik lagu ini. sangat femes suatu ketika dahulu..wahh..tetiba je kan.mengimbau kenangan lalu

berbalik kepada tajuk entry aku.siapa wong solo tu??kenapa beliau menjadi kekasih gelapku??
memperkenalkan....


ini la Wong Solo kekasih gelapku.apsal gelap je kan tempat ni..tangkap gambar ketika malam dan menggunakan kamera henpon cap ayam memang la macam ni. kalau korang terasa nak makan makanan selera indon datang la sini..banyak seh makanan lazat-lazat. cuba dulu komen kemudian. Restoren Wong Solo ini terletak di Seksyen 7, Shah Alam..dekat dengan Jakel Shah Alam tu..
(hehe..boleh jadi host jalan-jalan cari makan tak?)


pemandangan di dalam restoren Wong Solo. sangat menarik la. dihias ala-ala jawa style..betul ke?? aku main hentam cakap jer..kami pilih meja duduk bersila. al-maklumla orang kampung. tapi tak sempat pulak snap gambar tempat yang cantek tu. teruja pulak aku..


si gadis sedang beria-ria memilih menu hidangan..beliau sangat kagum sehingga tak dapat diucap dengan kata-kata. makanan yang belum pernah beliau rasa sebelum ini..boleh tak nak try yang ini, yang ini dan yang ini..wahh..tamaknya..besala orang belanja kan


Tolongi aku pilih dong..semuanya kelihatan enak-enak sekali.
Kalau korang nak tau, restoren ni pernah diterjah oleh krew jalan-jalan cari makan. ala yang dulu host dia Maria Tunku Sabri, sekarang ni Sarina Redzuan kalau tak silap aku..


Dan akhirnya aku memilih Nasi Ayam Penyet..sangat sedap wa cakap lu..ada ayam kampung yang dipenyetkan, ada sambal yang superb pedas, ada tempe goreng yang sangat lazat dan ada terung sumbat..sangat-sangat lazat..terliur la pulakk


mereka inilah yang memperkenalkan aku kat Wong Solo ni. sungguh teruja anak buah aku kan..ni famili akak aku


Macam mana?? dah kenal kan kekasih gelap aku. kalau orang tengok tajuk entry ni mesti terpikir mamat Lombok mana pulak kan..hikhik..
Baru aku perasan, entry aku sejak akhir-akhir ni banyak pulak promote tempat IKEA, ONE UTAMA..yela..aku tengah bercuti kan. of course la cerita tempat-tempat menarik yang aku pegi


p/s: nak sambung tido..sakit kepala la pulak..sangat tak suka bila kedemaman sebegini..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails