Thursday, February 10, 2011

Cerita Sedih Hari Ini



Allah Maha Mengetahui
Yang ada dihati
Biar Dia menentukannya

Usah disalahkan takdir yang melanda
Renung kembali sejarah silam
Ku redha dan sedia. terima
Yang tertulis dalam kehendakNya

Sungguh indah bait-bait lirik lagu Redha nyanyian kumpulan Inteam ini. Teringat aku cerita tengah hari tadi. Cerita yang membuatkan mataku berkaca. Tetiba menitik satu persatu butir mutiara dari mataku. Ya Allah, Aku tak mampu membendung kesedihan di depan pelajarku sendiri. Dialog aku dan seorang pelajar yang baik di dalam kelas, walaupun kelas yang paling hujung, tapi dia sangat baik:

Pelajar : Cikgu, saya nak makan apa hari ini? abang saya bagi duit tapi cikgu tengokla duit ni
Aku : Kenapa wani? (sambil melihat duit RM5 yang ditunjuk)
Pelajar : Cikgu, tadi saya dah pergi kantin, mak cik kantin tu tak nak duit ni. Dia cakap duit ni tak boleh guna
Aku : Kenapa boleh jadi macam ni?
Pelajar : Abang saya iron duit tu sebab basah kena air. Lepas tu jadi macam ni (menunjukkan duit RM5 yang sudah kecut, kedut-kedut..sambil menangis)

Sambil dipujuk rakan-rakan,

Rakan : Ni duit untuk hari ni ke?
Pelajar : Tak la. Ni untuk seminggu. Lepas ni aku tak makan la. Abang aku cakap boleh guna. Mana nak cari duit lagi


Pelajar ni memang seorang pelajar miskin. ibu bapa sudah meninggal dunia. Sekarang tinggal dengan mak sedara. Hidup dalam serba kekurangan.

Tadi memang dia tak senang duduk. Muka dia risau sangat-sangat. Mata masih merah menangis
Aku pun panggil dia,

Aku: Wani, nah ambil duit ni. Cikgu bagi kat kamu. Jangan risau dah yer. Ni adalah dugaan dalam hidup kamu. Kalau kamu ada masalah, jumpa cikgu
Pelajar: Cikgu, nanti saya ada duit saya bayar balik.
Aku: Tak pa la wani, ni hadiah cikgu bagi sebab kamu hormat cikgu, buat kerja cikgu suruh. Sekarang ni, jangan sedih-sedih lagi. Pergi duduk tempat. Buat kerja kamu
Pelajar: Terima kasih cikgu (dia salam dan cium tanganku sambil air mata bergelinangan)

Memang masa tu aku dah tak dapat tahan sedih lagi...Ya Allah, lindungi anak ini. Murahkanlah rezeki dia. Tabahkanlah hati dia supaya dapat menempuhi hari-hari yang mendatang dengan penuh kesabaran...


gambar google



p/s: cikgu juga tengah bersedih. bersedih dengan sikap manusia yang mulutnya busuk seperti longkang. astaghfirullah alazim..bersabarlah..sesungguhnya Allah sentiasa di pihak yang benar

10 comments:

nur aisya humaira said...

Aduyai,ngan saye2 nak menitik air mata ni...:)
Tak ramai org dapat selami hati seorg yg miskin harta...kan2?:)
Murninya hati cikgu..:)

edda(",) said...

real story?? sedey siottt... yang abgnye pegi iron plak duit tuh nape... tak pe. nasib cikgu baik..=)

Rossnie said...

nur aisya humaira: hmmm..kalau tgk rupa duit tu mmg lagi rasa nak nangis. dengan mata pelajar yang memang dah membengkak :(

edda(",): yupss..real story. iron duit konon2 nak bg duit tu kering balik..sedih kan..

ZaCKiR said...

sedih2 huwaaa, nsb aku ngan bdk ni lbh krng ja huwaaa, cikgu nk duit gak bleh x??? x bnyk, bg ckp beli sebijik pc yg ada grafik kad n ram 4 gb DDR3 n skali ngan monitor lcd hoho (plzz nk main pes 2011 ni hehe)

Rossnie said...

ZaCKiR: eh..pi mintak kat doraemon, sure dpt..lbh dr tu pun bleh gak..hikhik

Namie Amir said...

huhuhu...budak2 sek aku miskin2 pun tak sedaq diri..hoho~sedihnya..mana pergi jutawan2 semua..bantulah golongan miskin mcm nih..sian sungguh

Rossnie said...

ni yg jenis sedar diri..da yang mmg tak sedar..nakal tah pa2..but i respek bdk ni la..sgt baik

LINDA said...

nice entry~~akk saya pun seorg cikgu,selalu alami perkara mcm ni..bersyukur pada Nya sbb kita masih di anugerahkan sifat itu...ada juga manusia yg terlalu hati kering sekarang...:)

Solihin Zubir said...

ya Allah..
sebak saya baca..
kesiannya kat budak tu..
Moga2 Allah akan memberi kesenangan padanya nanti..

Rossnie said...

LINDA: yupss..amin :)
Solihin Zubir : mudah2an dia mnjadi seorang anak yg bjaya..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails