*tetap dan berpencen as AJK backdrop dan pentas..aiyooo
Showing posts with label Aku Cikgu. Show all posts
Showing posts with label Aku Cikgu. Show all posts
Saturday, April 21, 2012
Thursday, February 9, 2012
Cuak Yang Tidak Terkata
Assalamualaikum..
Panjang lebar entry aku hari ni. ahakzz..lepas ni nak merajinkan diri cerita pasai bride-to-be pula la. Rasa nak private kan blog ni sebab "Hamba Allah" yang tidak sepatutnya membaca datang menterjah. Silalah meninggalkan kisah lama tersebut supaya kehidupan menjadi Kedah Darul Aman dan Pahang Darul Makmur..tehheeee
Mari bercerita tentang kisah hari Khamis. Esok hari jumaat, penghulu segala hari dan hari yang sangat menggembirakan sebab esok cuti (bagi negeri kedah dan sewaktu dengannya). Bolehlah merehatkan diri dan men'settle'kan kerja-kerja-kerja-kerja yang tertangguh. Oh, sungguh tak terasa bercuti sebab banyak benda yang perlu dibuat dan disiapkan. Hari Sabtu sekolah ganti..(silalah berasa sedih sebab awak tiada waktu rehat untuk tidur di siang hari..uhuk..uhukk)
Hari ini hari yang sangat mencuakkan. Suddenly (effect drumroll yang sangat dahsyat), muncul tuan-tuan dari Pejabat Pendidikan Daerah KMY untuk memantau P&P. Haruslah ada rasa terkejut yang tersangat sebab kedatangan mereka sangatlah tidak diketahui oleh semua guru. Tutt..tuttt udah me'round-round' kawasan sekolah (sudah menjadi kebiasaan cikgu BM celop menggunakan ayat yang tunggang langgang).
Dan...
Dalam 22 buah kelas yang wujud di SMKB ni, tuan pegawai PPD tu terbekenan masuk kelas aku yang berada di tingkat 4. Habislah aku, dah la aku ni cikgu BM celop yang masih kerdil.
"Boleh saya masuk kelas ni?" beliau meminta izin masuk.
dan haruslah aku membuat muka cuak yang teramat kepada cikgu disiplin yang mengiringi tuan pegawai PPD tadi. Dengan manisnya aku menjawab,
"ya, boleh" (dalam hati, ya Allah, kenapalah dia masuk kelas aku pula ni..adoilaaaaaaa)
Beliau duduk di belakang kelas. meminta aku memberikan buku RPH. nasiblah aku menyiapkan Rancangan pengajaran harian (RPH) secara lengkap hari ini. Kalau tak, ofkoslah kena denda. RM500 weiii..leh boh spoiler En Dibios Cinta Aku. Sedang beliau membelek-belek RPH aku, tertengoklah di bahagian Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT)... KOSONG!!!!
Effect drumroll tahap maksimum....>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
"Encik, RPT, kontrak dan Huraian Sukatan saya buat dalam fail asing,"belum sempat dia tanya, aku dah jawab.
"Mana fail tu??" beliau tanya kepada aku yang tengah cuak gila
"Ada di bilik guru" jawab aku dengan tenang.
" Jauh tak bilik guru tu?" tanya si pegawai PPD lagi.
" Jauh la juga.." jawab aku dengan slamber badak berendamnya (yer la, kena turun tingkat 4, lepas tu kena naik tingkat dua bangunan lain pulak, lepas tu kena naik kelas di tingkat 4 balik.)
Kebetulan ada budak-budak pi toilet lalu dekat situ dan aku pun meminta mereka tolong ambilkan fail aku. Dan seharusnya lah menunjukkan semua evidence yang dikehendaki oleh beliau.
Dan mengajar lah aku dengan penuh berdedikasi..kahkahkah (sila ketawa dengan laju-laju). 20 minit jugak la beliau dalam kelas aku.
Hari ni, yang aku rasa lawak yang tidak terhingga sebab budak-budak kelasku sangat-sangat pandai berlakon, aku tanya soalan, diorang jawab. Walaupun tak betul. Dan paling aku rasa berterima kasih sangat. Mereka ni pulun-pulun angkat tangan nak tanya soalan dan jawab soalan. Nanti cikgu belanja hampa cekedi na.. :)
Waktu rehat, haruslah ada mesyuarat tergempar. Yela, dah orang PPD datang tergempar.
Puan PK Petang memberi ucapan :
"Saya pun terkejut sebenarnya bila orang PPD datang. Saya tak dimaklumkan kedatangan beliau. Tapi saya berterima kasih kepada Cikgu Rossnie sebab telah menyelamatkan keadaan. Pegawai PPD, telah masuk ke dalam kelas cikgu Rossnie dan komen beliau, baik. Tahniah!! P&P berjalan dengan lancar. Kelas dapat dikawal dengan baik. persiapan cukup dan pegawai PPD tu cakap, cikgu Rossnie ni mesti baru grade sebab penulisan dan flow P&P dia teratur macam masa praktikal."
Kahkahkah...ayat last tu yang tak tertahan nak mendengarnya. Kalau dalam keadaan cuak. Semua benda yang tidak terduga terjadi. Dan ofkoslah bernada baku dan skema pada masa tu..hahaha (sangat lawak)
Masa keluar bilik mesyuarat, semua cikgu ucap TAHNIAH!! (ok, sila kembang doploh mangkuk sekejap..hehe)
Sepatutnya, ada sorang cikgu yang bakal berpencen dipantau oleh beliau. Tapi, tetiba beralih arah kepada aku. nak kata aku baru, ada lagi 3, 4 orang cikgu baru fresh graduate di situ. Kenapa orang PPD pilih cikgu Rossnie. dan jawapan dari kawan-kawan sekerja yang lain
"Rossnie, cikgu paling muda"
"Seri wajah nak kawen"
"Rossnie kan manis, orang PPD tu tertawan la"
"Rossnie lebih energy dari kami semua"
"Tergoda tengok perwatakan Rossnie yang manja dan ayu"
dan sorang cikgu laki ni cakap,
"Ada dua sebab kenapa orang PPD tu nak pantau awak, satu sebab memang dia nak pantau P&P untuk buat laporan dan satu lagi, dia pantau untuk buat isteri kedua" <----ayat paling hampeh..hahaha
Semua persoalan di atas adalah salah sebab aku rasa, dia naik tingkat 4, lepas tu dah tak larat nak jalan, dia datanglah berehat dekat kelas aku masa tu..aci tak kalau jawapan macam ni?? boleh masuk akal kan, yer dak???
=====================================================================
Hari Sabtu ni bersekolah ganti. dan ada Majlis Sambutan Maulidul Rasul. sekali lagi aku ditugaskan menjadi EMCEEEEE...
Panjang lebar entry aku hari ni. ahakzz..lepas ni nak merajinkan diri cerita pasai bride-to-be pula la. Rasa nak private kan blog ni sebab "Hamba Allah" yang tidak sepatutnya membaca datang menterjah. Silalah meninggalkan kisah lama tersebut supaya kehidupan menjadi Kedah Darul Aman dan Pahang Darul Makmur..tehheeee
Saturday, January 28, 2012
Bengang-hangin-berasap
Cerita Hari ini. Mood: Bengang 99.99 darjah celcius.
Cuti seminggu konon nak siapkan buku register.tapi hajat tidak kesampaian. berbekalkan masa tak sampai 24 jam ni (esok kan sekolah di negeri Kedah dan kawasan yang sewaktu dengannya), harap-harap boleh siapkan menulis nama-nama pelajar yang seramai 40 orang tanpa melakukan sebarang kesilapan.
Hari ini me"free" kan diri (cikgu BM celoppppp memey ayat terabuq) pergi satu pasaraya. Hajat hati nak membeli ERASABLE PEN supaya tidak melakukan kesilapan bila menulis buku register nanti dan tidaklah menCOMOTkan buku register tersebut.ok..fine...
Aku pi la satu stationery shop yang POPULar la. Then aku tanya la pekerja situ
"dik, erasable pen ada tak??"
"erasable pen tu apa ya?"
"pen yang boleh padam tu"
"takdak la kak"
ok fine. aku tak puas hati. terus aku cari-cari. then, terjumpa erasable pen dalam 'rak berkaca'. tapi aku tak suka jenama tu sebab mata dia sangatla tajam sehingga menusuk kertas (lagi sekali cikgu BM celopppp menggunakan ayat yang tak betul). Dalam hati aku,
"pekerja ni tau ke tak erasable pen tu apa??takpe la. dia tak perasan"
Then, aku blah la dari kedai tu pi la stationery part kat pasaraya tu
aku : ada tak erasable pen di sini?
pekerja : ini bahagian alat tulis la kak, nak cari pad di bawah
aku : adik, pen, ok?
pekerja : di bawah la kak
aku : P.E.N bukan PAD
pekerja : pen apa tadi kak cakap??
aku : erasable pen
pekerja : pen apa tu??
aku : pen yang boleh padam dakwatnya guna it's eraser. come with the eraser
pekerja : sini banyak pen la kak. kak nak yang mana satu??kalau nak padam, gunalah pemadam pen, tak pun liquid paper
aku : *dalam hati* apa kejadahnyaa aku nak cari pen dan liquid paper. tak payah susah-susah aku tanya hang. terpampang luas kut depan mata aku dua benda tu
aku pun pi la merayau-rayau pi cari alat tulis lain. dan..tetiba aku terdengar pekerja yang aku tanya tadi 'buat ketupat' kat aku (dalam erti kata lain mengumpat la)
pekerja 1 : akak tu cari pen yang boleh padam dakwat dia. guna liquid la kalau nak padam
pekerja 2 : gila kut
pekerja 1 : yela kut. gila la tu
*lepas tu mereka gelak-gelak. *ingat episod 200 sinchan ke pa diorang ni*
aku pun pi di tempat diorang sesedap rasa 'buat ketupat'. lepas aku senyum. BERSABARLAH cik Rossnie oi. bertanya orang yang tak tahu memang sebegitu rupa. membuak-buak dah hati aku ni. dah la cari erasable pen tak jumpa. kena kutuk-kutuk lagi pulak tu. aku tak kisah kalau dia tak tau apa tu erasable pen. yang aku kisahnya bila dia duk kata aku gila. dia kut yang gilaa....HOT DAN VERYYY SPICY kut masa tu
last-last aku tak beli pun. suka-suki dia ja cakap aku gila.
*sorry, entry ini agak kemeruapan tahap 200 darjah celcius dah ni.
![]() |
wahai adik yang duk buat ketupat tu. inilah erasable pen yerrrr. pic : google |
================END OF STORY=================
"Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kemu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan " ( Surah Al- hujurat: 6)
"......dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya, Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat Lagi Maha Penyayang " (Surah Al-Hujurat : 49)
Monday, January 9, 2012
Mereka sangat kreatif
Entry pertama di tahun 2012..fuhhh..sungguh terasa kuno gila..kan..kan
Mari bercerita tentang hari ini. Moga-moga, sudah tua kelak tersenyum kembali melihat stok-stok entry lama yang boleh bikin warga tua ini tersenyum. Tatkala itu berkata kepada si cucu,
"inilah zaman nenek dahulu..."
(insyaallah kalau dipanjangkan umur)
Bertanya cikgu kepada anak-anak pelajarnya:
" Binaan plot terdiri daripada bahagian pengenalan, pertengahan dan pengakhiran. Baik kelas, cuba kamu fikirkan, apa akan terjadi dalam sesuatu drama jika ada awal dan pertengahan sahaja.."
Pelajar 1 : drama tu akan bersambung cikgu
Pelajar 2 : orang mesti akan menyumpah-nyumpah drama tu sebab tak habis
Pelajar 3 : drama tu mesti tak laku
Pelajar 4 : drama tu mesti ada bahagian II, cikgu
Pelajar 5 : Pengarah drama tu mesti tak tau nak sambung apa dah
Pelajar 6 : tengok di youtube, mesti ada sambungan
Pelajar 7 : drama tu memang ada awal dan pertengahan saja sebab dia suruh pikir sendiri apa akan jadi akhir cerita tu
dan jawapan ni aku rasa nak gelak gila-gila
Pelajar 8 : masa nak tayang dekat TV3, tiba-tiba VCD tu rosak, mesti VCD cetak rompak. lepas tu siaran tergendala. takde la sambungan dia. Jadi, cuma ada mula dengan pertengahan je la. Mungkin minggu depan TV3 akan tayang balik la drama tu..
Cikgu geleng-geleng kepala sambil berkata,
"Jawapan kamu semua bagi memang kreatif betul...!!!"
Mereka membuatkan saya tersenyum. Pelajar kelas yang paling TERbelakang mempunyai idea yang kreatif. Bagus, walaupun anda tidak tahu membaca, tidak tahu menulis dengan betul dan tidak banyak benda yang dapat diserap semasa cikgu mengajar tetapi anda semua berjaya menggunakan otak anda untuk berfikir kemungkinan apa yang terjadi.
.

gambar yang tiada kena mengena dengan tajuk dan sekadar hiasan semata-mata..hahaha |
.
Labels:
Aku Cikgu,
kesayanganku,
life,
My Life
Wednesday, December 28, 2011
Melangkah Ke Tahun Ketiga Bergelar 'Pendidik'
28 Disember 2009, bermulanya perkhidmatan aku sebagai pendidik. Sekolah pertama aku ditempatkan ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Putra, Langkawi.
Menerima ucapan,
Guru adalah untuk dihormati bukan untuk ditaksubi. Sebagai pendidik, marilah kita menjadi pendidik yang memberi ta'dib dan tarbiyyah kepada insan bergelar murid. Jadilah pembimbing ke arah kecemerlangan hidup di dunia dan akhirat. InsyaAllah..^_^
Melangkah ke tahun Kedua perkhidmatan, dapat berpindah ke Kuala Muda/Yan. Tempat tanah tumpah darahku. InsyaAllah akan di daerah ini juga mengikut bakal suami . Tahun 2012, merupakan tahun ketiga bergelar pendidik.
Alhamdulillah, selama bergelar pendidik ini pelbagai cabaran dan dugaan yang terpaksa ditempuhi. Ramai orang selalu berkata,
"Cikgu, kerja setengah hari saja kut, setakat mengadap anak murid tu apa la sangat"
Ambil itu secara positif, mari tanamkan azam dan abaikan bisikan-bisikan manusia yang tidak pernah pandai menilai. Walaupun mereka semua di luar sana tidak tahu tugas sebenar pendidik di sekolah. Kitalah kerani, kitalah guru, kitalah pembantu kewangan, kitalah setiausaha, kitalah driver, kitalah pengawal keselamatan, kitalah PA, kitalah polis, kitalah tukang kebun, kitalah jurulatih, kitalah jururawat..terimalah semuanya dengan ALHAMDULILLAH sebab itulah pintu rezeki seorang guru. Memberi fokus dalam mendidik pelajar adalah lebih penting daripada mendengar kata tohmahan terhadap guru.
Rasulullah s.a.w bersabda:
"Bahawasanya jika kamu mengajar seseorang lalu dia mendapat kebajikan yang lebih berharga daripada dunia dan segala isinya"
Menerima ucapan,
"Terima kasih cikgu di atas jasa cikgu selama ini mengajar saya. Saya telah berjaya menjadi seorang pelajar cemerlang"
"Dulu saya nakal di sekolah, tetapi apabila saya memikirkan kembali kata-kata cikgu saya mula fikirkan kehidupan saya. Walaupun saya tidak pandai seperti rakan lain, tetapi saya akan berusaha untuk menjadi seseorang yang berguna untuk ibu bapa dan keluarga saya. Terima kasih cikgu."
"Thank you teacher for guiding us, inspiring us and making us what we are today"
..adalah merupakan saat yang paling menggembirakan untuk seorang guru. Ucapan "TERIMA KASIH" daripada seorang pelajarnya yang menghargai jasa dan pengorbanan seorang guru merupakan saat terindah buat seorang guru apatah lagi mendengar kejayaan anak-anak didiknya.
Firman Allah s.w.t dalam Surah Ali 'Imran :
"Allah menerangkan (kepada sekalian makhluk-Nya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa, Lagi Maha Bijaksana"
Dalam ayat di atas, jelaslah bahawa, Allah s.w.t memulakan dengan nama-Nya, kemudian dengan para malaikat-Nya dan kemudian dengan ahli ilmu. Dan ini sudah cukup membuktikan betapa tingginya martabat ilmu dan ahli ilmu itu sendiri.
p/s: Masih ingat kata seorang ustaz, tugas seorang pendidik ini adalah tugas yang sangat mulia. jangan sia-siakan tanggungjawab kita sebagai pendidik. Insyaallah setiap titik peluh kita mengajar untuk kebaikan pasti akan menerima ganjaranNya. Kita mendidik anak-anak didik kita menjadi insan yang berguna, InsyaAllah Allah akan memudahkan urusan kita. Kebanyakan anak guru insyallah akan berjaya ^_^
Labels:
Aku Cikgu,
pengalamanku
Thursday, December 8, 2011
Sudah Tamat
Assalamualaikum..
Rasanya nak start berblog secara serius kembali. *Rasa jer la yer*
Sudah agak bersawang rumah saya ni kan. dasar pemalas cenggini la kan. Everyday masuk blog, lepastu tengok&usha update from blogger yang saya follow. tu jer.. tak terasa gatai tangan nak mengupdate blog sendiri pun.
Ok. sekarang ni saya mula addicted pada blog BRIDE-TO-BE..excited baca review, story and DIY yang diorang buat. So, nanti di side kanan blog saya ni akan ada la MENU baru B2B..,
Hari ni, hari last i jaga exam. hoyeeayy..tak terasa bosan la plak jaga exam ni. (ye kerrrr????) Nasib saya bahek hati ganti orang kan. Last paper hari ni adalah subjek GEOGRAFI 1. Masa: 1 jam 15 minit. Jawab 40 soalan objektif. Dalam masa setengah jam, half of the hall dah kosong. 30 minit kemudian, hall tinggal 7 orang dari 44 orang pelajar. 7 orang ni sebenarnya dah habis menjawab pun tapi saja jer taknak keluar sebab nak tunggu ambil kertas soalan. Yela, kalau keluar awal, tak boleh bawa keluar kertas soalan sekali.
Tadi ada seorang budak nakai-comey nak keluar awal dari dewan peperiksaan. dia nak bawa sekali kertas soalan peperiksaan dia.
saya : eh, nak keluar, kena tinggalkan kertas soalan
pelajar : ye ke, xpe la. tak jadi keluar.
saya : kenapa pula?
pelajar : ingat nak ambil kertas soalan nak check di rumah
saya : ala, bukan boleh buat pembetulan pun
pelajar : uihhh, cikgu taktau. saya di rumah 7 bulan nanti takdak keja nak buat. boleh la saya check jawapan. At least, saya boleh aim la saya dapat berapa geografi. Lepas tu, boleh la memikirkan masa depan saya.
saya : ha, yela tu. dah tu. tunggu la lagi 30minit baru keluar
15 minit kemudian
pelajar : bosan la cikgu duk dalam dewan ni. saya keluar la cikgu. lepas habis exam, saya mai ambil kertas soalan saya yer
saya : Yela, giat tekun betul la budak ni
Sungguh kelakar budak ni. Nasib dia comey :P
Bila dah habis peperiksaan, pelajar mulalah rasa MERDEKA!!! Macam-macam karenah diorang ni. Dan semestinya ada yang bawa bunga api dan mercun nak meraikan kemerdekaan mereka sebagai pelajar yang beruniform sekolah. Macam-macam ragam betul. Teringat pula kenangan waktu sekolah dulu..huhu :P
Untuk Tahun 2012, ada 2 benda penting yang guru-guru akan tengok iaitu:
Dan, esok akan BERCUTI. Destinasi = key el..
p/s: next entry..nak update wedding kengkawan yang saya attend. :)

Jadual pembayaran gaji tahun 2012 |
![]() |
Takwim persekolahan sesi 2012 |
Dan, esok akan BERCUTI. Destinasi = key el..
p/s: next entry..nak update wedding kengkawan yang saya attend. :)
Sunday, October 16, 2011
Vokal Bukan Sekadar Rupa
Sedang menonton program terbaru di TV3, VOKAL BUKAN SEKADAR RUPA. Ada orang cakap, program ni ala-ala THE VOICE di AXN. Kalau The Voice tu aku ikut gak la. gila mantoopppp suara mereka.
Entry aku ni bukan nak cerita pasal program VOKAL BUKAN SEKADAR RUPA ni. Bila aku tengok program ni, teringat cerita bulan lepas masa aku ajar POEM. Biasalah karenah pelajar yang pelbagai. Masa tu aku ajar gaya bahasa ASONANSI
Cikgu : Asonansi ialah pengulangan bunyi VOKAL. Ok kelas, apa itu vokal??
Pelajar 1 : Vokal ialah vokal la cikgu
Cikgu : Tolong la serius sikit, saya tanya soalan basic budak tadika jer ni. vokal tu sapa?
Pelajar 2 : VOKAL BUKAN SEKADAR RUPA CIKGU. [Lepas tu dia buat iklan macam bawah ni].... "yang penting suara, bukannya rupa"
Cikgu : pengaruh TV betul la ampa ni
Pelajar 2 : Cikgu, saya tau VOKAL tu apa..
Cikgu : apa??
Pelajar : Vokal tu yang orang lontarkan suara "DO RE MI FA SO LA TI DO...."
Cikgu : woowww..bijaknya..balik satgi pi TIDO. mana tau dapat ilham tulis lirik. boleh jadi terkenal. Kalau dapat 10 orang macam kamu ni, habisla..
Pelajar 3 : Vokal tu HURUF la cikgu
Cikgu : ada saya bagitau vokal tu ayam????
Pelajar 3: cikgu ni, nak melawak sikit pun tak boleh
Cikgu : Dah Vokal pun tak tau. masuk balik la tadika.
Semua pelajar : VOKAL tu A,E,I,O,U cikgu
Cikgu: Ha..tau pulak
Pelajar: Biasa la cikgu. kami tingkatan 2, bukan budak tadika...
Cikgu : @@#$^&&%&**&!!1
Wednesday, October 12, 2011
Saya dan Tugas
18th November 2011 until 2 January 2012, is a school holiday. It sounds good for others but not for me. Saya tidak akan bercuti pada cuti sekolah hujung tahun ni sebab
# menjadi pengawas peperiksaan SPM (rajin dan baik hati menggantikan orang..tapi takpelah sekolah sekangkang kera dengan rumah jer pun..hikhik)
# marking paper FIZIK SPM
# Making MODULE for MATHEMATICS and BM
"GIAT TEKUN TANDA JAYA!!!!YEAYYYYY"
Sila hayati kata-kata di bawah yang sangat menyentuh hati :)
![]() |
sila klik pada gambar untuk tumbesaran yang maksimum |
p/s: berokband saya memang berokkk la..bila dah bayar, slow gila..tak bayar, laju pulak..siap leh download movie..ceittt
Wednesday, September 21, 2011
Akibat Tersyasyul
Tempat : Di Dalam Kelas
Masa : Di suatu Petang
Cikgu memberi latihan dan sedang menunggu pelajar menyiapkan latihan tersebut. Tetiba..
Cikgu : Kaya yer students kelas ni
Pelajar : Kenapa cikgu??
Cikgu : Warna-warni G-STRING kamu
Pelajar : G-String???sapa yang pakai cikgu? macam mana cikgu tau??
Cikgu : Kawan-kawan kamu la. macam-macam warna ada. Kaya sungguh..
Pelajar : sapa cikgu??
Cikgu : tu ha..(sambil menuding jari ke arah seorang budak perempuan)
Pelajar : Wei, Si A pakai g-string (sambil ketawa-ketawa)
Cikgu : Apsal pula kamu ketawa, betul la. tengok kat tangan dia. g-string warna hijau lagi
Pelajar : Cikgu, tu g-shock la...
Cikgu : @!&%%%&**@ adoii.kenapa la dengan confident nya aku sebut g-string ni. tu g-shock la..adoii..adoiii..malu (berkata di dalam hati)
Pelajar : hahaha..cikgu, kantoi!!!!
Cikgu : Saja jer nak uji tahap pengetahuan kamu.
Loceng berbunyi..
Cikgu : *berkata di dalam hati.." nasibla dah habis waktu. tebal muka aku seploh inci kut. arghhhhh.."

p/s: berhati-hati tatkala mengeluarkan sesuatu perkataan...

ini rupa g-shock yang santek bergaya kau memang d-bommmbb. pink gitu nyahhhh
memalukan diri di khalayak ramai, sungguh tak ketahuan. ni la akibatnya kalu 1,2 minggu ni asyik ajar POEM jer. foning-foning sudah..p/s: berhati-hati tatkala mengeluarkan sesuatu perkataan...
Thursday, September 2, 2010
Circle vs Ice Cream
Ari nie ari last di sekolah sebelum cuti Hari Raya Aidilfitri..sangat gembira..tak sabo2 nak ketemu ayah bonda..huahua..padahal minggu lepas baru je balik kan..tak kira..nak gak ada suasana hari raya..sambil nyanyi lagu balik kampung..oohoo..balik kampung..sila jangan jelez sebab i bercuti selama 2 minggu..tersangat2 gumbira+hepi+seronok+yabeda bedooo...(^__^)
Tadi masuk kelasku..setelah sekian lama tidak ketemu anak2 aku yang nakal..cewaassss..dah beranak aku kan..kelas yang kadang2 buat aku hepi..kadang2 buat aku naik hangin..kadang2 buat aku takdak prasaan (cam pon-ti-anak je)
Tadi dalam kelas..aku dengan mood nak balik kampung..mengajar dalam suasana relakss..al-maklumla dalam fikiran berbuak2 nampak feri je..ok..straight to the title..
Ari nih aku ngajar students aku CIRCLE..aku pun mulalah melukis kat whiteboard..siap ngan explanation pasal properties of the circle..

Ada sorang budak bersuara
"Cikgu, kenapa cikgu lukis gambar tu dah serupa ice-cream lagi..terliur kami bulan posa nih"
"Aik..kamu posa ka tak ni..silap2 hari bulan whiteboard nih kamu igt ice-cream..habis ghelai (pecah) kamu kerjakan..semua benda nampak makanan..susah la cmni"
ketawa satu kelas
"Cikgu, kami posa tak tinggal..cikgu kut tinggal 7 hari..betul tak cikgu?"
Sambil blushering muka aku menjawab..."Ha? padia...saya tinggal posa 8 hari, awat? ada masalah ke?
Terkedu semua sebab aku memang suka memangkah budak2 aku nih..al-maklumla idea2 aku tah papa je..hahaah
sesi bersoal jawab lak..
"Cikgu..cikgu raya kat mana?"
"Cikgu..cikgu buat open house tak?kami nak pi umah cikgu..."
"Cikgu, cikgu buat kuih raya pa?"
'Cikgu, baju raya cikgu bapa pasang?"
"Cikgu, nak duit raya.."
Hamboih-hamboih..sungguh advance kan students aku..aku ngajar Matematik bukannya Bahasa Melayu nak kena jawab soalan pemahaman..tapi tak pa la..ari nih aku rasa nak merelakskan diri..layan je la budak2 yang kadang2 buat aku tersenyum ngan karenah depa nih..Hari nih habis satu masa aku..lukisan ice cream tuh ada di whiteboard tapi takdak plak contoh2 cam besa..ari ni cikgu bermesra ngan studentsnya..petang nnt kan nak balik kampung..
Tu bila time students aku OK..bila time depa K.O...maunya kelas tuh jadi macam pasar malam..tak larat aku nak menjerit..fuhhh..sabaq..sabaq..tadi di kelas sempat bermaafan-maafan dengan pelajar-pelajarku..sedey2..ada yang menangis..banyak dosa la tuh..haha..xdela..bagi aku..semua orang ada melakukan kesilapan..bersedialah untuk memafkan orang lain..PEACE NO WAR!!!

Wednesday, September 1, 2010
Durian Runtuh
Macam best je entry ni kan..entry nih tak dak kena mengena ngan durian yang bau seharum merbak tuu..tak jugak berkaitan ngan runtuhan ala-ala World Trade Centre tu..bila baca entry nih mesti tersenyum lebar..hehe..

Alamak..aku tak makan durian la..apsal tetiba aku cita sal durian lak nih..haaiiissshh..sgt musykil..korang nak taw tak kenapa aku tak suka durian?jeng..jeng..jeng..
Dulu kan..masa aku sekolah rendah..fuhh..memang feveret aku la buah durian tu..pantang tengok je..komfem tinggal biji ngan kulit durian je..siap buat free show kat depan kak aku lagi..yela..dia tak suka durian..haha..aneh betoi la..
meh aku cita sal kak aku dulu..kenapa dia tak suka durian..dulu2 masa duk asrama..kak aku ni nakal skit..da satu malam tu hostel dia buat kenduri pulut durian..pa lagi kan..makan dengan penuh kelazatan dan kenikmatanlah..tapi tak habis ngan tu..tengah2 malam..dia berpakat ngan kawan2 dia pi mencilok durian kat kantin hostel..pa lagi kan..beramai2 wat kerja tak senonoh tuh..pastu pakat makan ramai2..memang tak pikir panjang..duk esoknya..masing2 demam panas..haha..cian btul..tu la..lain kali..pi cilok lagi durian tu..kan Allah nak tunjuk..start dari hari tu..kak aku dh tak makan durian..konon2 fobia la..
cita aku plak??hahaha..kenapa aku tak makan durian?
Alkisahnya bermula...
Aku dulu-dulu tersangatlah hantu durian..memang pantang da buah yang berduri-duri tu kat umah..komfem2 la aku habiskan..yang tak tahan tu..siap buat free show kat kak aku..yela..time tu dia dah insaf tak makan durian..jadi..dengan penuh rasa nikmatnya..aku pun buat tayangan percuma depan dia..tapi dia tak terliur pun sbb memang dia tak mkn durian..hampeh kan..nak jadikan cerita..aku demam teruk gak la lepas mkn durian..start dari hari tu..aku pun terikut2 fobia tak makan durian..bukan saja makan..bau dia pun leh buat aku termuntah..dah lebih cam ibu mengandung lak..haha...
moralnya: sila jangan berbangga-bangga dengan nikmat yang diberikan..hehe
Ok..stop cita sal durian..
Sebenarnya aku nak cita sal durian runtuh yang bermaksud keuntungan yang diperolehi dengan tidak disangka-sangka..(hari ni kita belajar simpulan bahasa yea murid-murid sekalian)

Dengan muka yang tersenyum lebar..bak garfield yang sedang smile hingga ke telinga..tersangat-sangatla terasa gumbira sebab kerajaan Malaysia sudi memberikan BONUS yang dianggap DURIAN RUNTUH sempena SYAWAL
Pagi tadi..lepas sahur..terus aku buka CIMBClicks..
Yeay..yeayyy...iyela..ada penambahan sebanyak RM500 kat akaun..waahh..sangat2 gumbira..leh shopping sakan utk raya nanti..haiisshhhh..elakkan pembaziran..sila bank in ke akaun ASB dan Tabung Haji anda untuk simpanan di masa hadapan yea..hehe..
Aiiyyaarrrkk..duit raya?baju raya?kuih raya?kasut raya?tirai raya?....semuanya pasai raya..raya tahun nih merupakan raya pertama aku sebagai orang yang bergaji..hehe..kenalah kuarkan duit raya kan..takpa2..org cakap..kalu kita memberikan sesuatu kepada orang lain rezeki kita akan bertambah..insyaallah..hehe..
p/s: esok nak balik kampung..sangat2 la hepi..
Friday, August 27, 2010
GaLs DaY OuT

Apabila gadis2 nih addicted kepada DSLR beginilah jadinya..hehe..we're wondergurlz..actually byk ag pic nk upload tapi cam memenuhkn ruang je..haha..d nice n hepy day wif u ol gurlss..
Wednesday, August 25, 2010
Air Semut????

Cam menarik kan air kat atas nih..ni la yang dinamakan AIR SEMUT..haha..
Bahan-bahan:
- Air Kosong
- semut
- gula
Cara membuatnya:
Masukkan berapa banyak air kosong ke dalam gelas (ikut suka korang la)..pastu carilah semut2 yang duk melata kat umah korang tu..kalau korang tak dapat jumpa..senang je..letakkan gula tepi gelas..komfem semut tuh akan merayap2 dengan sendirinya kt dlm gelas korang..hebat kan..so..cam tuh la cara membuatnya.senang lagi simple kan..cup2..gula tu korang leh ganti ngan madu..asalkan dia manis yer..huahuahua..
Tak pasai2 org igt aku tak senonohkan..tak kira..tetiba aku nk tulis entry nih selepas aku lalui pengalaman yang memalukan dalam kelas tadi..aku sangat susah nk igat nama students..tu kenyataannya..8 kelas aku ngajar..camne nk igt tuh..makala kata dalam kelas tu da 30 org..fuhhh..banyak tuh..(alasan semata-mata)
Tadi aku punya geram kat sorg student nih..dah la masuk kelas lewat pastu leh duk nganga tak wat keja..hangin la aku..
"Rahmat..ang duk buat pa la tuh..tak reti2 nak salin pa yang cikgu tulis kat whiteboard tuh"
dan selepas itu:
"Rahmat yang depan tu la cikgu..duk salin elok je..nih Zakaria" (students tu gelak terbahak-bahak)
Memandangkan aku terasa malu yang teramat sangat..aku mulalah cover..
"Ok kelas..Yang Dipertua Agung merupakan Ketua Negara..dilantik daripada 9 buah negeri di Malaysia..apakah negeri2 tu?"...
wei..pandainya aku wat ayat supaya students tuh tak gelak..dan aku sndiri tak malu..hahaha..blushering gila la time tuuu..dalam hati:
"nasib aku pandai ubah topik..kalu tak komfem2 la aku kena nanti"
Tu kisah dalam kelas tadi..nih kisah len lak..
Aku nih mmg cepat pelupa la..Kalu subjek2 yang nak kena igt nih komfem2 la aku tak leh skor..igt lagi masa tryer SPM dulu..Biologi aku dapat 8E..add math ngan Math leh lak aku skor A..hampeh kan..aku memang ssh nak igt..bacalah 3,4 kali, tak ingat-ingat gak..nasibla exam SPM betol aku leh skor A biologi..tapi sejarah aku B..haha..sejarah termasuk dalam subjek yang perlu membaca dan mengingat yer kawan2..haha
Aku tak tau la camne la aku terjebak ngan Biologi kat Matrik dulu..bengong wei masa matrik dulu..rasa cam nak balik umah p berniaga cucuk ja..pa lecturer ajaq aku tak paham..arrrgghhhh..sungguh tekanan..tapi aku try gak sebab aku punya target nak ambik Farmasi tapi apakan daya..result aku tak kesampaian nk amb kos tuuu..sedey2..xpe2..aku continue ngan Education..memang nih rezeki aku..see..skrang aku dah bergelar cikgu..hehe
Cam tersasar jauh jer dari cita air semut nih..pa kaitannya??
aku rasa kan..dulu2 mesti aku banyak minum air semut..patutla aku jadi pelupa..haha..hebat tak??salah air semut lak kan..cup2..aku minum secara tak sengaja yer..semut tuh mungkin tergoda kat air aku..tak pun dia berminat nak wat survey kat abdomen aku..betoi kan jawapan aku..haha..Hargai pa yang korang miliki...nnggeeee~
p/s: Sebelum nak mulakan sesuatu tuh bacalah bismillah dan doa penerang hati..mudah-mudahan..pa yang kita belajar tu diberkati...Baca berulang kali..cuba paham kan..bukan semata-mata nak ingat je..kalu benda2 tuh semua dah bercampur mulalah menjadi PELUPA..sekian..he3
Friday, August 20, 2010
Berbuka Posa bersama kengkawan
Patutla 2, 3 ari nih emosi aku tak stabil..asyik nak marah..asyik nk kiyau..huhu..cian encik jodoh..slalu jadi mangsa kebenganganku..sori dear..rupa2nya aku sedang bermood kotex..upppssss...tak pa la..normal kan bagi sorg yg bergelar wanita len la kalu bukan wanita tulen dalam erti kata lain maknyah la aka gadis jantan..wesss...da ka perkataan tuh??aku yg tolong rekemenkan yer..sila masuk dlam diari anda..
kelmarin pergi berbuka puasa sesama kat bamboo..sgt bez..sampai sana dalam pukul 6.30..memandangkan DSLR berada d tgn..pa lagi..memulakanlah aktiviti berposing..hehe..memang sangat addicted kat DSLR la..haaaiisshhh...bahaya nih..leh demam tak kebah la....
mari kita tinjau di sebalik hasil seni DSLR itu..hikhik...
pic bwh nih before nk bebuka posa..sempat lagi berposing kt tepi laut..sangat cantik scenery dia..subhanallah..indahnya ciptaan allah

nih plak time berbuka pose..hehe..berbuka ramai2..menunya ialah: siakap tiga rasa, tomyam campur, sotong goreng tepung, udang masak mentega, kangkung goreng dan air tembikai..yummy..yummy..sgt menyelerakn kan...hehe..pas berbuka..smpt lagi bergambar..bukti beb..hehehe

cup2..aku nk tunjukkan bakat aku sebagai photoghrapher gak..hehe..thanks to ain and eis sbb menjadi bahan uji kajiku..sgt meletup, gorges and bombastik la..hahaah..d very2 like d view..

Tuesday, August 17, 2010
Bila mood cikgu tidak baik
"Life is full of lots of up and downs,
And the distance feels further
When you're headed for the ground,
And there is nothing more painful
Than to let you're feelings take you down..."
Haiissshhhh...sungguh tak suka bila bermood bad nih..mulalah rasa nk kiyau2..konon2 leh menenangkan diri la..ishk..tak plak kan..sesapa nak tlg jadi shoulder to cry on..aiiyaaa..
saya sgt terasa hidup nih sgt complicated..uppss..nih semua kita yang corakkan la sbb hidup kita..kalau hidup takde masalah bleh tak..eh..tak bleh..tak dak warna warni la..hehe..cam tak betoi je aku ari nih..
tadi masuk kelas..mengamuk seround..bkn mangamuk yg ambik buku, kerusi, meja semua2 lempaq2 tu yer..bukan mengamuk dgn suara yang tinggi yer..saya kan cikgu yang baik hati..hehe..mintak puji lak kan..saya mengamuk dengan penuh tatatertib..bagi ceramah bertauliah seround..fuhh..tersentak budak2..eh..aku leh bagi ceramah ke??haha
weiii..sapa tak geram..srh hantar buku 2 mggu lepas..dari 29 org students, yang hantar 18 je..mana yg lain2..komfemlah jawapannya depa tak hantar..
" kenapa kamu tak hantar buku yang saya suruh hantar ek..kamu rasa saya dah cukup baik untuk kamu ke..saya tau la sivik ni subjek yang tak masuk spm pun..takkan kamu tak boleh bertanggungjawab dengan keja yg saya suruh kamu buat..kalu kamu rasa tak penting semua ni..saya pun boleh kata gak..buat pa saya ngajar kamu..bukan penting sgt pun subjek nih..semua saya buat sebab saya rasa ada tanggungjawab terhadap pelajar-pelajar saya..kamu??pa tanggungjawab kamu kat saya?..cuba kamu pikir balik..kalu kamu bagi org tugas..org tu tak buat..pa kamu rasa??kamu tak rasa bersalah ke??kamu tu pelajar..da tanggungjawab kamu sebagai pelajar..allah suka ke kamu mensia-siakan hidup macam ni??"
"ok..byk sgt ka kerja yang saya suruh buat?tak susah pun keja saya suruh buat nih..3 mnggu..cuba kamu bayangkan..seminggu 7 hari..1 hari..24 jam..tu tak kira minit lagi..susahkah nak tulis 1 perkataan dalam masa tu??kamu ni kelas depan2..dah besar2..dah pandai pikir..takkan nak suruh saya marah kamu lagi kot..saya nk..esok buku tu da atas meja saya..ok?"
fuhhh..berapi tak??hahaha..cam aku record balik je kan..haha..seyes wei..sakit ati aku time tuh..sebelum nih masuk kelas buat lawak je..siap budak2 tu panggil cikgu loyar buruk..ari nih aku serius gila..budak2 tu dah tak brani lawak ngan aku..semua tunduk..nampak depa bersalah..memang berlinang air mata gak la..hmmmm..tahan..tahan..cikgu beremosi tidak stabil yea..so tolong jgn bagi cikgu marah..
Sunday, August 1, 2010
PengALaman NgEri..wuhuuuu~
♫♪♫♪ Hujan yang turun bagaikan mutiara
Berkilau bersinar berkerdipan
Subur menghijau bumi terbentang
Dan bayu berpuput lembut ♫♪♫♪
weeewiittt..sedapkan lagu ni..sangat menarik..
sebenarnya lagu ni ada kena mengena dengan entry aku..hehe..lawak pun ada..sadis pun ada..terharu pun ada..ni pasal pengalaman aku gara-gara nk membeli lappy baru..
Aku ngan kawan aku si gee jah p Kuah nk beli lappy baru..apa lagi..naik la motor ego S..wahhh..merempit gila lar..tanpa memikirkan kemungkinan yg bakal menjelma..kuang2..dah beli lappy terpaksa tunggu sbb technician tu nk install dan setting laptop ni..2 jam la jugak tunggu..sementara tu kami pegi la mkn nasi ayam periuk besar..tuttt..tuttt..hujan dengan lebatnya..terpaksalah pegi jalan2 d pasaraya yang berdekatan..disebabkn hari pun dah nk malam..terpaksalah kami merendah hujan lebat tu..takut kemungkinan-kemungkinan yang bakal terjadi..ma tak nya..kang terpaksa meredah malam2 dengan hujan lebat..
fuuhhhhh...rasa ngeri gila naikk motor lebih kurang 40minit..kebas kaki..baju nih dah basah kuyup la..dh jadi seksi siot..ahhh..lantak la..janji sampai rumah..tangan dengan kaki dh menggeletar gila..kesejukan..macam rasa duk kat kutub utara pun ada jugak (mcm la pnh p kan)..hujan lebat kuredahi jua..fuhhhh..cam ayat pasrah je kan..
serius weii..angin kuat gila..hujan pun lebat..dah rasa terhoyong hayang naik motor tu..hehe..dasyat kan..(lantak la..ni cita aku kan..nak jugak ada sound effect)..adusss..rasa macam nak kena strok pun ada gak..nasibla aku suruh akak kedai tu tolong hantar lappy ku ke rumah..kalu tak..sekali ngan lappy yang baru tu hancur..nangis dh tak dak lagu dah..bukan senang tu nk beli..2,3 bulan jugak la berangan..hehe..
nasibla selamat gak sampai ke rumah..dalam keadaan basah kuyup sempat lagi ketawa terbahak-bahak depan pintu umah..pengalaman-pengalaman..haha..housemate aku siap ambik gambar lagi..ni nak bagi anak cucu tengok..nenek depa naik motor di kala hujan lebat..hahaha..lawak sehhhh...
dah serupa alien pun da gak aku tgk..hahaha...kesejukan gila time nih..

Thursday, July 29, 2010
Hari Anugerah Cemerlang SMKTP
Hari ni..29 Julai 2010 bersamaan 17 Syaaban 1431 H..Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Putra mengadakan HARI ANUGERAH CEMERLANG yang dirasmikan oleh Yang Teramat Mulia Tunku Panglima Besar Dato' Seri Tunku Puteri Intan Safinaz Binti Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Haji Abdul Halim Mu'adzam Shah..
Aku ditugaskan sebagai AJK Persiapan Tempat merangkap penyambut tetamu..haha..sungguh berdedikasi kan..entry kali ni aku tak nak cita panjang2 la sbb aku nak tunjukkan pictures yg sangat menarik perhatian sekitar sambutan Hari Anugerah Cemerlang..

byk lagi nk letak tapi dh tak larat upload..hehe..menarik kan...(^_^)
p/s: teringat aku time sekolah dulu2..aku la bdk yang selalu naik atas pentas ambil hadiah..hehe..mesti kawan2 yang lain jelez kan..tu dulu la..zaman otak bersih lagi..kudus jer..kihkihkih
Subscribe to:
Posts (Atom)