Thursday, March 24, 2011

Tangisan Seorang Guru


It was very disappointing to see and to hear the students that always make problems in the class. Where is your little heart my dearest students? Where is your responsibility as a student who come to school to learn, to enhance knowledge, to make your family proud of you and to make your dreams come true..

1st March 2011, i ordered my students to do synopsis for Novel Erti Sebuah Pengorbanan. I told them to do the work in a group of 4-5 peoples. But yesterday..
Only 4 from 8 groups do the work and submit it to me. I am so disappointed. I told the students who didn't make their work to wrote down the synopsis 2 times and submitted it before return home..Sangat-sangat-sangat marah waktu tu sebab kerja yang aku bagi almost a month tak disiapkan. Sapa tak bengang??

Hari ini, masuk kelas, ada juga 4,5 orang students yang belum siapkan sinopsis dan hantar kepada aku

"Sapa rasa dia tak hantar sinopsis semalam, tolong berdiri sehingga habis kelas saya"
Aku malas nak berleter panjang sebab nak mulakan kelas dengan aman dan teruskan pengajaran tanpa ada gangguan..

Seorang pelajar cuba membantah sebab aku taknak terima kertas yang dia nak hantar hari ini. Aku pun cakap la

"Saya nak kertas sinopsis semalam. Bukannya hari ni. Kamu ambil perhatian ke tak masa saya terhegeh-hegeh, berbuih-buih mulut bagi arahan pada kamu??"

Budak tu dengan biadapnya cakap:

"Saya nak bagi hari ni, cikgu tak nak. Bila saya tak buat cikgu marah. Perangai macam......"


Gila menyiarap darah aku dengar dia cakap masa tu. Terus aku mengucap, tarik nafas dan bermulalah pengganti penceramah terkemuka. Dengan nada yang bengang bercampur geram

"Kamu ingat saya ni kawan-kawan kamu ke? Sekarang ni siapa yang salah sebenarnya? me or you all?? Ada ke cikgu yang akan denda tanpa memikirkan apa kesalahan pelajarnya??Ada ka?? Kamu rasa saya bersikap kejam ke dengan kamu?? Saya buat ikut peraturan yang betul. Kamu tak buat kerja saya, jadi kamu kena terimalah apa-apa arahan saya..bla..bla..bla"

=.= Bergelinangan air mata aku waktu tu. Sedih lihat anak-anak murid yang tidak tahu pengorbanan seorang guru. (Actually aku ni jenis, kalau dah marah gila-gila, aku akan menangis dan sebak sendirinya selepas itu) .

"Kalau kamu tak suka saya mengajar kamu, tolong keluarkan surat pada PKP bagitau yang kamu tak nak saya mengajar kamu. Tak payah la lepas ni saya mengadap kamu. Kamu pun mesti suka kan."

Itu yang mampu terkeluar dari mulut aku sebab aku sangat-sangat-sangat marah+geram+sakit hati

(Tapi aku rasa bersalah juga sebab terlepas cakap macam tu...)

Aku diam dan suruh diorang buat kerja sendiri sambil aku menanda buku. Datang seorang budak

"Cikgu, kami taknak cikgu lain yang mengajar kami selain cikgu. Tolonglah cikgu, kami taknak buat surat untuk PKP"
(ketika tu mata aku dah merah menyala dah menahan butir-butir mutiara dari mata)

Aku tunduk tanpa berkata apa-apa. Dalam hati aku "Ya Allah, kuatkanlah hambaMu ini..."
Pelajar yang terlepas cakap tadi datang kepada aku

"Cikgu, saya minta maaf cikgu. Saya tahu saya silap.."

@pelajar tu seorang pelajar lelaki yang sangat nakal. Selalu ponteng kelas tapi masa aku, takde la plak dia ponteng. Tapi yang aku respect, result exam baru-baru ni markah dia paling tinggi untuk subjek aku. =92%

"Kamu duduk tempat" (berkata tanpa melihat muka student tu)

Lepas tu semua students datang depan. mengelilingi aku..

Pelajar yang tadi tu melutut dan pegang kaki aku sambil menangis teresak-esak dan berkata
"Cikgu, maafkan saya cikgu..Saya yang bersalah"

TAK PERNAH ada orang yang betul-betul mengakui kesilapan dia macam ni dekat aku..

"Semua hukuman kami terima. Cikgu nak denda kami apa-apa cikgu denda la. Tolongla ajar kami. Kami tau kami bersalah..."

Dengan tiba-tiba air mata aku menitis laju. Gila la dah tak terkawal lagi masa tu. Aku tak tau kenapa mudah gila aku keluarkan air mata masa tu. Sebelum ni kalau aku geram sangat takla sampai tahap ni. Maybe aku lihat kesedaran pelajar-pelajar ni. Memang bersungguh-sungguh...

Tadi..satu kelas menangis. Si budak yang degil, si budak yang jahat, si budak yang pemalas..semua merah mata..Masa 1 jam dihabiskan dengan babak sedih guru dan pelajar.

"Pelajar-pelajarku..cikgu maafkan kamu. Tapi ingat!!! Kamu nak berjaya..kamu mesti berusaha.."


the decision that you had take, was a big one...
i've to admit, you are such a strong person, gud luck!



gambar yang tiada kena mengena dengan kejadian tadi..hehe



p/s: Menulis entry sambil mengeluarkan air mata sangat-sangatlah mencabar. Kisah ini kisah benar yang berlaku petang tadi. Mudah-mudahan pelajar-pelajar ini akan menyesal akan kesilapan meraka dan tidak mengulanginya. Ya Allah, lembutkan mereka untuk menerima segala suruhanMu, berikanlah mereka kejayaan di dunia dan di akhirat ^_^

4 comments:

haida said...

hanya guru yang memahami hati seorang guru.. sukar nk diungkapkan dengan kata2..

Rossnie said...

yupss...betui tu..sokong :)

Solihin Zubir said...

Ya Allah.. saya baca pun sebak ni.. siyes...

terharu bila pelajar pling nakal tu snggup melutut minta maaf dan akui kesilapan dia..
Alhamdulillah..
moga dia berubah mnjadi pelajar yg lebih baik lpas ni..

Rossnie said...

itulah..kdng2 students ni mmerlukan perhatian, kadang2 memerlukan ketegasan..hmmm..mudah2an dia bjaya di dunia dan akhirat

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails