Thursday, December 23, 2010

Sedang Sakit Hati


Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain


Okey, start tarik nafas, hembus..tarik..hembus..okey, relax seketika, renggangkan otot-otot anda..

Perhatikan tajuk entry ini..iyea..saya memang sedang mengalami kesakitan hati. tolong-tolong!!! Saya sangat tidak berpuas hati dengan sikap manusia yang SUKA JAGA TEPI KAIN orang. Tengok tu saya CAPLOCK kan..maksudnya saya memang tak suka. Titik..

Entry ini adalah luahan hati saya. Bila saya fikir mesti rasa habuk masuk mata..hey, saya sensitif tau..once broken, consider sold.

Kenapa ada makluk Allah yang suka jaga tepi kain orang yer?? Puan, kain saya tak berharga juta-juta la. Saya mana mampu beli kain mahal-mahal. Saya pakai kain pun waktu malam jer, tu pun kalau seluar saya dah takde. Kenapa anda perlu jaga tepi kain saya??aiyaaa..takpa-takpa. Kalau tepi kain saya koyak, saya jahitkanlah. Puan ingat saya tak pandai jahit ke??

Kenapa ada manusia sekarang ni suka buka mulut yang berbau petai dan jering tu ek?? Puan, kalau anda pergi melabur, anda duduk 15 minit kat situ, anda pun akan muntah hijau tau. [sori, menggunakan perumpamaan yang melampau]. Puan try la buat amal ibadat sikit bagi wangi sikit mulut tu. Susah ke??

Tadi cerita tepi kain, lepas tu buka mulut yang busuk sekarang saya nak cerita fitnah pula.

الْفِتْنَةُ أَشَدُّ مِنَ الْقَتْ
FITNAH itu adalah lebih kejam dari pembunuhan. Okey, saya bukannya ustazah, tapi saya pernah bersekolah di sekolah agama. Saya ada belajar la juga, saya bukan jahil sangat pun. Ya Allah, kalau aku yang silap, tolong maafkan diri hambaMu yang kerdil ini.

Sangat-sangat mendukacitakan bila manusia sudah jauh dari ajaran Islam. Sanggup mencemarkan nama baik sesama saudaranya. Manusia kini telah hilang rasa sayang, hilang rasa bersimpati, hilang rasa tolong menolong, dan akibatnya terjadilah seperti ini. Suka menjaga tepi kain orang, kesudahannya, menabur fitnah. Kenapa kita perlu menyerbu orang dengan kata-kata yang tidak seronok didengar oleh hawa telinga?? Salah ke kalau selidik dahulu supaya kita tahu kebenarannya. Saya tahu..mesti beliau nak jadi pembaca berita tapi hajatnya tak kesampaian. iyela, nak sebarkan berita kan. Kalau berita di TV tu adalah kenyataan, berdasarkan fakta tapi cerita beliau auta..hmmm..

Jika kamu berkata mengenai perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya bererti kamu mengumpatnya, jika perkara yang tidak berlaku pada dirinya bererti kamu memfitnahnya.


p/s: terasa tersentuh bila puan emak memberi nasihat. Kalau orang mengata (mengumpat) kita, kita cakap ALHAMDULILLAH sahaja. Allah itu Maha Adil, Maha Bijaksana. Kita perlu berdiam sahaja. Mudah-mudahan orang itu menyesal dan mengakui kesilapan mereka.





7 comments:

Gee Jah Noor said...

sabar ye cikgu roshni..dlm dunia ni memang ada yg suka jaga kain orang..yakni kain kita..sebab kain kita wangi..kain dia busuk..huuu lagi dasat perumpamaan i nih..he..

ahmad endo said...

dengar je.....

iman said...

kenapakah dengan hidup anda wahai adik?

iman said...

kenapakah dengan hidup anda wahai adik?

syira aka sepatu hijau said...

salam

jangan diturut pada hati yang sakit :D

Rossnie said...

@Gee Jah Noor: betul tu gee jah tayunk..sokong2..bg lagi perumpamaan yg puaka..i sukee

@ ahmad endo : sy tak ckp pun..saya tulis..so bc jer la ek..hikhikhik

Rossnie said...

@ iman: pnjang citernya kak ain..nnt i story2..

@syira aka sepatu hijau: kalau nk ikutkan memang malas nk turut tp mmg kna pikir juga.at least blog tempat luahkn rasa hati dn pendpt..so skrang ni hny mampu bdoa yang terbaik..:)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails