Friday, March 18, 2011

Kalau Macam Ini, Cikgu Pun Boleh Pening Woooo

Cuti sekolah berbaki satu hari sahaja lagi. Terasa sungguh pantas masa berlalu. Can i have an extra holiday??dushh..dush...buat sekolah sendiri la cik rossnie. Boleh cuti sesuka hati ko. teehee~

Cuti sekolah ni dihabiskan dengan menanda kertas soalan peperiksaan pelajar yang dijawab sebelum cuti sekolah. Nasibla aku rajinkan diri marking waktu free di sekolah. So, takde la banyak sangat kertas jawapan yang kena bawa balik rumah. Tapi buku karangan bebudak banyak la kut. Pening jugak la bagi cikgu Matematik yang kena mengajar BM ni nak menanda buku.

(apsal aku rasa ayat aku skema jer..miahahaha)

Actually aku nak tunjuk kertas jawapan pelajar yang buat aku pening dan agak sakit hati jugak la. Tapi kadang-kadang rasa diorang ni lawak jugak. Aku lebih rela terima kertas jawapan kosong daripada dapat jawapan ntah apa-apa macam ni. Okey, anggaplah bebudak ni sungguh kreatif dan berseni. Jawapan yang tidak terduga (cuba mempositifkan diri dan bersikap open-minded)..yeayyy~


tengok la apa pelajar ni jawab
"do ----no"====="saya-- tatau--tulis"
Memang jujur kan budak ni. Dia tak tau nak jawab, dia cakap do no..janji dia isi ja di tempat kosong tu


Okey, pelajar ni lagi bijak..
soalan: Berikan tiga cara menjaga maruah diri
jawapan: satu, dua, tiga ====DONE!!!
Mungkin dia nak lepaskan geram sebab tak dapat jawab soalan Matematik dengan sebaiknya kut. Aku rasa la kan..hehe


Pelajar ni mesti tak tau yang tempat kosong tu untuk dia bagi jawapan sendiri. Ada ke patut dia salin balik soalan yang aku bagi..Maybe dia nak tunjukkan kebijaksanaan dia menulis kembali apa yang dikehendaki soalan dengan hand-writing..^_^


Ini aku rasa paling kreatif la.
Soalan: Berikan tiga adab di meja makan
Jawapan: a) meja makan itu besar
b) meja makan itu cantik
c) meja makan ada empat kaki
Hambek engkau...aku suruh berikan tiga adab di meja makan tapi jawapan lain bebenor yang dia bagi. Maybe dia rabun dan ingatkan soalan nak
"Berikan tiga yang ADA di meja makan"


Sebab tu la kalau aku nak menanda kertas jawapan pelajar ni, aku suka mengadap laptop atau tengok tv. Boleh kasi tahap stress meningkat kalau fokus dekat kertas jawapan budak-budak ni. Ketawa pengubat duka..miahahaha


p/s: kacak tak rupa blog baru aku ni??ni akibat boring selepas habis kertas ditanda...hahaha..macam-macam aku godek :)



2 comments:

Solihin Zubir said...

ahahahhahaa... tergelak tgok student loyar buruk..
tp sian gak kan.. diorg btol2 xtaw..

Rossnie said...

hahaha..tu la..ni kes dalam kelas duk berangan pa tah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails