Hari Jumaat lepas aku pergi bercanda-canda di KL. 4 hari jer pun..tu pun tak sempat nak berjalan mana-mana. Hari Sabtu tu pergi Akuarium dekat Taman Tasik Shah Alam. Rabun Mata duk di situ. Macam-macam jenis ikan ada. Akuarium ni free of charge yer dik nokkkss kalau nak masuk. Kat sini ada jual ikan dan alat-alatan perikanan (aksesori laaaa). Tempat dia agak besar. Ada jugak display ikan-ikan yang pelbagai jenis..Teruja ai tau. Tak payah dah pi Akuaria ataupun underwaterworld yang mahal-mahal tu. Kat sini pun turut menaikkan hormon keterujaan.miahaha..Tapi kan, kalau nak lebih kepuasan dan duit korang agak banyak, pi la terjah Akuaria dan Underwaterworld...teehhee~
Aku sebenarnya nak bagi Encik Jodoh teruja jerr. Besalah terpaksa melayan kehendak Encik Jodoh yang addicted pada ikan-ikan ni. Pantang tengok kedai ikan, apa-apa yang berkaitan ikan pasti dia yang pulun..ishk3..Kat kedai ikan menghabiskan masa berjam-jam. Asal kuar jer, mesti pi kedai ikan gak. Then, bila dia majuk senang jer nak pujuk,
"kita pi kedai ikan nak??eh, tau tak, ikan ni cantik..bla..bla..haha" (ayat manis jerrr)
Dulu aku penah citer betapa excitednya aku pi undewaterworld di [sini]. Entry ni pun nak citer keterujaan aku bila berjumpa ikan yang kiut-miut. Saya suke..Jom layan gambar-gambar yang menambahkan keterujaan






Dah lama dah entry ni terperap. Kemalasan melanda diri. Buku budak-budak bertimbun-timbun tak ditanda..aiyaaa..ni betul-betul bercuti la..
p/s: saya sedang mendemamkan diri. Sekarang ni musim mengkenduri. Kepada kawan-kawan yang berkahwin, semoga kekal hingga ke akhir hayat :)
p/s: saya sedang mendemamkan diri. Sekarang ni musim mengkenduri. Kepada kawan-kawan yang berkahwin, semoga kekal hingga ke akhir hayat :)
3 comments:
enjoy sakan cikgu brsama trsygnya hehe
miahaha..enjoy la..:)
menakutkan plak tgok kura2 tu.. huhu..
Post a Comment