Thursday, October 28, 2010

Berdating Dengan Pingu



Sapa penah tengok kartun pingu angkat tangan...
saya..saya..saya..cikgu!!

kartun yang tomei yang hanya bunyi "nok..nok..pok..pok..pingu..pingu.." wahhh..so kiuttt..idola aku masa zaman sekolah dulu tau..eh..zaman jadi gadis universiti yg anggun pun aku berminat jugak la..conclusionnya, aku suka Kartun..kan senang..

bagi sesapa yang tak tau..kat bawah ni ada video pingu yang kiut-miut..so gerammmm




Hari Selasa lepas aku bawa rombongan Cik Kiah budak-budak form 3 sekolah aku pegi berdating dengan pingu di underwaterworld..dua jam setengah kami dekat situ..sungguh terpegun melihat ikan-ikan yang santek menawan..eh tipu..sungguh terpegun melihat hasil photography..teehee..cikgu melaram lebey dari bebudak tau..

Malas nak bercerita panjang..tengok sajalah gambar-gambar dengan captionnya..


Sila lihat si tomei yang kiut ni..sedang riang-ria bermain..
Btw, aku ada cakap kat encik jodoh suruh tengok pic aku yang tomei macam pingu kat dalam fesbuk..ada ke patut dia cakap "macam pingu??means kaki & tangan u pendek cam pingu gak ek"..pastu dia gelak..sungguh tak patut kan..menci..menci..baru nak menjeleskan beliau..ceittt


i suke pic kawan i bersama obor-obor nie..sangat cantek..rasa nak pegi celup tangan dalam tank tu je..nak bela obor2 camnie gak :P


ok..leh tak aku kidnap ikan kerapu nie buat masak 3 rasa..leh hidang 1 kampung..hehe..korang tau tak..masa aku duk tengok ikan ni, dia senyum kat aku..mesti dia nak ngorat aku kan..hehe


mmuaaahhhh..eh..ada ciri 18sx la..sori yer..i tersuke lak gambar nie..


kuda kulari gagah berani..gagah kan kuda nie..silalah percaya



ok..skrang time cikgu melaram + menggedik apabila bjumpa kamera hp nokia E5..tak guna DSLR pun santek menawan tau..(memuji diri sendiri kan boleh menaikkan semangat)..tetiba terasa macam wanita melayu terakhir jer..demam GM3 ke??oh tidak..aku tak penah mengikuti rancangan tu pun for this season...hehehe










p/s: saya rindu anak buah saya..tengok kartun teringat dia..okies..skrang nak berdating dengan wondergurls lak..ehe..jom..jom


Monday, October 25, 2010

Zaman Jahiliah Moden


Hari ini aku dapat sms dari sorang kawan semasa di sekolah rendah..dia bagitau aku my primary schoolmate meninggal sebab kena buatan orang (santau)...Minggu lepas adik kawan sekerja aku pun meninggal disebabkan punca yang sama..Ya Allah, manusia sekarang seperti kembali ke Zaman Jahiliah..sekarang, Zaman Jahiliah yang moden..

Kalau masyakat Arab semasa zaman jahiliyah dahulu menanam anak perempuan mereka hidup-hidup, nampaknya masyarakat kita sekarang ini “lebih hebat”. Mereka tidak menanam hidup-hidup tetapi mencampakkan sesuka hati sama ada yang masih hidup atau yang telah mati. Bayi-bayi kecil mereka dibuang ke dalam tong sampah..mangkuk tandas..sungai dan sebagainya. Lebih menyedihkan, mayat bayi yang tidak berdosa ini ada yang dimakan oleh anjing dan burung!!! Hati syaitan apa agaknya dimiliki oleh tangan-tangan yang membuang bayi tersebut...

Masyarakat zaman sekarang suka menggunakan sihir untuk menganiaya orang lain..kalau rasa sakit hati kat orang lain pun, janganlah menyakiti mereka dengan cara sebegitu rupa..Persoalannya, adakah mereka ini cuba nak menunjukkan kehebatan ilmu mereka ataupun mereka ini dari golongan mereka yang tidak berakal..nauzubillah.. Sihir mungkin tidak mengenal siapa anda. Ia boleh menyerang anda.. ketahuilah cara memagari diri anda dari sihir dan gangguan syaitan...



Cara-cara atau amalan yang boleh dilakukan untuk memagar diri anda dari perbuatan jahat tukang sihir atau pengamal ilmu hitam.
  1. Makan Tamar 'Ajwah dan Tamar Madinah
  2. Berwuduk Sebelum Tidur
  3. Mengambil berat tentang solat berjemaah
  4. Mendirikan Solat Tahajjud untuk memagarkan diri dari Sihir
  5. Membaca doa perlindungan apabila masuk didalam tandas


Doa Pelindung Diri




Saturday, October 23, 2010

Kerabu Bronok??


Mesti korang terkezut kan..apa kemenda bronok tuh..pelik bebenor bunyinya..aku kenal bronok ni pun masa aku jejak kaki kat bumi Langkawi..masa aku awal-awal posting dulu la..tu pun akak sekerja aku yang cerita..bila dia pegi tanya bronok kat pasar jer mesti org gelak2..ceit..aku taktau dan aku tak pernah tau rupa bronok tu..ada orang cakap kerabu bronok sedap tapi sila jangan tengok makhluk itu sebelum ianya menjadi kerabu..serius..mesti korang tak makan punya..kalau korang spesis macam aku la..yang sangat-sangat memilih makanan..nampak pelik skit, komfem aku tak makan..haha..demand siot kan..lalalala~


" Bronok merupakan nama sejenis haiwan laut di Langkawi yang menyerupai gamat"


So, kalau korang nak tengok rupa bronok ni silalah berkunjung ke Langkawi Permata Kedah..boleh datang ikut feri dari Kuala Kedah atau Kuala Perlis ataupun boleh naik kapal terbang terus mendarat di Langkawi International Airport..teehhe..ada rupa pemandu pelancong tak??


ni rupa bronok sebelum diproses


ni rupa bronok selepas diproses, dibuang perutnya..


Hari ni aku berpeluang makan kerabu bronok..mak membe aku yang buatkan..mula-mula takut gak aku nak makan sebab dah tau rupanya macam mana before jadi kerabu..tapi disebabkan rasa keinginan nak merasa tahap maksimum..aku try gak la makan..secubit je pun..hehe..of course la rasa macam kerabu..serius..sedap la..hehe..


nie la rupa kerabu bronok..menyelerakan tak??


okey..kalau korang rasa nak merasa macam mana rasa bronok nie..datangla Langkawi..hehe..special kan..



p/s: sangat rindu kerabu ikan tamban ngan kerabu perut buatan puan emak..yummy..yummy..sangat menyelerakan..:p





Friday, October 22, 2010

Preparation for My Engagement Day


Gempaknya tajuk..kalau tau kat puan emak ni maunya dia terkezut beruk..tetiba je ada rombongan datang rumah kan..silap hari bulan makan mee segera jer..haha..

Ada apa dengan tajuk ni??bikin panas membara je..aku buka facebook, ramai pulak yang upload pic tunang, pic kawen, kad kawen..[serius..ayat jeles]..cuti sekolah dah nak dekat kan..bakal raja sehari mestila tengah membusykan diri prepare apa yang patut..kepada kak meja depan, selamat menyiapkan diri anda..:p

21-11-2010, 4 orang cikgu sekolah aku buat majlis kenduri kawen pada hari tu..mesti bertambah inchi aku la cuti sekolah nanti..dah la muka temok setalam (kesan akibat suka tido petang)..komfem..teehhee~

Aku tertarik dengan satu pelamin majlis pertunangan junior aku aka jiran tetangga masa UMS dulu..simple but sangat menarik..boleh tak nak buat camni jugak..komfem puan emak bagi syarahan..hahaha..


nice tak??simple and so gorgeous...i loooiikkkee (*credit to amalina jamil)


Aku sangat tertarik dengan jubah-jubah dekat 1 web nih, kedai online, jubah-jubah dia sangat cantik..oohhh tidak!! aku sangat tergoda..boleh tak aku beli and then pakai pegi mengajar..mesti lepas tu terus orang ingat aku nak pegi red carpet anugerah bintang popular berita harian kan..hahaha..tak sesuai la..nak beli for engagement day ok tak??berangan siot kan..nak buat ala-ala padang pasir..masa majlis tu ada irama arabic..malam2 mimpi benda yang sama ni..haiissshhh..susah hati betul la..(ayat gedix)






gorgeous, cantik dan menawan kan..so sapa2 nak beli..juz masuk kedai online...


Aku sangat tertarik dengan satu video wedding presentation..sangat kreatif + sweet + smart..




paper cut montage the astronaut wedding presentation



p/s: aku sesaja jer search menda2 nie..terapi minda di kala kebosanan..haha..


Wednesday, October 20, 2010

Segenggam Tabah


Penyabar menyabarkan diri, sehingga kesabaran pun meminta tolong padanya,
menjeritlah sang pengasih dengan kesabaran, bersabarlah..


Kesabaran adalah sifat Allah. Oleh itu, orang yang sabar mencerminkan watak yang mulia ini. Orang yang sabar menolak hal-hal yang diinginkan oleh hawa nafsunya, khususnya hal-hal yang tidak dapat diterima oleh akal dan agama. Dia hanya menerima perkara yang benar. Orang yang sabar mampu mengawal hawa nafsu mereka umpama mengawal seekor kuda liar.

Kesabaran adalah darjat yang tinggi bagi orang yang beriman kerana segala urusan di dunia dan di akhirat memerlukan kesabaran. Tidak ada kejayaan dan tidak ada kesempurnaan yang dapat dicapai dengan mudah dan tanpa penderitaan. Penderitaan hakiki adalah penderitaan jasmani yang ingin mendapatkan sesuatu dengan cepat, malas berusaha bagi mencapai hal yang diinginkan, tidak tahu batasan dan selalu menginginkan lebih daripada apa yang diperlukan...

Kesabaran yang diwajibkan kepada seorang hamba adalah kesabaran menerima perintah Allah atas dirinya dengan penuh ketaatan, sabar atas apa yang dilarang dan diharamkan dan bersikap tenang menerima takdir Allah..


"Ya Allah, dengan namamu yang maha penyabar ini, aku memohon perkenanmu menganugerahkan namamu itu ke dalam hatiku,
Supaya aku menjadi tabah dan sabar dalam menghadapi semua kesusahan dan penderitaan hidup,
apabila ketika engkau lenyapkan penderitaanku
aku akan katakan: ternyata penderitaan itu membawa nikmat.."

~amin~






.: Segenggam Tabah:.

Bertali arus dugaan tiba
Menakung sebak airmata
Namun tak pernah pun setitis
Gugur berderai di pipi
Tidak ditempah hidup sengsara
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora
Diredah bersendirian
Bagaikan camar pulang senja
Patah sayapnya tetap terbang jua
Sekadar secicip rezeki
Buat yang sedang rindu menanti
Segenggam tabah dipertahankan
Buat bekalan di perjalanan
Kau bebat luka yang berdarah
Kau balut hati yang calar

Telah tertulis suratan nasibmu
Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimu
Biarpun keruh air di hulu
Mungkinkah jernih di muara
Biarpun jenuh hidup dipalu
Pasti bertemu tenangnya





p/s: Tetiba terasa seperti habuk masuk mata..hatiku mudah tersentuh..TAKZIAH kepada keluarga kak Normila bt Bahari, rakan sekerja di SMKTP atas pemergian adik tersayang. Kita belum tahu bila ajal kita. Bersiap sedialah menjadi hamba Allah yang beriman dan tidak lalai akan tanggungjawab kita sebagai hambaNya...



Sunday, October 17, 2010

Kuiz Di Kala kebosanan

"Kacak dengar sini
Kalau saya senyum
Awak mesti senyum sekali
Kalau kita senyum
Semua orang berjangkit
Bila semua orang senyum
Dunia tiada penyakit"


Aku sedang dengar lagu ini sambil tersenyum..hehe..terasa terhibur pulak di kala kebosanan ni..keja bertimbun-timbun..bila susun-susun kalah menara KLCC tapi MALAS..haha..tipu belaka..

Fesbuk dah macam boring (serius saya tipu lagi)..buka NEW FEED ramai pulak yang post kuiz tah apa-apa (ayat jelez)..dengan tangan yang menggatal aka menggedik aku pun try la jugak..nak tau gak tahap kekuizan aku (pa menda la tu ek)..Maka dengan ini aku pun memetik beberapa kuiz yang agak mencabar minta..kira ala-ala bez la jugak kan..okey..aku jawab dengan penuh konsentrasi dan dengan penuh kejujuran..http://www.emocutez.com



eh..saya suke result ni la..saya terlalu bijak..korang tau ke..aku pun ada poket macam doraemon gak...tettttt..dalam poket tu ada habuk je la..tak kira..nak jugak jumpa doraemon..tu idola aku time zaman hingusan..kalau aku dapat jumpa doraemon, benda pertama aku akan tanya dia..
あなたは私のペットになりたいですか?(do you want to be my pet??)..terrer tak aku berbahasa jepun?? boleh tak bawa saya ke zaman saya berumur 2 tahun..saya nak buat perkara ajaib yang boleh menobatkankan saya sebagai bayi ajaib..huhu..nak jugakk..tak kira...


*saya sedang tersenyum malu..http://www.emocutez.comhehe..takdak description ke??takkan "ya" jer..dalam hati ada taman..taman tu nama Taman Sri Wang (eh tu tmn encik jodoh)..hehe..dalam hati ada taman bunga ros..tepi hati ada pankreas..toink..toink..



Wahhh..result ni paling best..aku jawab dengan jujur ok..nampak sangat aku ni budak baik kat sekolah..mana la layan dunia kegedikan ni apatah lagi dunia kesengalan..aisshhh..saya kan bakal menjadi isteri solehah..kenalah kureng menggedik..kat sekolah jer tak gedik..kat umah komfem la tak gedik jugak..jangan la puji banyak-banyak..nanti kembang setalam



aku tak paham wei..translator plzzz...hahaha..cowok-cowok sekalian, result ni tak boleh mendescribekan aku so takde jawapan yang pasti..kesian kuiz ni kan..jelezla tue..hehe



memandangkan aku cikgu matematik yang berdedikasi, aku try buat kuiz ni..gorgeous tul la result dia..sapa create menda nih ek..nak belanja coklat kopiko..of course la aku rajin..tu yang cikgu2 sayang aku..tak caya??silalah percaya sebab aku sangat femes di sekolah sehingga menjeleskan adik aku (ayat perahsantan)..adik aku selalu kena ayat ni dengan cikgu dia, "kenapala hang tak jadi macam kak hang yang rajin tu"...teetttt..malas cita panjang-panjang..nanti riak lak..hahahaah~



urmmm...korang mesti tak caya result aku ni kan..tolonglah percaya yer..mana nak tau aku jadi femes, mesti korang tumpang gembira..hehe..macam nak masuk Akademik Fantasia la..he..silalah vote yer..suara saya macam di atas..laaghhhhaaa betul la..kembalilah anda ke pangkal jalan..silalah kembali ke alam realiti bukannya fantasi..huhu


sesekali rasa terhibur lak bila jawab kuiz pa menda nih..berguna untuk terapi minda..hehe
sudah..cukup..tak mau main-main dah..nak pi buat soalan exam bebudak untuk final exam..


~bai~



Thursday, October 14, 2010

Mathematics is Funny???


~SaLam Reader~http://www.emocutez.com


Pelik bin ajaib mata aku tak ngantuk pulak petang nie..aku menjadi seorang yang rajin..basuh baju, kemas rumah, lipat baju..ooohoo..encik jodoh..saya sudah bersedia menjadi isteri yang solehah..tetttt..tipu belaka..http://www.emocutez.com


Aku dengan mood yang rajin men'searching' aktiviti yang beZ-beZ untuk bebudak Tingkatan 3..Diorang kan dah habis PMR..so kena buat program la (bukan aku yg manage semua yer..aku cuma handle aktiviti game maths jer)..pa nak buat yer..any suggestion??aku rasa macam nak buat
treasure hunt tapi macam susah pulak kan..time tu form lain ada kelas P&P so macam mengganggu ketenteraman awam jer..:P

aku jumpa website ni [klik sini]..nanti aku try godek2 apa yang bez-bez yang boleh menjadi sumber ilhamku..

Masa aku di UMS dulu aku ada buat 1 projek untuk paper Mathematics..projek tu berkenaan
Mathematics's Game..aku ambik tajuk probability..dalam projek tu aku tunjukkan THE MAGIC OF MATHS..benda nie nampak simple tapi sangat2 interesting..kena guna otak la
jugak untuk pikir cara susunan..ok..nanti aku ajar korang dalam next entri..

Actually maths is a fun subject if we really love it..Maths akan mudah jika kita selalu praktik kannya and always do the exercises..selalunya orang akan mudah give up bila tak boleh jawab soalan..aku pun dah banyak kali jadi cam tu tapi once kita dah paham, kita dah selidik, kita try buat..insyallah..kita akan boleh buat..hehe..macam pakar pulak kan..cuppss..aku paling lemah if bagi subject yang kena banyak membaca dan menghafal dats why aku suke maths..cuma perlu berkerut dahi mencari jawapan..teeheee...~http://www.emocutez.com



Kenapa aku kata Maths is fun??hehehe...jom tengok!!!
funny mathematics's exam answer..http://www.emocutez.com



errkkk....aku rasa aku macam penah terasa nak buat camni bila aku jawab panjang2 dan give up suatu hari dulu kala..haha



kalu sepuluh org jawab macam ni masuk tanjung rambutan la pemeriksa kertas tuu


aduisshhhh...menghubungkaitkan dengan game..memang kreatif dan inovatif betul la



woooowww...students ni memang berbakat dalam lukisan..toink3~


jangan tanya soalan camni..students nie tak rabun ok? dia leh nampak dengan jelasnya di mana x



memang menurut kehendak soalan..mengembangkan apa yang patut dikembangkan..hahaha


jawapan nie memang boleh diterima akal tapi SALAH!!!arggghhhh



p/s: kalaulah ada students yang macam ni mau pecah perut aku ketawa..kreatif wut..memang menggunakan otak yang ada dengan sebaik-mungkin la..Mathematics is funny??oh tidak!!! human makes it funny, ok???



Thursday, October 7, 2010

♥♥ CinTa SeJaTi ♥♥



Berpasangan dan cinta adalah naluri dan nafsu, otak mengawalnya. Jika biarkan cinta kuasai diri hingga merosakkan hidup, nescaya diburu penyesalan sepanjang hayatnya. Setiap pasangan perlu belajar menggemari kegemaran pasangannya dan memperbanyakkan ciri-ciri persamaan antara keduanya bagi melancarkan hubungan dan komunikasi mereka. Untuk saling memahami, seseorang perlu meluahkan rasa hati. Silapnya kita sering menganggap bahawa yang meluahkan rasa isi hati itu sebagai pendendam dan celupar.

Keintiman pasangan dilihat sejauh mana perkongsian citarasa, fikiran, perasaan, tingkah laku, hasrat dan keputusan antara mereka. Keputusan sepakat membawa berkat. Pasangan yang tidak ada rasa sepakat, tiada saling bergantungan dan tiada rasa tanggungjawab adalah antara petanda bahawa keintiman antara mereka semakin berkurangan.

Kualiti perhubungan antara pasangan dapat dilihat daripada kualiti komunikasi sama ada positif atau negatif. Kuasai teknik berhubung supaya maksud anda difahami. Bersikap terlalu kritis terhadap pasangan menyebabkan hilang keseronokan dalam perhubungan malah timbul kebosanan. Kritikan biar berhikmah agar ia tak tersinggung. Ingatlah bahawa hati wanita terletak di mulut, kerana mereka gemar meluahkan perasaan dengan kata-kata. Mulut lelaki pula berada di hati, kerana mereka lebih suka memendam rasa.

Sikap cemburu itu pula tandanya sayang, akan tetapi cemburu yang berlebihan adalah antara petanda curiga serta ingin menguasai pasangannya. Cemburu biar kena pada tempatnya. Pasangan yang bahagia menggunakan alasan untuk membela antara satu sama lain. Manakala pasangan yang tidak bahagia berusaha mencari alasan untuk saling tuduh-menuduh.

Pasangan yang selalu hendak menang, pentingkan emosi serta egois akan burukkan lagi perhubungan apabila berlaku krisis. Usah pentingkan diri tapi banyakkan toleransi. Jika setiap pasangan mengharapkan cinta mereka saling berbalas, berlumba-lumbalah mencari kasih sayang dan carilah keredhaan Allah, itu adalah sebaik-baik pengharapan.



~Kerana Cinta~

cinta itu cahaya sanubari
kurniaan Tuhan fitrah insani
dan di mana terciptalah cinta
di situ rindu bermula

cinta itu tak pernah meminta

tetapi memberi sepenuh rela
rasa bahagia biarpun sengsara
berkorban segala-gala

semua kerana cinta

yang pahit manis di rasa
menghibur nestapa
merawat duka
damai di jiwa
terpadamlah api benci permusuhan
terjalinlah kasih sayang begitulah cinta
yang diidamkan tanpa nafsu yang mencemarkan

dan jangan kita pula

kerana bercinta kita pun leka
dan jangan pula kerana bercinta
tergadai semua maruah agama

cinta yang sejati

hanya cintakan illahi
cinta ayah bonda
tulus suci selamanya
cintakan saudara

hanya sementara

serta sesama insan
suburkan dengan ketakwaan..


p/s: Cintailah siapa yang kamu cintai, tapi suatu hari nanti kamu akan berpisah dengannya, tetapi mencintai Tuhan kekal buat selamanya. Selami keikhlasan pasangan anda seadanya

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails