Thursday, September 30, 2010

Bila "HanTu Raya" berbicara...



Hari nie di sekolah ada majlis bacaan Yasin dan solat hajat untuk students yang bakal mengambil PMR, SPM dan STPM..agak kelam kabut jugak di sekolah..budak-budak datang bersalaman dengan guru-guru minta maaf..dusshhhh..sangat2 terharu..oh tidak!! i very the sensitive you know..once broken consider sold..cehhh..takde kena mengena langsung :P

hari nih ada cita dramatik...genre tidak diketahui..so layanzzzz..




aku search pic "hantu raya" kt google..seyes..sangat2 menyeramkan..aku nih kan penakut aka pengecut..so aku rasa baik aku letak jer pic si comei casper nih..da kena mengena gak kut..adik-beradik ghost gak..haha~


wokey..aku nk cita sal "Hantu Raya"...1st sekali, if korang rasa "title" yg aku guna nih tak sesuai sebab aku cikgu, its ok..aku saja nak gempakkan entri aku..actually gelaran "Hantu Raya" nih bebudak kelas aku berikan kat seorang pelajar pompuan kelas aku..sebab apa??..aku pun tak tau..malas nak tanya banyak2..

budak nih sangat suka ponteng sekolah..dalam sebulan tu ada kut 5,6 hari datang sekolah..she is a gurl, ok?

Ari nih dia datang sekolah setelah sebulan kut aku tak jumpa dia..aku pun apa lagi..sebagai guru kelas yang berdedikasi (silalah jangan percaya), pi la panggil dia nak bagi motivasi konon-konon..moga2 insaf lah..hahaha...


Mari tengok dialog yang aku rasa nak bagi kat David Teoh..komfem box office punya la..sungguh dramatik (silalah percaya)


cikgu baek hati: "kamu pi mana yer..dah lama tak mai sekolah??"

si budak: "errkkk...cikgu tunggu PPD call la..saya tak tau nak cakap pa"

cikgu baek hati: "pasai pa lak saya nak kena tunggu PPD call, awat??kamu ada skandal ngan orang PPD ke?"

si budak: "ayah saya cakap, PPD nak call..saya malas nak cakap banyak"

cikgu baek hati: "ok..kalau macam tu biar saya je la yang call PPD..apa masalah kamu sebenarnya ni..bikin sekolah macam kepunyaan mak bapak kamu je..bapak kamu ada share saham ke kat sekolah nie" (dalam nada menggertak)

si budak: "saya pun tak tau cikgu, erkkk..cikgu nak call PPD ke??hmmm..cikgu try call ayah saya dulu la cikgu.."(si budak bagi no.fon ayah dia)

cikgu baek hati: "ok..tak pa..lepas nie..ikut saya pi jumpa PK HEM..pastu saya nak call ayah kamu, tanya sebab apa kamu tak mai sekolah.."

si budak: "eh..cikgu..kelmarin saya tak mai sekolah sebab pi tengok nenek saya meninggal dekat Baling"

cikgu: "eh kamu nih..tak payah nak tipu saya la..saya baru nampak kamu 2 hari lepas, agak-agak la.."
(actually aku tak jumpa dia pun..dia ada pergi rumah budak kelas aku 2 ari lepas thats why aku cakap ngan megahnya )

si budak: "nenek saya meninggal dalam bulan nie la..saya tak igt la bila..awal bulan kut..jadi, saya ada kat Baling la"

cikgu baek hati: "agak-agak la kamu ni punn..nih dah hujung bulan dah..berapa kali nenek kamu nak meninggal..tadi cakap kelmarin..nih cakap awal bulan lak..kamu nak kelentong pa lagi??takkan nenek kamu meninggal..pastu bangun balik..pastu meninggal balik.."
(seram siot..hahaha)

si budak : (terdiam sebentar) "cikgu, sebenarnya saya MALAS nak datang sekolah"

cikgu baek hati: "haaa...tu yang betulnya..yang kamu pi putaq belit keliling satu dunia apa kes..banyak betul alasan kamu..kalau buat karangan nie..komfemla kamu dapat A kan.."

si budak: "cikgu, saya MALAS bukannya apa, mak saya macam tak menghargai apa yang saya buat..kalau saya bawa balik sijil dekat umah pun, mak saya buat tak tau je..buat apa saya nak sungguh2"

cikgu baek hati: "hamboih2..kamu buat tahek kat mak kamu pulak..kamu tau ke apa pengorbanan mak kamu dekat kamu?? hari tu dah la lari rumah..buat mak kamu risau..kamu nak mak kamu hargai kamu macam mana?? suruh buat party..gantung belon..macam tue ke?? kamu tue sebagai anak..kamu kena la belajar rajin2..kamu pernah tunjuk result elok kat mak kamu ke?? tak buat lagi..pandai-pandai je cakap bukan-bukan yer"

si budak: (terkedu seketika)..."okey cikgu..lepas nie saya janji saya datang sekolah..start dari minggu depan..kalau saya tak datang..cikgu berhentikanlah saya"

cikgu baek hati: "saya memang nak berhentikan kamu pun..saya nak tanya kamu..kamu nak sekolah ke tak nih?"

si budak: "saya nak sekolah la cikgu..tahun depan dah nak SPM..saya janji cikgu"

cikgu baik hati: "kamu nih..apa yang kamu cakap, saya dah tak berminat nak percaya..kamu pandai kelentong.kelentong mak bapak..kelentong cikgu..kelentong kawan2..banyak je alasan kamu..saya rasa saya nak bagi kamu jumpa DAVID TEOH kut..mana nak tau kamu boleh jadi pengarah filem ke penulis skrip ke..dramatik sangat..saya pun boleh tumpang femes"

si budak: "cikgu nak bagi jumpa pun tunggu la saya umur 18 tahun..masa tue saya dah masuk ASWARA"
(HAHAHAHA...dalam hati aku rasa nak gelak terguling-guling..budak nih tak tau ka aku perli dia??memang tak betoi kut..lawaknyaa...seyesly..dia memang bersungguh-sungguh ingat aku nak rekemen dia kat David Teoh..iyerkkkk...pelissss laaaaa)

cikgu baek hati: "pandai je kamu menjawab yer..oklah..macam nih la..saya nak tengok kamu nak datang tak minggu depan..kalau kamu masih buat perangai yang sama..kamu tau la saya nak buat apa kan..saya dah tak nak dengar alasan kamu..boleh meloya saya kalah ibu mengandung..ok..kamu masuk kelas sekarang"


Hahahahaha..seriusly sampai sekarang aku rasa nak gelak guling-guling kat budak nih..bengong kuasa 10 tul la..haiissshhhhh...so banyak cakap..10 aku cakap 100 dia balas..100 aku cakap 1000 dia balas..kalau masuk parlimen nih..maunya org bawak masuk tanjung ******** terus...
cikgu laki yang ada depan aku time tue pun ketawa gila-gila....hehe


budak nih memang dramatik skit la..dia nie suka buat-buat pengsan kat sekolah..memandangkan semua orang dah tau perangai dia..orang buat dunno jer..kesian gak aku tengok dia..memang dia nih femes dengan gelaran "budak suka pengsan", "hantu raya" dan "kaki kelentong"...agak2 la kan..dah besar panjang pun perangai cam budak tadika...cehhhh..malas nak layan




p/s: silap la aku tak rakam perbualan tadi..mesti rating tertinggi ar dalam youtube..dialog di atas telah di "cut" sebab aku pn MALAS nak taip panjang-panjang..agak-agak korang kan..David Teoh leh terima tak skrip cam nie??leh pecah panggung tak (hahahahaahha...still ketawa)





Monday, September 27, 2010

Jumpa Altromen naik mOtor



Minggu lepas aku menjadi seorang busy body busy wowan yang berjaya..setelah membuat pelaburan sebanyak RM11k..akhirnya saham aku naik dengan mendadak..silalah jangan terpedaya sbb semua itu tipu belaka..hahaha..

Kebenarannya..aku dalam usaha menghabiskan wang hantaran yang diberikan oleh pihak lelaki milik panitia Sivik yang berjumlah RM10K..banyak kan..tapi amatlah serabut otak untuk memikirkan cara yang terhemah sekali..hahaha..

dlm pikiran aku..senang je kalau aku jemjalan sambil menshoppingkan diri..singgah kedai mokcik sembonia..beli henbag CR (Cik Roshni Carlo Rino)..beli tudung2 yang cantek menarik..beli alat mekap yg bleh membuatkan mukaku kelihatan seperti Lisa Surihani (ada ka??kalu da..nk bli la..hahaha)...itu angan-angan belaka sebab duit tu bukan hak milik aku..sadis kan..ngeee~

Pa menda la aku nk cita nih..straight to d highway la..

After sesi persekolahan, aku and the gangs bertandanglah ke kedai-kedai yang bersesuaian utk mengorder barang utk kegunaan panitia sivik..Sedang aku kawan aku mendrive..tetiba muncul ALTROMEN depan keta kami..dusssshhhh!!!!..mesti korang tak caya kan..yela..kat Malaysia manalah ada altromen kan..lain la kat Jepun..siap ada generasi altromen (aku sudah lupa sbb tontonan di kala zaman hingusan sahaja)..aku ada bukti la..



TADA~




sO..aku tak tipu kan..tu la altromen yang aku jumpa, naik motor di atas jalan..


Bila aku tengok orang nih sadis la plak rasa..ayah dia siap pakai helmet lagi..anak dia pakai topeng altromen je..mana helmetnya?adoiyai..

tahukah anda?


penunggang dan pembonceng motosikal adalah golongan majoriti dalam menyumbang statistik kemalangan maut di jalan raya saban tahun. Punca utama kematian adalah kecederaan parah di bahagian kepala.

wahhhhh....hebatkan info


aku nak share video pemakaian topi keledar utk kesedaran org ramai..ngee~









p/s: pakai topi keledar..igtlah org tersayang..he..peace..



Sunday, September 26, 2010

Kerana Tangisan itu..



Tengah aku godek2 lappy lama aku..aku jumpa artikel nih yang aku simpan masa aku bergelar student UMS..Aku rasa nak kongsi sebab best sgt..disebalik hati wanita tersembunyi rasa hiba..cewaaahh..cewahhhh...




Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya "Mengapa engkau menangis?"

"Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya.

"Aku tidak mengerti", kata anak itu.

Ibunya hanya memeluknya dan berkata, "Dan kau tak akan pernah mengerti"

Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"

"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.

Anak laki-laki kecil itu pun lalu tumbuh menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis.

Akhirnya ia menghubungi Tuhan, dan ia bertanya, "Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?"


Allah berfirman:


"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa.. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu"

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan..
Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

"Kau tahu:

Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya."
"Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya tempat dimana cinta itu ada."

Friday, September 24, 2010

Aduhai Pelajarku..


.:Salam:.

2 hari lepas kena berhadapan dengan masalah student kelas aku..ari tu aku MC kut.disebabkan aku rasa aku responsible aku terpaksa gagahkan kaki p sekolah gak nak settle kan masalah tu..banyak betoi masalah budak-budak sekarang ni kan..semakin hari semakin banyak dugaan..macam mana la hidup 20, 30 tahun akan datang..inilah dunia akhir zaman..:((


Kesian aku tengok family budak kelas aku ni..kena tipu bulat-bulat dengan anak dia..hari-hari berpakaian lengkap, beruniform sekolah, bukannya pi sekolah..pi merewang-rewang tempat lain..mak bagi duit belanja tiap-tiap hari habiskan beli rokok..nak sangat mati cepat kut..aduishh..aku rasa nk je tempeleng budak tuh depan kak dia ari tu..aku dah pun bagi surat amaran ketidakhadiran dia ke sekolah dan diberhentikan pun tapi mak bapak dia tak dapat surat tu dan tak tau pun masalah tuu..


Yang aku lagi geramnya..boleh plak dia minta duit kat mak dia nak bayar yuran 200 hinggit..kureng punya budak..yuran RM56.50 je kot..hampeh kuasa 1000 betoi la..nasiblah kak dia tergerak hati nak datang bayar sendiri yuran di sekolah..kalau tak komfem-komfem la tak tahu menahu hal sebenar..tu la..sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jugak..


Aku rasa terharu + sedih bila kak dia cita bapak dia sekarang dah kurang waras sebab tekanan..ya allah..kesiannya..bergelinang air mata aku masa tu..yela..kak dia punya rasa sayang kat dia..hantar pi sekolah..bekerja nak bagi dia sekolah..boleh pulak dia buat perangai tak senonoh..padahal kak dia tu muda sangat..sebaya ngan aku kut..Sanggup dia menipu mak ayah dia macam tu sekali..tak penah ke pikir pengorbanan mak ayah dia..langsung tak ada perasaan ke apa..

Terkeluar gak la kata-kata kesat aku kat budak tu depan kak dia..


Seyesly..aku rasa geram yang teramat sangat..boleh pulak dia buat muka selamber menipu keluarga sendiri..kalau rasa diri tak mampu nak buka buku nak study..ambil la inisiatif lain..pi belajar kemahiran baiki kereta ke..elektrik ke..boleh gak dapat cari makan..memang la skrang masa nak enjoy2 tapi tak penah ke terfikir lepas ni dah tidak menjadi tanggungan keluarga dan dah berkeluarga sendiri..beristeri..beranak..nak bagi isteri dan anak makan pa?makan pasir?


Walaupun nampak muka sedikit keinsafan..merah mata (tak tau la insaf ke tak lepas nih)..aku percaya dia mampu buat keputusan yang terbaik dalam hidup dia..aku beri dia masa untuk berfikir samada nak bersekolah, nak berhenti, atau nak sambung ambil sijil di mana2 institut kemahiran..hopefully terbuka hati dia..



"Apabila kita fikir lelah, maka kita merasa lelah;

Apabila kita fikir kita tidak berani, maka kita tidak berani;

Apabila kita mahu menang tetapi berfikiran kita tidak mampu,

Kita hampir pasti tidak menang;

Apabila kita fikir kita kalah, maka kita sudah kalah;

Kerana di dunia luar kita mendapati kejayaan bermula dengan kemahuan seseorang;

Semua itu ada di dalam fikiran.

Perjuangan hidup tidak selalunya mendatangi orang yang lebih kuat dan cepat.

Tetapi cepat ataupun lambatnya orang yang menang itu

Adalah orang yang berfikir dia mampu menang”


Sunday, September 19, 2010

Edisi Raya



Dah lama tak mengkerapu aka mengkerepek kat blog aku nih..haiisshhh..sungguh bz kan..yela..ari2 makan kerepek raya ngan kuih raya je sampai muka pun dah temok..msti berat pn dh naik seinchi..hooyeyy..leh pkai suar jeans tnp bertali pinggang..silalah percaya..

Hari nih telah menstartkan diri menjadi cikgu yang berdedikasi..sungguh kah??haha..tipu semata2..betapa pemalasnya cikgu nih..manyak keja..tak tau nk buat yang mana..better tido la..kang stress lak kn..tak pasai2 jd penghuni tanjung rambutan..weii..kt tnjung rambutan tuh rupa2nya ramai cecikgu..haiiyarkk..nauzubillah..



''Selamat..Hari Raya..hari untuk kita bersuka ria"


Sangat suka lagu nih..memandangkan masih dalam mood raya..lehla bersuka-ria..raya sebulan wei..walaupun baju raya aku 2 pasang je..tak macam Rozita che wan yang 30 pasang tuh..aku ttp nk braya 30 ari gak..tak kira la..aku pakai je la baju yg aku pkai masa ngajaq..bknnya org tau punn..uppsss..terlebey sudah

nak cita gak la..ari raya ku..upload pic je la..klu nk cita dari awal sampai akhir maunya tdo bangun blk 3 ari 3 malam pun tak habis..hahaha


ome wif edem kechah..hehe..tomei2


me, my sis, adam akashah n nurul ain..hijau sungguh..


eh..rajin aku kan time nih..silalah percaya..aksi ini bukannya lakonan yer..:P


ome ngan adam akashah..nih rossnie junior..owng ckp muka adam cm aku..hehe..pastu aku ckp la blk..kalu kata adam comei..means aku pun comei gak la..hahaha


adam akashah n nurul ain..my luvly niece and nephew..see..d mata ikan..kihkihkih


my bro n my sis-in law..sedondon merah..memang romatika d amor la..he


Raya ke-3 membelanja familyku makan radix fried chicken kat bandar laguna merbok..yummy..yummy..dh penat makan kuih raya la..ngeee~


sudah semestinya bergambar sekeluarga..berlatar belakangkan radix..haha..meriah sungguh



hari raya yang sangat bez..uwaa...nak balik tampungku lagi..nak beraya puas2 lagi..nak tido ngan nyenyaknyaa..:P




Wednesday, September 8, 2010

Posto..posto..kad raya sudah sampai..



~Salam semua~

macam mana persiapan raya korang semua?? dh complete?

aku terasa nak bercerita pasal kad raya sebab dalam fesbuk skrang nih ramai bebenor org duk tagged kad raya wish Selamat Hari Raya..to all my friend yang wish tu..tq so much yer..he

aku windu kad raya dulu..handwriting ok..mengarang benda yang sma jer

  • ai..pa khabar?
  • selamat ari raya aidilfitri..maaf zahir & batin
  • macam mana persiapan raya..baju raya bapa pasang?
  • raya nanti..dtgla umah
  • makan rendang & kuih raya tu..igt2la kite kat sini yer..
dan yang last sekali mesti ada nih

"pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas''

yang lagi advance..letak duit raya sekupang kt kad tuh..hehe..
"nah duit raya pemberian ikhlas dariku untukmu"..kuikuikui

saya mewindui kad2 raya seperti itu..tahun nih dpt 2 je kad raya..dulu berlumba2 ngan membe..sapa dapat kumpul kad raya yang paling byk..konon2 dia tu famous la kan..haha..lawak..lawak..

aku rasa kan..orang dh tak wish raya guna kad raya maybe sebab skrang nie kan dah canggeh manggeh..yela..kalu nk hantar kad raya..satu hal lak nk kna mengarang pastu p pejabat pos tampal setem and then letak dalam peti merah..macam tu la kut kan..kalu hantar lambat kad tu bermakna raya ke-6 pun blom tentu lagi smpaikan..

so, memandangkan skrang nih dah canggeh..org hantar guna sms jer..lagi up-to-date..tagged je dalam FB..mudah, cepat dan ringkas kan..ahakz...

tapi...

aku tetap windu kad-kad raya..uwaaa...nak kad raya gak..pokcik posmen..cepatlah singgah umah saya hantar kad raya..kad kawen pun ok gak..hehe

to all my fwes..aku wat nih khas utk korang

wishing u ol:




"SELAMAT HARI RAYA AILDILFITRI"




Sunday, September 5, 2010

Syurgamu Ramadhan




Ari Khamis lepas aku start cuti..2 minggu tu..tersangat-sangat la gembira..Malam jumaat tu aku di rumah melayan drama di tv..sebelum nih tak penah lak..yela..tak larat la aku nk ngadap lappy aku yg chomel lama2..ubah angin la skit kan..


Aku sangat terpegun dengan satu cerita di slot SAMARINDA.."SYURGAKU RAMADHAN"..1st time aku tengok cita tuh ari khamis lepas padahal dah episod 12..sungguh ketinggalan kan..yela..kalu kat kuarters aku ngadap je lappy aku kan..hahaha..aku tetiba jatuh ati kat OST Syurgamu Ramadhan "Akan Ku Jumpa nyanyian Azfar"..aduihhh..sangat2 la menyusuk kalbu...


Sepanjang cuti nih aku cover balik la episod-episod yang lepas kat website TV3


Aku sangat2 suka cita nih..aku bagi 5/5 bintang..memang touching gila la..paling aku suka babak bebudak2 kecil tuh..sangat2 kagum dengan mereka..part nangis..macam besa lah..aku turut menangis la kan..haha..tapi best gak watak minah gedik yang dilakonkan oleh Zarina Zainordin..sangat menjadi..uurrrmmmm...best gak melayan cita-cita ni..




Sempat gak aku search Lirik Lagu OST Syurgamu Cinta


"Akan Ku Jumpa - Azfar"

Ku mengatur langkahku
Jalan tanpa bayang-bayang mu
Langit dan bumi setia menemani ku
Matahari menyinar tak pernah berpihak pada ku
Ku kepanasan tanpa perlindungan mu

Hari berganti hari aku masih teguh menanti
Hadir diri mu dalam hidup ku ini
Rasa kecewa ada bilakah kita nak berlari
Namun yakin ku takkan ku temui

Ku takkan pernah cuba berhenti
Wajahku mencari cinta
Yang ku tahu hanya tuk diri ku
Kan ku terus cari sampai hujung dunia

Kerna ku tahu akan ku jumpa diri mu
Dan ku kan terus menempuh mimpi-mimpi ku selalu

Ku lihat semua gembira
Bila mengenali erti cinta
Senyuman ku beri hanya duka
Bila ingin teman tuk berbicara

Cinta datang sembunyi
Andai ku kabur mencari
Hadirlah dalam hidup ku ini

Cinta datang engkau pergi
Bila langkah ku cuba
Untuk mengejar diri mu








p/s : Korang tengok la cita Syurgamu Ramadhan ni di TV3 Stiap Selasa - Khamis jam 10.30 malam yang diarahkan oleh Shahrulezad Mohameddin..sangat2 best..sejauh mana ego seorang nenek itu mampu bertahan untuk menerima cucu-cucunya..??
Hahaha..promote lagi tuu...(^__*)


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails