Wednesday, April 6, 2011

Pekerjaan Bapa: Curi Kereta

~Salam readers~

Cerita Hari ini. Sedang cikgu yang bahek hati ini membelek-belek borang Sistem Maklumat Murid (SMM), tetiba cikgu terpaku + terkesima melihat borang sorang pelajar ni.

Pekerjaan bapa: Curi Kereta
Pendapatan bapa: RM800 sebulan


haaa????terkejutnya aku..sekali belek-belek di belakang. Siap ada cop JKKK lagi. Fuhh..kira memang diiktiraf la

Aku suruh pelajar tu jumpa aku di bilik guru

" Bapa kamu kerja curi kereta ke??"

" Tak la.."

" Habis dekat sini kamu tulis curi kereta"


" Bapa saya kerja cuci kereta la cikgu"

" Hello, cuci kereta "C.U.C.I" bukan "C.U.R.I"..Adoii..tingkatan 2 pun tak tau eja lagi ke??"

=.= Ketawa 1 blik guru

-------------------------------------------------------------------




Cerita berikutnya. Rujuk gambar di atas

@ ni first time aku pakai tudung style ni. Sebab apa aku tak nak pakai??aku rasa muka aku 20 tahun lebih tua kalau aku pakai tudung cenggitu. Cam bibik pun ada gak..(hokey..aku mengaku)

@ Tudung ni digelar tudung bumbung oleh encik jodoh..sangat2 hampehh kan..then sampai sekarang aku panggil tudung bumbung gak. Rasanya sebab awning dia tu macam bentuk bumbung la kut..hahahahha...sengall!!!

@ Mimpi apa aku pakai tudung ni?? Ini semua angkara tudung bawal aku yang buat hal hari ni. Majuk apa tah dia tu. Nyampah gila. Dengan serta merta aku qhebiah (cilok) tudung mak haku. Baik kan aku. Mak aku baru jer memborong sakan di JOM HEBOH Batu Kawan baru-baru ni. Aku lak perasmi tudung tu..hahaha..anak yang bahek la katakan...mak aku tak kesah pun..

@ Di sekolah, ramai gila cikgu tegur, "Lainnya muka", "Dah serupa mak datin", "beli di mana?" - pantang aku pakai pelik-pelik..macam mak datin sebab ada blink2 di atas tu kut..hahaha

@ Di dalam kelas, "Cikgu cantik la pakai tudung ni". okey, aku tau tu nak perli aku la tuu. Yang tak tahannya ada dua orang budak pompuan ni duk bertelingkah dalam kelas pasai harga tudung aku. Yang sorang tu, "RM20 laa"..sorang lagi "RM15 la..aku tau la aku ada tudung macam tu"..sengal betul la budak-budak ni..Last-last aku kata "Awat??kamu bekenan ka tudung saya?? RM 10 ja saya beli"..hambek kau..geram aku...


Erkkk..ari ni rasa nak mengePOST entry banyak-banyak sebab tengah syok nak bercerita



p/s: menunggu detik-detik waktu penambahan umur..haiiyoooooo



2 comments:

THE LEKAT LEKIT STORY said...

ni kes tersilap eja kot... kekekekeke

Rossnie said...

yups..tersilap eja la tuuu..heheheh

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails