Monday, March 7, 2011

Alahai Anak Muridku

Entri pantas, tepat dan mutakhir. tehee~

Ini cerita lawak sengal, sapa tak gelak, dia memang sengal??erkkkkk...layannn jer la.

Tadi aku mengajar BM kelas yang terbelakang. Lepas bagi nota di papan hitam dan explain, aku bagi la latihan dekat budak-budak ni. Latihan yang simple2 la sebab diorang ni tahap budak darjah 3 walaupun dah tingkatan 2.

Lepas dah habis diorang buat latihan, aku pun pergi la check sorang-sorang. Memandangkan 6 soalan isi tempat kosong sahaja aku bagi, cepat la diorang ni siapkan.

Sampai dekat sorang budak India ni, aku check la, semua jawapan dia betul..

"bagus, bagus..nanti dalam periksa jawab betul2"

"cikgu..saya nak starch"

"ha???benda apa?????" (sambil buat muka komfius tahap gaban)

"starch cikgu..starchh la"

"Benda apa la pulak budak ni...cakap terang-terang skit"

"cikgu..itu starch la cikguu..starchhh"

"Kamu nak apa ni, saya tak paham la"

Dia pun berputus asa dan kecewa sebab cikgu tak tau apa yang dia cuba sampaikan..
Aku pun beredar dari tempat dia, sambil tu aku terfikir. Apa kejadahnya starchh yang dia nk tu..
Tetiba...

"Eh, kamu nak bintang ek?"

"Iyerlah cikgu, starchhh"

"Star la anak murid bertuah oi.."

Aku pun lukis la 1 bintang dekat buku dia


"Cikgu, saya nak starch la"

"Tu, saya dah bagi star"

"Lagi satu laa cikgu..baru starchh"

Aduhh..rupa-rupanya dia nak STARS..Pening kepala cikgu kalau ada 10 orang macam ni..Tapi kira pandai la jugak budak ni. Dia tau STAR (untuk satu) dan STARS (untuk banyak). Dia cakap dengan pronunciation yang salah, then slang dia buat aku keliru. Lepas kelas tu, aku berjalan pergi ke bilik guru sambil tersenyum-senyum sampai ada sorang budak tegur, cikgu ni betul ke tak??Aku pun jawab, kita mesti murah dengan senyuman, barulah hidup sentiasa ceria...hahahaahahaha~ sengallllll!!!



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails