Dalam entry [klik sini] aku ada cerita luahan hati seorang guru dan hari ini mereka buat aku tersenyum kembali. Ya Allah, terima kasih atas nikmat kurniaanMu, aku hanya mampu berdoa yang terbaik untuk anak didikku..
Hari ini kelas kembali ceria. Pelajar-pelajar sudah sedar akan tanggungjawab mereka. Tanggungjawab sebagai pelajar yang datang ke sekolah untuk belajar dan untuk memenuhi impian dan harapan keluarga.
"Cikgu, betul tak saya jawab ni?"
"Cikgu, saya nak jawab soalan ni"
"Cikgu, saya dah siap kerja, nak hantar hari ni boleh tak?"
"Cikgu, kalau saya dah siapkan kerja, boleh tak saya keluar pergi latihan kawad?"
Aduhai pelajarku..
Dalam kelas ada seorang pelajar bernama HARIHARAN..Dulu masa mula-mula aku masuk kelas tu aku panggil dia HARIBARAN. Yela..dalam buku latihan dia, "H" tu dia tulis dah macam "B"..Dengan selamber badaknya aku sebut "HARIBARAN"..semua pelajar pulun ketawa dekat aku..hahaha..sengal betul la..
Tadi hariharan tak bawa buku, aku tanya :
"Hariharan, mana buku kamu??"
Semua pelajar ramai-ramai berkata, "Hariharan hari-hari tak bawa buku punya..hari-hari memang hari haran kena. kami pun hairan"
=.= hokey, cikgu senyum sahaja
"Hariharan, mai berdiri di depan"
Semua pelajar berkata, "Hari-hari hariharan kena marah. Kami hari-hari hairan"
=.= hokey, cikgu ketawa..
Rezeki yang halal bukan sekadar menjawat jawatan yang halal malahan bergantung sejauhmana kejujuran seseorang dalam menunaikan kerja
p/s: Di sekolah sibuk dengan gosip. Aku yang jarang bercakap dengan cikgu laki pun kena gosip. Ni la nasib cikgu bujang kan..
3 comments:
seronoknyew jadi cikgu...ary2 hadap telatah bebudak yang chumel...nak jdik cekgu jgk la...tp cekgu org besar!!!hehehe
hehe..jomla jd cikgu gak..
coming soon..pray for me okey =))
Post a Comment