Saturday, December 4, 2010

Wong Solo: Kekasih Gelapku

Menaip entry dalam keadaan celecema, tisu di kanan, lappy di tengah, bantal mucuk yang dah lama tak dipeluk di kiri..haiiichuumm..i'm soriiiii (seperti gaya Amir Raja Lawak 3)..hehe
ni mesti terkena penangan aircond chalet semalam.memang gadis kampung yang hanya boleh menghirup udara segar di kampung je la..hikhik

Aku sedang bercuti bersama famili di Langkawi..yeaayyy..sangat bersuka ria, bermandi-manda, bershoping menghabiskan duit, bercanda-canda..ayat macam tak penah jejak kaki di langkawi je. padahal setahun menabur bakti sebagai pendidik di sini..teehee~
Nanti aku cerita pasal percutian di Langkawi dalam next entry, hokey?

"ku mencintaimu lebih dari apapun
meskipun tiada satu orang pun yg tahu

ku mencintaimu sedalam-dalam hatiku
meskipun engkau hanya kekasih gelapku"


masihkan anda ingat pada bait-bait lirik lagu ini. sangat femes suatu ketika dahulu..wahh..tetiba je kan.mengimbau kenangan lalu

berbalik kepada tajuk entry aku.siapa wong solo tu??kenapa beliau menjadi kekasih gelapku??
memperkenalkan....


ini la Wong Solo kekasih gelapku.apsal gelap je kan tempat ni..tangkap gambar ketika malam dan menggunakan kamera henpon cap ayam memang la macam ni. kalau korang terasa nak makan makanan selera indon datang la sini..banyak seh makanan lazat-lazat. cuba dulu komen kemudian. Restoren Wong Solo ini terletak di Seksyen 7, Shah Alam..dekat dengan Jakel Shah Alam tu..
(hehe..boleh jadi host jalan-jalan cari makan tak?)


pemandangan di dalam restoren Wong Solo. sangat menarik la. dihias ala-ala jawa style..betul ke?? aku main hentam cakap jer..kami pilih meja duduk bersila. al-maklumla orang kampung. tapi tak sempat pulak snap gambar tempat yang cantek tu. teruja pulak aku..


si gadis sedang beria-ria memilih menu hidangan..beliau sangat kagum sehingga tak dapat diucap dengan kata-kata. makanan yang belum pernah beliau rasa sebelum ini..boleh tak nak try yang ini, yang ini dan yang ini..wahh..tamaknya..besala orang belanja kan


Tolongi aku pilih dong..semuanya kelihatan enak-enak sekali.
Kalau korang nak tau, restoren ni pernah diterjah oleh krew jalan-jalan cari makan. ala yang dulu host dia Maria Tunku Sabri, sekarang ni Sarina Redzuan kalau tak silap aku..


Dan akhirnya aku memilih Nasi Ayam Penyet..sangat sedap wa cakap lu..ada ayam kampung yang dipenyetkan, ada sambal yang superb pedas, ada tempe goreng yang sangat lazat dan ada terung sumbat..sangat-sangat lazat..terliur la pulakk


mereka inilah yang memperkenalkan aku kat Wong Solo ni. sungguh teruja anak buah aku kan..ni famili akak aku


Macam mana?? dah kenal kan kekasih gelap aku. kalau orang tengok tajuk entry ni mesti terpikir mamat Lombok mana pulak kan..hikhik..
Baru aku perasan, entry aku sejak akhir-akhir ni banyak pulak promote tempat IKEA, ONE UTAMA..yela..aku tengah bercuti kan. of course la cerita tempat-tempat menarik yang aku pegi


p/s: nak sambung tido..sakit kepala la pulak..sangat tak suka bila kedemaman sebegini..

20 comments:

Solihin Zubir said...

jakel s.alam yg dkat ngan pitu blkg uitm tu kan?
sy pernah kursus kat PKNS biz point dkt ngan jakel tu baru2 ni..
tp x prasan la plak wong solo tu.. huhu..

Rossnie said...

@Solihin Zubir: yups..kat situ la..my bro-in-law pnh keja di PKNS tu..kedai dkt2 hujung dh

YUL said...

wah seronoknya kan! hehe

aliza said...

kita penah g sekali jer.
tuu pun vendor banje.
sedap n besh!

Rossnie said...

@YUL: yupss...sangat seronok..^_^

Rossnie said...

@aliza: penah pegi jugak ek..besh kan tempat tu

honeyvsbee said...

sedap nasi tu...wehhhh

Rossnie said...

@honeyvsbee: yups..sangat sedap..

Nur Adam said...

baru balik dari shah alam..pas ni bole g w.solo..dapat satu tmpat jalan2 cari makan..tq

khaifaiz said...

restoren wong solo.. so org bujang je yg dtg sini.. hehehe

Rossnie said...

@Nur Adam: hehe..silalah cepat2 berkunjung ke sana..^_^

Rossnie said...

@ khaifaiz: yea..yea..org berduet tak leh dtg..org yg byk duit boleh laa..hihi

iRfan Johan said...

best nya bercuti...ngan family lgi, then dpat mkn sdap2...lagi best. huhu...jgan lpe mam ubat sbb selsema~!

Rossnie said...

@ iRfan Johan: yupss..sgt2 best..dh mamam tp tak sembuh2 jugakk..

tomatokering :) said...

wahh~ syioknye~ ;D

Rossnie said...

@ tomatokering: sangat bezz!!

Syahida Sazali said...

kat cnie mmg bes....
sye pnah mkn kt cni :)

MiSs TOrA said...

wah sonoknyer becuti rindu lak nk g langkawi =)

hans said...

owh
dkt dengan Jakel ke?
nak try la nanti

P/S : Kisah Dongeng Telefon Awam Dan Telefon Bimbit

Rossnie said...

@Syahida sazali: pnh makan jugak ek..sgt bez kan

@ MiSs TOrA: itula..bercuti sakan..jom2 pegi langkawi

@ hans: yups..dkt dengan jakel..tryla nnt yer

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails