Monday, November 29, 2010

Berdating di ONE UTAMA


Sangat la penat hari ni..seharian berjimba-jimba..sempat lagi update blog yer..2 hari tak berdating dengan blog..ada sawang la..jap-jap nak bersihkan (oh..tipu..baru semalam jenguk-jenguk jap)

Sungguh indah bercuti..boleh tak kalau nak sambung cuti lagi 2 bulan??ehh..ko ingat ibu berpantang ke apa?teehee~

okey..entry kali ni malas nk story mori banyak-banyak..lepas ni nak memeluk enchik bantal buchuk..sangat kemengantukan..macam tak cukup tido jer..tu la..orang suruh bercuti ko pegi berjalan-jalan..sila paaanggggg muka sekali..degilll!!

sebelum keluar rumah wajib tangkap gambar syok sendiri..nak tengok mekap ok ke tak..mulalah bergedik depan kamera cap ayam..:)


oh..sangat excited dapat ketemui sama mereka-mereka ini..bebudak 1 aras ketika 2nd year di UMS..eh mokcik-mokcik senget..korang mesti rindu i kan..1 tahun lebih tak jumpa..hikhik


teka kat mana??silalah jawab dengan betul..i dah bagi jawapan pun..ni la air terjun tertinggi di One Utama..santek menawan kan..tambah-tambah ada gurls gorges..(silalah perasan)


Memulakan aktiviti open table..mari kita ice-breaking..tatkala ini i rasa muka i kembang semangkuk..temokssss..
tengok tempat meja i..kosong kan..i berdiet..so tak makan..biasala nak fitting baju pengantin so kenalah kelihatan ramping dan santek menawan..(silalah jangan percaya)


bersama model shawl besi..hikhik..
*penah pegi satu kedai tudung di langkawi, pokcik tu promote shawl besi ni..dia cakap, kalau ada orang ganggu boleh je libas dengan menda tuu..gud idea..


menunggu turn berposing..keadaan menjadi huru hara..aiseehhh


hikhik..hikhik..dan hikhik...(sila buat caption sendiri)


walaupun pakai wedges 3 inchi still rasa kemetot..oh makcik-makcik sekalian korang bergayut di pokok ker??apsal korang makin tinggi??mensampah betul laa..


sampai sekarang i tak henti-henti ketawa..masa ni i tengah tunggu enchik jodoh ambil i..i pun keluar jalan sorang-sorang dari bangunan OU ke jalan raya..i tak perasan yang minah-minah ni ikut i dari belakang sebab nak ketemui enchik jodoh..jauh siot diorang jalan ikut i..i memang tak perasan gila..kalau ada orang nak kidnap ke nak rompak ke komfem berjaya punya la..i perasan pun sebab ada cermin dekat FRIDAY yang memantulkan imej diorang di belakang i..kalau tak memang sampai kesudah la i tak tahu menahu mereka-mereka ini mengintip i..sengal kan..hahahaah (ketawa guling-guling)


sempat lagi menjadi minah jalanan..menunggu dan terus menunggu..bila lagi nak mengedate tepi jalan kan..dia pilih KLCC dowh..teehee


model bontot..lalala..sungguh tak senonoh..sedang menunggu enchik driver ambik..


sangat seronok menghabiskan masa bersama-sama..bercerita..bergosip..bergelak ketawa..berposing..nama jer ada dalam OU..tak membeli apa pun..pegi window shopping jerr..i dah menghabiskan uwang bershopping semalam di Sunway hokeyy..uwaaa..cepatlah bergaji..tinggal saki baki biskut jer ni..hehe



p/s: mau menidurkan diri..makacih mokcik-mokcik kerna menghabiskan masa bersama saya..nanti kita ketemu la deh..sayang kamu semua



Friday, November 26, 2010

Muhasabah Cinta


Mari muhasabah diri di hari Jumaat (penghulu segala hari) yang penuh dengan keberkatan dari Allah s.w.t. Hari jumaat adalah penghulu segala hari dan yang terbesar di sisi Allah. Ia adalah hari yang lebih besar di sisi Allah daripada hari Raya AidilFitri..

Sangat suka dengan bait-bait ayat dalam lagu
"MUHASABAH CINTA"



Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu




CONTEST MANISNYA SENYUMAN


Ni first time aku masuk contest..macam best pulak..maniskah senyuman saya??yea..yea..sweet like candy
contest ini dianjurkan oleh AEFA AERISYA



syarat2 penyertaan:

  1. Buat entry bertajuk CONTEST MANISNYA SENYUMAN
  2. Letak BANNER contest di dalam entry dan link kan ke blog ini.
  3. Letak satu gambar yang penuh dengan senyuman.[gambar beramai-ramai. min 3 orang]
  4. Bina satu ayat kreatif tentang gambar berkenaan.
  5. Tag 2 blog yang lain.
  6. Tinggalkan link entry anda di ruangan komen.
[tak perlu follow dan letak
banner di sidebar]

Tarikh tutup : 1 Januari 2011
[penganjur boleh mengubah tarikh tutup tanpa notis awal.. tak boleh blah ayat aku ni LOL]



Ni gambar senyuman yang manis bersama rakan-rakan wondergurlz saya :

" A smile starts on the lips, because of your smile, you make life more beautiful"



saya telah tagged:




.: selamat mencuba :.



Thursday, November 25, 2010

SAYA SUKA BLOG AWAK LA!


I'm joining


Saya mengetahui segment ni dari blog Enchik Ben Ashaari..

5 blog yang saya suka sangat masuk :

Saya suke blog cikgu dahlia ni sebab blog ni nampak simple tapi banyak info..korang nak apa..semua ada di blog ni.berita terkini hiburan sensasi gitu..that's why cikgu dahlia namakan blog dia Dahlia's journal..he.everyday DJ akn update her blog dan everyday juga la saya akn p usha blog dia..teehee

Blog ni sangat berinformasi berkenaan dunia di hujung jari..kalau nak cari informasi dan tutorial berkenaan blog, komputer dan photoshop bolehla jenguk blog ni..macam-macam ada..terima kasih tuan blog dengan informasi dan steps yang sangat berguna..

Empunya blog ni adalah doctor-to-be..cik raihanna merupakan students medic di rusia yang suke memasak..dah la chomel, bakal doktor pastu pandai memasak pulak..bertuah enchik suami beliau kan..saya sangat terpegun + teruja + terpesona + ter..ter lagi dengan kek-kek yang beliau buat..sangatla chomel..saya suke makan..saya suke kek anda..nk ngorat kek anda boleh?hikhik..cik rihanna ada satu lagi blog [klik]

Saya rasa semua blogger kenal kut fatin liyana ni..memang femes la..kenapa aku suke blog dia??sebab fatin ni sangat cun + sweet..saya suka her muslimah style..memang fashionista blogger la..fatin jugak ada cerita her life in Bandung..saya suke tengok pictures dia yang gorges..memang superb la..:)

nama blog ni pun dah menggambarkan yg blog ni best..hehe..saya suke blog ni sbb entry2 dia so simple..dengan gambar jer boleh menceritakan macam2..sangat2 menarik..kebanyakkan pictures memang yang kelakar la..kalau nak release tension..taknak beratkan otak..masukla blog ni


itu jer 5 list blog yang saya suke..rajin-rajinla skodeng blog2 tu..terbaek dari ladang ^_^


Tuesday, November 23, 2010

Kalau Cikgu Rossnie yang buat macam mana?


Hey saya sedang bermalas-malasan di rumah..ooohh bahagianya menjadi manusia yang bercuti 43 hari..macam ibu sedang berpantang la plak..hikhik

saya sedang berseronok melayan lagu ini:

"Kalau berpacaran
Memang banyak pantang larang
Menjaga susila
Ibubapa adik abang...."

Sedang aku menggodek-godek lappy aku..mensearch dan mendownload lagu yang boleh membikin hawa telinga berasa seronok..aku terpegun dengan satu video dalam youtube nie..eeewaahhh..terpegun tu (sila jangan jadi penipu)



.: memperkenalkan Cikgu Shida :.

Aku terpikir, kalau la aku yang buat macam ni maunya ketawa guling-guling students aku..cikgu yang konon-konon ayu..ayu ke??garang macam singa ada la kut..hehe..
tetiba jer transform jadi lawak queen + sengal macam ni..
uppss..sila lari 50km/j sambil tutup muka..maluuuuu...

Tapi aku respek jugak la Cikgu Shida ni..sangat kreatif..tengok la video tu, lagu "kalau berpacaran" menggunakan 3 watak yang berlainan..Tahniah cikgu shida, anda telah memilih lagu yang tepat, sebab aku memang minat gile lagu kalau berpacaran ni..memang feeling habis la tapi kalau tengok cikgu shida miming lagi feeling, ye tak?hehe
Aku rasa maybe ni cara dia menghilangkan tension kut..sapa kata kerja cikgu ni tak stress..korang pi la melawat tanjung rambutan sapa penghuni paling banyak..sila pegi selidik sendiri, wokey?

~bai~


p/s: mari mendownload lagu berlemon-lemon supaya berok band menjadi semakin lembab..yeehaaa..


Sunday, November 21, 2010

Semoga Berbahagia ^_^

Cuti sekolah dan kenduri..kenduri dan cuti sekolah..memang sinonim kan..kenapa orang selalu buat kenduri time cuti sekolah yer??
sebab senang nak pi honeymoon..
sebab masa tu budak sekolah cuti, yang nak cuci pinggang mangkuk dan yang nak jadi mentara budak sekolah..jadi buat masa cuti sekolah la..hehe..(maaf jawapan kurang tepat)

soalan cepumas yang selalu orang tanya aku,
"Bila nak kawen??"
okey sekalian rakan taulan..i akan melansungkan perkahwinan i pada cuti sekolah..i dengan ini tidak segan silu mengajak anda semua ke kenduri kawen i, ok? clean and clear dah kan..stop bertanya..busannnn..teeheee~

"Kepada mereka yang menjadi raja sehari dan bakal bergelar raja sehari, saya doakan semoga berbahagia hingga ke akhir hayat..semoga menjadi pasangan yang saling faham memahami dan bertangggungjawab di antara satu sama lain"

Sempat jugak aku pergi kenduri rakan-rakan yang menamatkan zaman bujang mereka..


saya suke gambar kak ain ni..sangat cantek..nak cup photographer ni untuk wedding i la..harga dia pun berpatutan..terima kasih kak ain kerana menjamu nasi lauk tamban kering, ulam-ulaman dan gulai ikan masin yang sangat menyelerakan..memang selera orang kampung la..thumbs up!!


mereka bertemu jodoh di tempat mereka bertugas iaitu di SMKTP..tahniah izzati dan asyraf..anda berdua sangat chomel dan sweet..


okey..ni kak elia yang gorgeous..i tak pegi kenduri dia..i curik gambar ni dari fesbuk kawan i..actually i sangat tertarik dengan baju pengantin kak elia ni..sangat-sangat cantik..cup..nak baju pengantin macam ni..hehehe

Mereka-mereka di atas ni semua rakan setugas saya di Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Putra..sayonara SMKTP..lepas ni dah tak mengajar di sana..sob..sob :((

Dan tak dilupakan photoshoot bersama wondergurlz yang hanya empat orang sahaja..tapi takpela ada jugak gambar bukti pegi kenduri..hikhik



gambar i semua tak senyum lebar sebab muka i dah tembam 2 inchi..aduss..kalah garfield ..


p/s: sangat jeles melihat pelamin dan bilik pengantin yang sangat cantek..tadi pegi mensurvey barang hantaran dengan enchik jodoh..i cakap nak tema silver sebelah rumah i..pastu dia cakap nak buat tema biru sebelah pengantin lelaki..oh no!! i taknak..haha..i sangat teruja dengan barangan kawen di RAINBOW, alor setar..tak payah pi nilai ataupun padang besar..RAINBOW tengah buat sale..silalah berkunjung (sejak bila aku jadi promoter kedai RAINBOW nie..hehe..layanzzzz)



Wednesday, November 17, 2010

Kesayanganku..Kenangan Bersama Adalah Yang Terindah

Hari Isnin lepas, 15hb November 2011 merupakan hari terakhir aku di SMKTP..pagi-pagi tu aku check keputusan pertukaran guru sesi 2011, alhamdulillah aku berjaya dalam pertukaran daerah..terkejut juga aku..yela..aku langsung tak menaruh harapan..aku dah selesa berada di Langkawi..tapi takpe la mesti ada hikmah di sebalik semua ni

Hari ni dengan semalam aku hanya jenguk fesbuk sekejap-sekejap jer sebab aku tak boleh tengok post, video dan gambar-gambar wondergurlz..mesti air mata bergelinangan..korang..thanks a lot coz give me precious moment walaupun hanya setahun kita bersama..

untuk kesayanganku, wondergurlz semua:


GEE JAH,
semoga berjaya dalam bisness u..i doakan u menjadi bisnesswoman yang berjaya..selamat menjadi KP Sivik untuk tahun depan..hehe..nanti kita pi melancong sama-sama yer..jaga rumah elok-elok tau..u kan ketua rumah yang sweet dan berkomitmen..nanti kalau i nak pegi bercuti di langkawi, boleh tak nak jadikan kuarters guru tu chalet i..kalau tak boleh pun i nak p jugak..tak kira..kalau u nak pegi bercuti mana-mana, u bagitau i la..kalau tak, i majuk kuasa 100..kalau ada orang kacau u, u bagitau i tau..i nak tumpang bergosip, kalau orang tu buat u kecil hati, mai i buka silat cekak roshni (cam berani jer kan)

NURAIN REDZALI,
Lepas ni mesti i rindu bebelan u..hehe..i tak sempat nak belajar teknik-teknik makeup banyak-banyak dari u..lepas ni kalau ada event apa-apa, sapa yang nak mekapkan i..sedeynya..kalau i boring, sapa nak layan i sembang..sapa nak dengar bebelan i yang tah apa-apa..u..maybe ada hikmahnya Allah bagi u tambah masa di Langkawi..semoga u menjadi lebih tabah dan bersedia dengan cabaran yang bakal ditempuhi nanti..lupakan kisah duka u tu..jom kita ketawa sama-sama

NORYANI ELLYA,
El sayang, jangan nangis lagi yer..lepas ni takde la orang nak bergosip pasal handbag, kasut dengan baju baru lagi dengan i..he..mesti i akan rindu donut yang u masak tu, sangat sedap..lepas ni tak boleh bercanda di tepi pantai bersama CITY lagi..mesti i akan rindu u gelak
"hadir dirimu (kawan) memngajar aku erti sebuah persahabatan, walaupun ku tahu perpisahan adalah lumrah kehidupan, tetapi memori bersama akan sentiasa di ingatan"..i'll always remember dis words..

NOR KHAIDA,
Tayunk, lepas ni u dah bersama sayang u..lepas ni sapa yang nak jadi perunding imej i?sapa yang nak melilit-lilit 360 darjah tudung i..uhu..sedey..sedey..citarasa kita sama, u pandai menggoda i..i akan ingat camne i dapat beli purse BUM yang gorgeous tu..i akan ingat masa kita makan wafer di Langkawi Fair dan bershopping baju dengan u..lepas ni tak boleh dah naik persona yang seperti berada di Cameron Highland sambil bergusip..hehe..lepas ni dah tak boleh nak merasa air sedap yang dibancuh oleh u..uwaaa..rindu semuanya

SHAHIDA,
Kak ida rumateku, bila dengar lagu "wondergurlz" mesti teringat ringtone hanphone kak ida..lepas ni dah takde sapa nak menonton TV dekat depan sorang-sorang..cian TV tu kan..hehe..kak ida, lepas ni dah takdak sapa nak dengar Roshni membebel tah apa-apa kan..takde sapa nak melayan roshni..takde sapa nak dengar roshni bercerita sambil ketawa-ketawa kuat..uwaaa..sedey..rindu..rindu

KHAIRUL NAJMI,
mama yuyu dan yoyet yang comey, lepas ni tak boleh dengar dah u bercerita pasal kucing-kucing.. kalau api BBQ tak nyala, u la yang tolong doakan..i pun nak cakap, u matang jugak la..u selalu nasihat dan bagi idea yang bernas..

ZAMZAHRINA,
Zam, i sangat tersentuh tengok video yang u buat tu..lepas ni if i pegi honeymoon kat Langkawi, i booking kereta u la..kereta u sangat berjasa pada kami semua..i tak sempat nak belajar main "stonehenge" tu..bila-bila i pegi Langkawi kita main sama-sama yer..walaupun muka u nampak garang tapi u baik hati sangat, thanks kawan..

ISMAJULIAN,
Cik yang bakal menjadi puan, terima kasih sebab mengajar i posing berbagai-bagai pose..hehe..dah ada peningkatan la..boleh jadi model tak??(perasan lak)..u..lepas ni mesti i rindu dengar u bercerita..mesti i rindu naik CITY dengan kelajuan 140km/j seperti naik roller coaster dengan u..thanks sebab bawa i pegi tempat-tempat yang menarik di Langkawi..


Wondergurlz semua,

Aku menyayangi sahabatku dengan segenap jiwaku. Sahabat yang baik adalah yang seiring denganku dan menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas mati. Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan berasa senang. Semakin ramai sahabat, aku semakin percaya diri. Aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tidak luntur dalam suka dan duka. Jika aku dapat, aku akan setia padanya…..


Ya Allah, semoga ukhwah yang terjalin akan kekal selamanya.
Jauhkan kami dari segala fitnah, hasad dengki dan perasaan buruk sangka itu.
Aminnnn...












p/s: menulis entry sambil menangis..wondergurlz..i miss all the moment with all of u..thanks for being my best friends forever


Sunday, November 14, 2010

Nak Pinjam Tangan Boleh?


Saya sedang membusykan diri..besalah kan nak tutup sekolah ni..semua keja kena settle sebelum balik..xpayah nak pikir apa dah..boleh cuti dengan girang gumbira..
Hari ni buat overtime lagi..ada tak gaji untuk cikgu yang buat overtime..nak..nak..boleh jadi kaya laya tak?boleh dapat beg CR (Cik Rossnie Carlo Rino) berguni-guni tak??boleh beli kasut baru berpasang-pasang tak?boleh beli alat mekap yang boleh nampak muka cam Lisa Surihani tak?? (silalah simpan angan-angan anda dalam karung guni dan lempaq ke laut yer Rossnie)

Tolong pinjamkan tangan kamu...saya nak..

Tutup Buku Register kelas >>settle

Penghantaran buku SPBT Budak Kelas >>settle

Kemaskini file-file panitia >>settle

Buat stok Barang untuk Panitia Sivik >>settle

Marking Paper Final Exam Mathematics >>settle

Key in markah dalam computer >>settle

Lengkapkan markah kokurikulum pelajar >>settle

Beli barang pesanan penaja >>settle

Lengkapkan profile pelajar Tingkatan 4 >>settle

Mengahabiskan duit gaji dengan bershopping >>settle

Beli barang buat surprise kat puan mak >>settle

Sapu habuk kat blog & fesbuk >>settle

headcount >> belum settle


Ada satu lagi belum settle...

Nak pinjam tangan jugak..

Hulurkan tangan..ringankan beban saya mengangkat beg yang penuh harta karun..aiyarrr..so banyak barang..macam nak bercuti 5 bulan jer..kihkihkih

Esok nak balik kampung..bercuti selama 1 bulan 13 hari..eh..da senyuman ala-ala garfield di muka saya la..ehe..maluu


sebahagian kerja yang telah disettlekan..ishk3..meja sapa la buruk rupa sangat nie


banyaknya kertas soalan yang perlu ditanda kan..(silalah jangan percaya..ni kertas exam pertengahan tahun punya..hahaha)


sila tolong saya angkut harta karun saya ni esok boleh tak..saya upah coklat kopiko 1..okey, nak??



p/s: nak kembali membuat aktiviti mengemas barang lepas tu mengacau housemate yang sedang berkemas pastu mengacau enchik jodoh yang sedang tengok bola dengan syoknya..pastu TIDO..




Friday, November 12, 2010

Oh My Cadbury..Oh My Kisses!!


Jumaat..Sabtu..Ahad..Isnin..ohh..sangat gembira..
Tinggal 4 hari lagi sebelum bercuti panjang
Sedang berfikir nak pi vacation..ada sapa-sapa nak teman?terasa nak buat terapi minda..
"kenduri kawen..reunion..berjalan-jalan..bershopping..berdating (opppsss)"....sibuknya..

Hari ni berjaya menghabiskan duit gaji dengan menshoppingkan diri..ohhh..sangat berkesan untuk terapi minda..exactly!!
Macam biasa la..kalau orang datang Langkawi mesti akan bawa balik pinggan mangkuk, periuk belanga, coklat, kain batik, minyak gamat..bla..bla..bla..duty free katakan
Memandang aku berada di Langkawi Permata Kedah..of course la tak terkecuali nak memberatkan tangan..padahal aku rasa jemu jer tengok semua-semua benda tu..tapi terasa gatal tangan nak beli pula..ni la dinamakan nafsu dunia..hehe

Teringat aku masa gaji pertama aku..aku belilah kain batik dan kain pelikat untuk diberikan kepada jiran-jiran dan sedara mara..penuh beg la time tu..punya la sengal kan, dah tau orang kastam akan scan beg, galak letak dalam beg besar juga..sungguh lurus bendol (eh..aku jujur, ok?)
Nasibla masa tu ada member yang kerja kastam..selepas berunding, dia lepaskan aku dengan kain batik dan kain pelikat yang berbelas-belas helai tu..kalau nak ikutkan cuma 2 helai je yang lepas..terima kasih enchik kastam..jasamu dikenang..hehe

Hari isnin ni nak berjumpa enchik dan puan kastam yang setia menunggu di pintu masuk jeti..luggage besar semestinya di tangan..cuti 43 hari tuu..(sila jangan jeles)..segala mak nenek benda nak bawa balik..dah macam orang nak pindah rumah lak..


ni barang yang beli nak bawa balik kampung..tengok bunny biru yang chomel tu..tu untuk anak buah aku..actually dalam tu ada coklat crispy..dekat topi lak ada lubang boleh letak syilling..lepas habis makan coklat boleh menabung..umi yang baik hati kan..hehe
wajib membeli coklat kisses dan cadbury..leh menguyah di kala kelapangan sambil bergosip..:)



p/s: masa untuk menghabiskan marking paper..times up!!bila masa nak packing plak??errrmmmm...

Friday, November 5, 2010

Memori Zaman Kecilku

Tetiba jer teringat Zaman hingusan dulu..sangatla bersuka ria..Doraemon..boleh tak tolong kembalikan saya ke zaman 20 tahun lepas (*nampak sangat dh ketertuaan..hehe)..saya nak kembali menjadi kanak-kanak chomel yang tak payah pikir banyak..main..main..dan main sahaja..boleh ke cam tue??

Saya rindu belajar ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTUVWXYZS
Saya rindu mengira 12345678910
Saya rindu mengaji alif, ba, ta..
Saya rindu bermain plastesin, logo, main masak-masak, main anak patung dengan kawan..
Saya rindu baca doa makan beramai-ramai sebelum makan..
Saya rindu bernyanyi riang (*walaupun suara hancusss..eh..masa tu suara i chomel, ok?)

OH..RINDU MERINDU TERINDU SERINDU RINDUNYA...(*gila punya rindu)


okey..mari kita flash back balik lagu yang selalu budak chomel nyanyi masa zaman tadika dulu..ehe..saya sukee..


ANAK RUSA NANI



"Anak rusa nani baru kembang ekor
Apa dosa kami lalu tidak tegur
Buai laju-laju sampai pohon ara
Apa dalam baju sekuntum bunga cina
Buai tinggi-tinggi sampai cucur atap
Belum tumbuh gigi pandai baca kitab"


BANGAU OH BANGAU



"Bangau oh bangau mengapa engkau kurus?
Macam mana aku tak kurus ikan tak mahu timbul
Ikan oh ikan Kenapa tak mahu timbul?
Macam mana aku nak timbul rumput panjang sangat
Rumput oh rumput Kenapa panjang sangat?
Macam mana aku tak panjang kerbau tak makan aku
Kerbau oh kerbau Kenapa tak makan rumput?
Macam mana aku nak makan perut aku sakit
Perut oh perut mengapa engkau sakit?
Macam mana aku tak sakit makan nasi mentah
Nasi oh nasi mengapa engkau mentah?
Macam mana aku tak mentah kayu api basah
Kayu oh kayu mengapa engkau basah?
Macam mana aku tak basah hujan timpa aku
Hujan oh hujan Kenapa kau timpa kayu?
Macam mana tak timpa kayu katak panggil aku
Katak oh katak mengapa panggil hujan?
Macam mana aku tak panggil ular nak makan aku
Ular oh ular Kenapa nak makan katak?
Macam mana aku tak makan memang makanan aku, memang makanan aku"


RASA SAYANG SAYANG EH



"Rasa sayang eh rasa sayang sayang eh
eh lihat nona jauh rasa sayang sayang eh
Rasa sayang eh rasa sayang sayang eh
eh lihat nona jauh rasa sayang sayang eh
Buah cempedak di luar pagar ambil galah tolong jolokkan
Saya budak baru belajar Kalau salah tolong tunjukkan"


okey, sweet kan kawan-kawan..hehe..jom kita sama-sama mengimbau kembali zaman kita menjadi budak-budak yang lurus bentul, chomel, selalu bersuka-ria dll..^_^


gambar ni aku curik dalam album abang aku..ehe..yang mana aku??of course la yg tomei tu (silalah perasan sebentar)..tengok..masa tu abg aku slim gila..haha..mak aku pulak fesyen rambut kerinting..hehe..so suwiiitttt




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails