Saturday, December 11, 2010

Penangan Putera Katak


Iklan berbayar..hikhik

Chomel tak???chomel tak??silalah kata chomel..nanti aku belanja korang coklat kopiko satu, nak??teehee~
Ni gambar skandal i dengan putera monyet..iyeela.silalah percaya dengan gosip liar ni. Akan keluar di pawagam tahun hadapan "Putera Monyet". Sila booking tiket cepat-cepat, takut habis nanti.


okey, back to the strory..


Korang ikut tak cerita Putera Katak di Slot Lagenda TV3 pukul 4.30 petang. Semenjak aku menjadi manusia yang bercuti 43 hari ni (uwaaa..cuti dah semakin nak tamat), semakin rancak aku menjadi penghuni tetap depan kaca tv. Aku ikut cerita Putera Katak ni jer pun..best oo citer dia. Tergoda aku dengan katak gemuk yang kiut tu, oh putera katak, sudikah dikau menjadi haiwan peliharaanku..ohh tetiba jer kan..

Akibat Penangan cerita Putera katak ni

Situasi 1: Kanak-kanak chomel
Tadi bersembang dengan sorang akak ni. Dia cerita la ada katak masuk rumah dia. Lepas tu dia ambil la penyapu nak halau katak tu. Anak akak tu yang berumur 5 tahun pun cakap kat mak dia
"Mak, jangan halau katak tu, adik nak ambil bela. Nanti dia boleh menjelma jadi putera raja"
Mak dia terdiam tanpa berkata apa-apa

Nah engkau..budak tu pun nak jadi macam Nora Danish yang suke katak.alahai comelnya.Takpe dik, nanti akak pergi kidnap katak puru nora danish tu yer..

[gambar dari encik google]


Situasi 2: Makcik-makcik

"Dah pukul 4.30 petang tak lagi??nak balik rumah tengok Putera Katak..Lawak gila cerita tu.ee..geli geleman tengok katak puru gemuk, macam mana la depa boleh pegang"

Tengok, makcik-makcik pun tak melepaskan peluang tonton cerita Putera Katak. Mak cik, kalau terlepas pun 1 episod boleh tengok lagi dekat www.tv3.com..semua benda di hujung jaring



Situasi 3: Si Gadis manis
"Loor..baru pukul 2.00 petang, tidoq dulu la, kunci jam pukul 4.30 petang nak tengok Putera Katak"

Wahh..sanggup tu si gadis ni. Macam kenal jer sapa..haha..buat-buat tak kenal yer..



p/s: tadi pi tengok citer Hantu Mak Limah..hmmm..no komen. pegi tengok sendiri la


7 comments:

Solihin Zubir said...

comelkah katak?
sgt tak setuju! haha..

Rossnie said...

@solihin: hahaha..comel dalam gambar jer kut..kat luar..geliii kutt

qaseh elyanas said...

xmo katak...nk prince jer hehehe

da follow awk..follow balik ye :)

iman said...

i like frog..=)

Rossnie said...

@ qaseh elyanas : hoho..kna amb katak cium dulu baru leh jd prince..hikhik

@iman: i like frog too..hee..tetiba plak

cik kia said...

sy sukee tgk cite putera katak tapi geli tgk katak hhee

Rossnie said...

@cik kia: hahaha..samalah kiter..jumpa katak menjerit kut

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails