Wednesday, December 8, 2010

Surat untuk Enchik S



Kehadapan Enchik S yang disayangi,

Encik S, masuk hari ini sudah 6 hari kau mendampingi diriku. Tidakkah kau berasa jemu bersamaku??setiap kali kau ada bersamaku setiap kali itulah aku terpaksa menggunakan khidmat tisu. Kau membuatkan diriku berasa hiba sekali..

Encik S, kehadiranmu membuatkan hidupku rasa tak sunyi..kedengaran suara haaiiichumm dan shhruuhh dirimu. Kadang-kadang aku rasa sedikit terganggu. Kau menghalang aku membuat aktiviti luar. Badanku rasa tidak sedap sekali. Hidungku pulak seperti badut kemerahan. Mulutku tak payah pakai gincu maybeline, tetap merah bak delima. Yang paling aku sedih, kau telah ganggu selera makanku. Bila aku nak menambah inchi kalau kau berkelakuan seperti ini? Tidakkah kau kasihan pada diriku?

Encik S, aku dah tak larat membawa sapu tangan dan tisu bersamaku ke mana-mana sahaja..Sehinggakan di waktu tidurku, kau tetap mendampingiku..Aku selalu sangat terjaga di kala tengah malam. Di kala itulah akan ada kau disisiku.

Encik S yang disayangi, aku telah berikan kau pelbagai ubat untuk hilangkan kau dari hidupku. tapi kenapa kau masih mau mendekatiku. Sudah-sudah la tu sayang..next time kita berdating lagi yer. Sekarang ni aku nak bersuka-ria dengan family aku

Encik S, aku harap kau mendengar luahan hatiku ini. Hamba Allah yang sangat lemah ini..Sayangku SELSEMA, nanti kita berkawan lagi yer, sekarang ni kau pergi la jalan-jalan ke mana-mana dulu. Baik-baik sayang..teehee~


yang benar,

~Insan lemah~





[tengok tu tisu berlonggokan. sungguh tak senonohkan anak dara ni..aiyaa..bikin malu kompeni ni je. ada aku kesah??]



11 comments:

hans said...

hahahha
kimsalam dekat 'encik S' tu yer
ekekekek

P/S : Episod Terbaru Antara Dia, Kau Dan Aku - Episod 37

pensil iman said...

kalau anda masih berjiran dgn sy di bilik guru..sahih sy juga akan di ganggu oleh encik s..[bab menjangkit ni..selalunya sy dpt dr anda] ahahah

Rossnie said...

@hans: akan sy sampaikan salam anda..hee

@iman: hahaha..cian anda kn..sy mmg slalu mmbawa virus..pasni sy dh takde ada lbh sht dan santek menawan..hikhik

atien said...

Encik 's' tu x jemu punye laa .. hahaha ..

Nanie Dean said...

Ok sikit Encik 'S' daripada Encik 'CB' payah kena berkejar gi toilet! hehehehe

Solihin Zubir said...

ingatkan encik Solihin.. haha..
selsema rupanya..

Rossnie said...

@ atien_abErn: hikhik..yups..sgt2 tak jemu mendekatiku..

@ Nanie: hikhik..itu lagi satu encik yg leh dpt mc byk ari..heee

Rossnie said...

@Solihin Zubir: nnt sy buat surat utk enchik Solihin lak ek..hee

atien said...

tidak bagus nak jemu2 nie ..hahaha ..
kena x jemu2 .. huhuhu

Rossnie said...

@ atien_abErn: yea..yea..tak jemu2 menunggu dikau..hikhik

atien said...

heheheh .. boleh wat lagu jgk tu .. hahahaha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails