Thursday, December 9, 2010

Wedding My Colleagues



Bila dua hati dah terjalin
Selamatlah pengantin kami doakan
Moga redha Allah bersinar selalu
Tanda bermula bahtera hidup

Dalam melayari bahtera rumahtangga
Ada masa tenang dan masa gelisah
Jangan nafsu diikut melulu
Sabar dan kemaafan itu perlu


Beginilah resam manusia

Tak lari dari ketentuan Ilahi

Suami ketua isteri pembantu

Melangkah hidup saling berpadu

Susah dan senang hadapi bersama

Moga kekal ke anak cucu
Moga kekal hingga ke syurga


Indahnya bait-bait lirik lagu selamat pengantin baru nyanyian kumpulan hijjaz ni.

Pernikahan merupakan sunnah para nabi dan para rasul. Pernikahan bukan sahaja sebagai salah satu tanda-tanda kekuasaan dan kurniaan nikmat dari Allah malahan manusia yang berpasangan laki dan perempuan akan memulai menjalani kehidupan baru, iaitu kehidupan rumah tangga, yang menjadi dambaan setiap manusia di muka bumi ini. Pernikahan merupakan jalan yang paling bermanfa’at dan paling afdhal dalam upaya merealisasikan dan menjaga kehormatan diri kerana dengan nikah inilah seseorang terjaga dirinya dari apa yang diharamkan Allah s.w.t.

Cuti sekolah tidak lengkap jika tidak dipenuhi dengan undangan perkahwinan. Sebelum ni aku ada menceritakan perkahwinan rakan sekerja di SMKTP [klik sini], entry kali ni pun berkenaan perkahwinan rakan sekerja aku juga. Semoga perkahwinan kalian semua akan berkekalan hingga ke akhir hayat. Semoga menjadi pasangan yang saling memahami dan bertanggungjawab di antara satu sama lain.











3 comments:

I-nie91 said...

tempat makan die cntik,.ceyes,.
jrang nmpk org guna warni ni,.=)

http://bicarasigadisdesa.blogspot.com

Rossnie said...

@ I-nie91: seyesly..sangat cantik..tergoda la plak..

MiZi said...

member tuan tanah dah kawen.. tuan tanah ni dah kawen ker blom

http://contengcorner.blogspot.com/2010/12/perjalanan-ke-kuala-lumpur.html

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails