Friday, August 27, 2010

GaLs DaY OuT






Apabila gadis2 nih addicted kepada DSLR beginilah jadinya..hehe..we're wondergurlz..actually byk ag pic nk upload tapi cam memenuhkn ruang je..haha..d nice n hepy day wif u ol gurlss..











Kucing Kepala Hitam

Tentu korang pelik kan..pa la kucing berkepala hitam tu..haha..tapi nih sungguh lawak..nk kata peribahasa..tak jugak..tapi ada kut kucing berkepala hitamm..haha..aku try la google search kucing berkepala hitam..ntah pa2 yang keluar..tapi da la kena mengena gak..aku try search kt image..da satu artikel yang menarik perhatian aku..


Di West Virginia, CHARLESTON, seekor anak kucing mempunyai dua muka, dua hidung, dua mulut dan empat mata. Anak kucing yang diberikan nama Two Face dan mempunyai peluang 50 peratus untuk hidup. Menurut Erica Drake (doktor veterinar), anak kucing itu menghidap sindrom Diprosopus yang penghidapnya mempunyai satu kepala tetapi mempunyai dua wajah.

*Subhanallah..


Sebenarnya aku nk cita sal kucing berkepala hitam yang dipetik dari kata-kata mak aku..haha..sgt2 menarik..cm nk terkeluarnya kata tu?


"Ish..tadi mak beli mertabak sebiji..nih dah tinggal separuh.."


"uppss..pi mn ek mak" aku bercakap sambil penuh makanan di mulut


"ooohooo..kucing kepala hitam ke yang ambil..pa la..igt sapa la makan tadi"..


mak aku konfius sebab bulan posa..sapala makan kan..terpotong elok je murtabak tu..mestila kerja manusia..bknnya keja haiwan ataupun sewaktu dgnnya..haha


Sori mak..


*Kucing kepala hitam tu istilah utk manusia yang mencilok sesuatu secara senyap2..cup2..aku tak cilok ek..aku ambik tanpa kebenaran je..
Rasional istilah kucing berkepala hitam tu maybe sebab kucing kan slalu ambik makanan tnpa bgtau org (yela..kucing mn leh bercakap..kalu ada pun aku rasa, aku la org pertama p kidnap kucing tu)..So..sbb pa plak kucing yang berkepala hitam?sebab manusia berkepala hitam kut..tu je..pada firasat aku la..haha..da kebenarnnya gak..papun..memang terasa lawak sgt..macam2 istilah laaa


p/s: sungguh bahagia berada di rumah..dpt makan masakan mak yang sgt sedap..yummy..yummy..ptg nih nk buat kuih cara ngan mak..hehe

Wednesday, August 25, 2010

Air Semut????


Cam menarik kan air kat atas nih..ni la yang dinamakan AIR SEMUT..haha..


Bahan-bahan:
- Air Kosong
- semut
- gula


Cara membuatnya:
Masukkan berapa banyak air kosong ke dalam gelas (ikut suka korang la)..pastu carilah semut2 yang duk melata kat umah korang tu..kalau korang tak dapat jumpa..senang je..letakkan gula tepi gelas..komfem semut tuh akan merayap2 dengan sendirinya kt dlm gelas korang..hebat kan..so..cam tuh la cara membuatnya.senang lagi simple kan..cup2..gula tu korang leh ganti ngan madu..asalkan dia manis yer..huahuahua..


Tak pasai2 org igt aku tak senonohkan..tak kira..tetiba aku nk tulis entry nih selepas aku lalui pengalaman yang memalukan dalam kelas tadi..aku sangat susah nk igat nama students..tu kenyataannya..8 kelas aku ngajar..camne nk igt tuh..makala kata dalam kelas tu da 30 org..fuhhh..banyak tuh..(alasan semata-mata)


Tadi aku punya geram kat sorg student nih..dah la masuk kelas lewat pastu leh duk nganga tak wat keja..hangin la aku..


"Rahmat..ang duk buat pa la tuh..tak reti2 nak salin pa yang cikgu tulis kat whiteboard tuh"


dan selepas itu:


"Rahmat yang depan tu la cikgu..duk salin elok je..nih Zakaria" (students tu gelak terbahak-bahak)


Memandangkan aku terasa malu yang teramat sangat..aku mulalah cover..


"Ok kelas..Yang Dipertua Agung merupakan Ketua Negara..dilantik daripada 9 buah negeri di Malaysia..apakah negeri2 tu?"...


wei..pandainya aku wat ayat supaya students tuh tak gelak..dan aku sndiri tak malu..hahaha..blushering gila la time tuuu..dalam hati:


"nasib aku pandai ubah topik..kalu tak komfem2 la aku kena nanti"


Tu kisah dalam kelas tadi..nih kisah len lak..


Aku nih mmg cepat pelupa la..Kalu subjek2 yang nak kena igt nih komfem2 la aku tak leh skor..igt lagi masa tryer SPM dulu..Biologi aku dapat 8E..add math ngan Math leh lak aku skor A..hampeh kan..aku memang ssh nak igt..bacalah 3,4 kali, tak ingat-ingat gak..nasibla exam SPM betol aku leh skor A biologi..tapi sejarah aku B..haha..sejarah termasuk dalam subjek yang perlu membaca dan mengingat yer kawan2..haha


Aku tak tau la camne la aku terjebak ngan Biologi kat Matrik dulu..bengong wei masa matrik dulu..rasa cam nak balik umah p berniaga cucuk ja..pa lecturer ajaq aku tak paham..arrrgghhhh..sungguh tekanan..tapi aku try gak sebab aku punya target nak ambik Farmasi tapi apakan daya..result aku tak kesampaian nk amb kos tuuu..sedey2..xpe2..aku continue ngan Education..memang nih rezeki aku..see..skrang aku dah bergelar cikgu..hehe


Cam tersasar jauh jer dari cita air semut nih..pa kaitannya??


aku rasa kan..dulu2 mesti aku banyak minum air semut..patutla aku jadi pelupa..haha..hebat tak??salah air semut lak kan..cup2..aku minum secara tak sengaja yer..semut tuh mungkin tergoda kat air aku..tak pun dia berminat nak wat survey kat abdomen aku..betoi kan jawapan aku..haha..Hargai pa yang korang miliki...nnggeeee~




p/s: Sebelum nak mulakan sesuatu tuh bacalah bismillah dan doa penerang hati..mudah-mudahan..pa yang kita belajar tu diberkati...Baca berulang kali..cuba paham kan..bukan semata-mata nak ingat je..kalu benda2 tuh semua dah bercampur mulalah menjadi PELUPA..sekian..he3


Monday, August 23, 2010

10 PeTanDa Dia JoDoh KiTa



Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Gunakan seluruh pancaindera


Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.


1. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.


2. Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.


3. Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.


4. Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.


5. Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.


6. Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?


7. Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.


8. Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.


9. Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.


10. Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.




dipetik dari: Haji Abdul Samad

Friday, August 20, 2010

Berbuka Posa bersama kengkawan



Patutla 2, 3 ari nih emosi aku tak stabil..asyik nak marah..asyik nk kiyau..huhu..cian encik jodoh..slalu jadi mangsa kebenganganku..sori dear..rupa2nya aku sedang bermood kotex..upppssss...tak pa la..normal kan bagi sorg yg bergelar wanita len la kalu bukan wanita tulen dalam erti kata lain maknyah la aka gadis jantan..wesss...da ka perkataan tuh??aku yg tolong rekemenkan yer..sila masuk dlam diari anda..

kelmarin pergi berbuka puasa sesama kat bamboo..sgt bez..sampai sana dalam pukul 6.30..memandangkan DSLR berada d tgn..pa lagi..memulakanlah aktiviti berposing..hehe..memang sangat addicted kat DSLR la..haaaiisshhh...bahaya nih..leh demam tak kebah la....

mari kita tinjau di sebalik hasil seni DSLR itu..hikhik...

pic bwh nih before nk bebuka posa..sempat lagi berposing kt tepi laut..sangat cantik scenery dia..subhanallah..indahnya ciptaan allah







nih plak time berbuka pose..hehe..berbuka ramai2..menunya ialah: siakap tiga rasa, tomyam campur, sotong goreng tepung, udang masak mentega, kangkung goreng dan air tembikai..yummy..yummy..sgt menyelerakn kan...hehe..pas berbuka..smpt lagi bergambar..bukti beb..heheh
e




cup2..aku nk tunjukkan bakat aku sebagai photoghrapher gak..hehe..thanks to ain and eis sbb menjadi bahan uji kajiku..sgt meletup, gorges and bombastik la..hahaah..d very2 like d view.
.


Tuesday, August 17, 2010

Bila mood cikgu tidak baik



"Life is full of lots of up and downs,

And the distance feels further

When you're headed for the ground,

And there is nothing more painful

Than to let you're feelings take you down..."


Haiissshhhh...sungguh tak suka bila bermood bad nih..mulalah rasa nk kiyau2..konon2 leh menenangkan diri la..ishk..tak plak kan..sesapa nak tlg jadi shoulder to cry on..aiiyaaa..

saya sgt terasa hidup nih sgt complicated..uppss..nih semua kita yang corakkan la sbb hidup kita..kalau hidup takde masalah bleh tak..eh..tak bleh..tak dak warna warni la..hehe..cam tak betoi je aku ari nih..

tadi masuk kelas..mengamuk seround..bkn mangamuk yg ambik buku, kerusi, meja semua2 lempaq2 tu yer..bukan mengamuk dgn suara yang tinggi yer..saya kan cikgu yang baik hati..hehe..mintak puji lak kan..saya mengamuk dengan penuh tatatertib..bagi ceramah bertauliah seround..fuhh..tersentak budak2..eh..aku leh bagi ceramah ke??haha

weiii..sapa tak geram..srh hantar buku 2 mggu lepas..dari 29 org students, yang hantar 18 je..mana yg lain2..komfemlah jawapannya depa tak hantar..

" kenapa kamu tak hantar buku yang saya suruh hantar ek..kamu rasa saya dah cukup baik untuk kamu ke..saya tau la sivik ni subjek yang tak masuk spm pun..takkan kamu tak boleh bertanggungjawab dengan keja yg saya suruh kamu buat..kalu kamu rasa tak penting semua ni..saya pun boleh kata gak..buat pa saya ngajar kamu..bukan penting sgt pun subjek nih..semua saya buat sebab saya rasa ada tanggungjawab terhadap pelajar-pelajar saya..kamu??pa tanggungjawab kamu kat saya?..cuba kamu pikir balik..kalu kamu bagi org tugas..org tu tak buat..pa kamu rasa??kamu tak rasa bersalah ke??kamu tu pelajar..da tanggungjawab kamu sebagai pelajar..allah suka ke kamu mensia-siakan hidup macam ni??"

"ok..byk sgt ka kerja yang saya suruh buat?tak susah pun keja saya suruh buat nih..3 mnggu..cuba kamu bayangkan..seminggu 7 hari..1 hari..24 jam..tu tak kira minit lagi..susahkah nak tulis 1 perkataan dalam masa tu??kamu ni kelas depan2..dah besar2..dah pandai pikir..takkan nak suruh saya marah kamu lagi kot..saya nk..esok buku tu da atas meja saya..ok?"

fuhhh..berapi tak??hahaha..cam aku record balik je kan..haha..seyes wei..sakit ati aku time tuh..sebelum nih masuk kelas buat lawak je..siap budak2 tu panggil cikgu loyar buruk..ari nih aku serius gila..budak2 tu dah tak brani lawak ngan aku..semua tunduk..nampak depa bersalah..memang berlinang air mata gak la..hmmmm..tahan..tahan..cikgu beremosi tidak stabil yea..so tolong jgn bagi cikgu marah..

Saturday, August 14, 2010

Macam-macam ada..


Semalam je wei aku tak tido awal pas buka posa..kalu tak..lepas je buka posa..komfem2 la aku tertiarap..pa yg penat sgt aku pun tak tau..haha..mmg tabiat aku time bulan posa la ni..asal buka posa je komfem pastu dh membuta..mmg luar biasa dari kezalimannya la..kalau tak..aku la org d last tido..lepas solat maghrib je automatik mata aku kuyu..fuhhh..cm rasa kena drug jer wei..haha..begitu byk syaitan menghinggap kt mata aku..wadusss...nih semua nk mengajak aku supaya tak p solat terawikh..huhu



aku kalu bangun pagi-pagi dh takdak menda len nk wat..trus buka lappy chomel aku..seyes wei..bangun pagi tak basuh muka terus ngadap lappy..sungguh tak senonoh kn..ala..aku bermanja2 ngan bantal lagi la..almaklumlah dia mengajak aku utk terus tido..haha


skrang nih aku telah addict pada 1 blog nih..REALITI KONSPIRASI..bgn awal pagi je sure aku buka blog nih nk baca entri2 yang lepas..haha..cm best je..sgt2 menarik..kadang2 buat aku tersenyum..komfemla org igt aku gilak..wei..seyes tak la wei..aku da mereng skit2 je..hehe..


aku igt lagi masa aku jaga budak2 tgh exam..aku bawa labtop..online..bknnya apa..aku takut aku tertido je..berdasarkn pengalaman..aku akan terasa mengantuk yang teramat sgt bila aku jaga exam..dah tersungkur2 rasa..last-last nk bagi tak ngantuk..aku bawa la laptop..kan menarik..kan..cikgu2 sekalinya..silalah bw labtop anda ketika menjaga peperiksaan..sgt2 bermanfaat..yezzaaa..~


Ada satu ari tuh aku beronline sambil menjaga exam..haha..bila aku membaca komen2 kawan2 aku kat fesbuk..pa ag..mulala senyum sampai ke telinga [sebab lawak la yg aku senyum..kalu sedih..komfem aku kiyau]..tuttt..tuttt..bdk2 tuh duk menyakat aku..


"amboi cikgu..qeyeh sampai ke telinga aih..mesti duk chatting ngan pakwe..dh tak lambat tu..hujung tahun nih la ek"



hamboi2 students aku..advance kan..haha..maunya aku nk tergelak2 guling2 time tuh..muka dh blushering gila dh..haha..terkedu aku seketika sambil berkata



"amboi2..dalam kertas soalan tu ada ka bagi arahan suruh bercakap..SUDAHHH!!!..senyap semua..karang cikgu ambik kertas sorg2"


sebenarnya aku nk cOver malu..haha..mmg tabiat aku akn wat mimik muka bila baca fesbuk n blog..kihkih..lantak la..aku mmg membaca dgn penuh perasaan punnn..kalu org tgk aku online je..mesti da org tegur..yela..tyme ayat2 mencurigakan..aku masam cm cuka..time lawak..aku gelak sorg2..tyme sedih..berair mata aku..itulah aku..haaippppp..sungguh sensetif..sentimental value tak bleh blah la..


entry nih pasai pa ek sebenarnya..haha..aku pun tak tau..macam2 ada


p/s: ari nih nk kuar ngan en. jodoh pi beli baju raya kat TAR..:p

Friday, August 6, 2010

keDEMAMan


Sgt tak suka bila time demam2 nih..semua keja tergendala..lenguh-lenguh badan..sakit kepala..selsema..batuk-batuk..haisshhh..terseksa rasa..


Hari nih dah 3 ari aku demam..pergi klinik kelmarin..doktor check suhu 39 darjah celcius..fuhh..tinggi tuh..dapat MC satu hari..tergendala semua aktiviti..aktiviti aku seharian cuma tidoq dan bermanja2 ngan bantal & toto..sampai badan dah sakit2..adoiyai..bangun solat, nk rukuk pun sakit belakang..sangat tak suke..bilala nak ada masa sihat dengan sepenuhnya..

Masa sakit-sakit camni. Memang rasa sangat tidak seronok. Tapi kena think positif sajalah. Allah bagi sakit sebab Allah sayangkan kita dan untuk menghapuskan dosa-dosa kecil kita. Tidak baik merungut-rungut camni...

hari nih dah tak leh manja2..kena kuat..tapi camne ngan pala goyang-goyang nih..arrgggghhh..abaikan je..yang penting org nampak kite hepi..biar menahan sakit camne pun..jangan manja2..nanti lagi melarat..fullstop!!!

pesanan mak :
  1. mandi awal2 pagi
  2. minum air putih banyak2
  3. jangan lupa makan ubat ikut waktu
  4. byk mkn sayur-sayuran dan buah-buahan
  5. jangan asyik tido je
  6. cuba buat aktiviti yg kuarkan peluh skit
  7. berdoa

baik makk..anakmu ini akn mendengar cakapmu...

Sunday, August 1, 2010

PengALaman NgEri..wuhuuuu~


♫♪♫♪
Hujan yang turun bagaikan mutiara
Berkilau bersinar berkerdipan
Subur menghijau bumi terbentang
Dan bayu berpuput lembut ♫♪♫♪


weeewiittt..sedapkan lagu ni..sangat menarik..

sebenarnya lagu ni ada kena mengena dengan entry aku..h
ehe..lawak pun ada..sadis pun ada..terharu pun ada..ni pasal pengalaman aku gara-gara nk membeli lappy baru..

Aku ngan kawan aku si gee jah p Kuah nk beli lappy baru..apa lagi..naik la motor ego S..wahhh..merempit gila lar..tanpa memikirkan kemungkinan yg bakal menjelma..kuang2..dah beli lappy terpaksa tunggu sbb technician tu nk install dan setting laptop ni..2 jam la jugak tunggu..sementara tu kami pegi la mkn nasi ayam periuk besar..tuttt..tuttt..hujan dengan lebatnya..terpaksalah pegi jalan2 d pasaraya yang berdekatan..disebabkn hari pun dah nk malam..terpaksalah ka
mi merendah hujan lebat tu..takut kemungkinan-kemungkinan yang bakal terjadi..ma tak nya..kang terpaksa meredah malam2 dengan hujan lebat..

fuuhhhhh...rasa ngeri gila naikk motor lebih kurang 40minit..kebas kaki..baju nih dah basah kuyup la..dh jadi seksi siot..ahhh..lantak la..janji
sampai rumah..tangan dengan kaki dh menggeletar gila..kesejukan..macam rasa duk kat kutub utara pun ada jugak (mcm la pnh p kan)..hujan lebat kuredahi jua..fuhhhh..cam ayat pasrah je kan..

serius weii..angin kuat gila..hujan pun lebat..dah rasa terhoyong hayang naik motor tu..hehe..dasyat kan..(lantak la..ni cita aku kan.
.nak jugak ada sound effect)..adusss..rasa macam nak kena strok pun ada gak..nasibla aku suruh akak kedai tu tolong hantar lappy ku ke rumah..kalu tak..sekali ngan lappy yang baru tu hancur..nangis dh tak dak lagu dah..bukan senang tu nk beli..2,3 bulan jugak la berangan..hehe..

nasibla selamat gak sampai ke rumah..dalam kea
daan basah kuyup sempat lagi ketawa terbahak-bahak depan pintu umah..pengalaman-pengalaman..haha..housemate aku siap ambik gambar lagi..ni nak bagi anak cucu tengok..nenek depa naik motor di kala hujan lebat..hahaha..lawak sehhhh...


dah serupa alien pun da gak aku tgk..hahaha...kesejukan gila time nih..


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails