Friday, November 12, 2010

Oh My Cadbury..Oh My Kisses!!


Jumaat..Sabtu..Ahad..Isnin..ohh..sangat gembira..
Tinggal 4 hari lagi sebelum bercuti panjang
Sedang berfikir nak pi vacation..ada sapa-sapa nak teman?terasa nak buat terapi minda..
"kenduri kawen..reunion..berjalan-jalan..bershopping..berdating (opppsss)"....sibuknya..

Hari ni berjaya menghabiskan duit gaji dengan menshoppingkan diri..ohhh..sangat berkesan untuk terapi minda..exactly!!
Macam biasa la..kalau orang datang Langkawi mesti akan bawa balik pinggan mangkuk, periuk belanga, coklat, kain batik, minyak gamat..bla..bla..bla..duty free katakan
Memandang aku berada di Langkawi Permata Kedah..of course la tak terkecuali nak memberatkan tangan..padahal aku rasa jemu jer tengok semua-semua benda tu..tapi terasa gatal tangan nak beli pula..ni la dinamakan nafsu dunia..hehe

Teringat aku masa gaji pertama aku..aku belilah kain batik dan kain pelikat untuk diberikan kepada jiran-jiran dan sedara mara..penuh beg la time tu..punya la sengal kan, dah tau orang kastam akan scan beg, galak letak dalam beg besar juga..sungguh lurus bendol (eh..aku jujur, ok?)
Nasibla masa tu ada member yang kerja kastam..selepas berunding, dia lepaskan aku dengan kain batik dan kain pelikat yang berbelas-belas helai tu..kalau nak ikutkan cuma 2 helai je yang lepas..terima kasih enchik kastam..jasamu dikenang..hehe

Hari isnin ni nak berjumpa enchik dan puan kastam yang setia menunggu di pintu masuk jeti..luggage besar semestinya di tangan..cuti 43 hari tuu..(sila jangan jeles)..segala mak nenek benda nak bawa balik..dah macam orang nak pindah rumah lak..


ni barang yang beli nak bawa balik kampung..tengok bunny biru yang chomel tu..tu untuk anak buah aku..actually dalam tu ada coklat crispy..dekat topi lak ada lubang boleh letak syilling..lepas habis makan coklat boleh menabung..umi yang baik hati kan..hehe
wajib membeli coklat kisses dan cadbury..leh menguyah di kala kelapangan sambil bergosip..:)



p/s: masa untuk menghabiskan marking paper..times up!!bila masa nak packing plak??errrmmmm...

4 comments:

Namie Amir said...

ha...i pun habis byk hari ni..tiap kali nak cuti mcm ni la..mak kirim kain batik,kain pelekat..sedara mara kt kelntan pn kirim macam2..hoho

Rossnie said...

@namie: a'a..u mmg borong sakan kain pelekat ari nie..tenkiu sbb bjaya mlembutkn ati pokcik kedai..leh dpt harga murah..suke2

ezzu said...

waa..best dpt shopping tp leh harga murah...hehehe

SoFie NuR said...

bestnye shopping!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails