Sunday, February 27, 2011

Nur Kasih


I wanna share a superb, hilarious, wonderful and smart video clip. Nur Kasih the movie is a film made as a follow-up drama series popular, Nur Kasih. Supposedly, the movie not only in terms of visual beauty but the strength is also of emotional and mental aspect that exist within it..Can't wait to watch this film..nampak macam best jerr. Hopefully jalan cerita dia tidak menghampakan..



Let's watch the OST Nur Kasih


Lewat ini ku rasakan
Kasih kian ku dambakan
Resah hati yang ku pendam
Pada takdir dan harapan

Detik waktu dan suratan
Siapa tahu ketentuan
Ku mencari cahayanya
Dalam bayang kegelapan

Nur kasih
Nur kasih

Nasib hidup dan pilihan
Lain hukum setiap insan
Mengharapkan perjalanan
Dalam maya kesamaran

Nur kasih
Nur kasih

Aku kembali kerana masih
Mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi

Ooo kasih
Nur kasih
Oh nur kasih
Nur kasih

Aku kembali kerana
Masih mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi

Nur nur ya nur kasih
Nur ya nur kasih
Nur nur kasih
Nur kasih





more pic and info at [here] and [here]



Sesungguhnya hati orang yang bodoh itu ada di mulutnya tetapi hati orang yang bijaksana ada di hatinya


Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu; sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan; segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman

Thursday, February 24, 2011

Alahai..

Actually i have a lot of works to do but something crossed my mind as i flipped through yesterday tragedy. Tragedy?? memory i think..Yesterday, i returned home late. I arrived at home at 8 pm. Not as usual. I'm not a hardworking teacher or dedicated or whatever sound goods. Keluar sekolah lambat because had fine my students. Sometimes, when in a bad mood plus in a kotex mood, of course la hormon kemarahan melimpah ruah. Then, start to berleter-leter..OMG, if i'm preggy at that time, of course la anak i yang kuar nanti mulut laser, yer dak??miahahah~

After finished my work, i went to the gate, waiting my bro fetch me. Suddenly, a little cute boy came crying to me. I asked him:

" kenapa ni nangis-nangis??"
" tak ada sapa nak ambil saya. Saya nak balik dengan apa"
" selalunya kamu balik dengan sapa??"
" Dengan kawan mak saya, tapi dia tak ambil pun"

Masa tu pukul 7 pm if i'm not mistaken. So, sebagai cikgu yang baik hati

"Takpe la, jom cikgu hantar kamu balik rumah"

Oohhoo..baiknya hati i kan.

When i arrived at his home, OMG, besar gila kut rumah. Takkan takde masa nak ambil anak di sekolah. Dekat jer kut. Ah, malas la nak fikirkan. Before i hantar budak tu balik rumah, i called his mother for a few times but :(((( ~(cikgu..sila bersangka baik, hokey?)

Quality time??Yes, I wanna talk about the quality time parents and children should have. As far as i can remember the time that i spent was so valuable, so precious and each moment taught us 'practical life'. We learn things by experienced it! That is how our parents taught us that make who we are now. Alhamdulillah...Look like a traditional style but an effective one..

Nowaday, there are a lot of social problems involving students. Who should be blamed??Teacher or parents? Selalu akan keluar ayat-ayat ni:


"Saya hantar anak saya ke sekolah, suruh cikgu ajar"

Hey, pakcik. Tugas cikgu memang mengajar anak pakcik. Anak pakcik di sekolah cuma dari pukul 7.30 pagi sampai 1.30 petang jer kut. Lagi 18 jam tu di rumah. So, tugas cikgu jugak ke nak pergi jenguk anak pakcik di rumah?? So, apa pula tugas pakcik???? If you promise not to believe everything your child says happens at school, I'll promise not to believe everything he says happens at home


"Anak saya mengadu cikgu rotan dia sebab tak bawa buku. Cikgu, tak bawa buku jer pun, bukannya bunuh orang"

Hello pakcik, kalau anak pakcik menipu macam mana??Dah tak siap kerja sekolah, bagi alasan tak bawa buku. Then, bila buat kesalahan, cikgu denda, balik rumah report dekat parents. Ada pula yang buat dramatik, tokok tambah. Yang lagi sadis, ada pula yang report terus ke balai polis. aiyaa..bila cikgu ambil tindakan, macam-macam pula jadi. Bila cikgu tak ambil tindakan, cakap cikgu tak buat kerja.


"Berapa sangat la gaji cikgu ni. Bapa saya bagi duit tiap-tiap bulan dah sama dengan gaji cikgu kut. Setakat pakai kereta kancil yang 2,3 hari nak runtuh tu apa class??

Ek..eleh..u know?? tugas cikgu adalah tugas mulia. Kenapa perlu nak bangga dengan harta dunia. Bawa bekal bebanyak amalan di dunia untuk dibawa ke akhirat. Kalau your parents kaya sangat, kenapa tak buat sekolah sendiri. Kan senang. Okey, cikgu pakai kereta kancil buruk, awak pakai mercedes besar tapi cikgu tetap bersyukur dapat mencari rezeki yang halal.


Ini semua situasi-situasi yang akan cikgu hadapi. Banyak lagi sebenarnya..Think back parents and future parents..you don't want to risk your kids life...SPEND SPEND SPEND your quality time with them .Bukan tugas cikgu jer mengajar, ibubapa memainkan peranan yang sangat penting. A teacher is one who makes himself progressively unnecessary.

A good teacher is like a candle - it consumes itself to light the way for others



~baii~


Tuesday, February 15, 2011

Boo..Boo..Bowling time

Tengok la gambar kat atas ni. Macam pemain bowling profesional kan. Profesional la sangat kan. Profesional masuk longkang ada la kan. Ada gaya ganti Shalin Zulkifli tak?? Ada kan..ada kan..korang hingat aku tak pandai main ke??Walaupun aku tak pernah mencecah 100 jatuhan pin tapi aku still tak dikategorikan sebagai tangan bangku tau. At least aku tau jugak baling bola bowling. Tu satu peningkatan gak tu..teehee~

Ni cerita cuti CNY baru-baru ni. Aku dengan famili aku main bowling di OU. Korang tau sapa aku jumpa di OU??Aku jumpa Shalin Zulkifli dengan Amy Search tuuu..gilak kacak rocker kita tu. Macam remaja gila muka. Tak caya dah berumur..auwww..tergoda nyah..hehe
Dia naik eskalator depan aku jer pun. Lepas tu semua orang pandang2 dia. Aku pun buat-buat la macam join sekali Amy Search dengan anak-anak dia. Korang tengok la dalam metro, mesti ada gosip nanti..miahaha.
Malangnya, bila aku pergi balik kat family aku, cerita jumpa Amy Search, diorang buat derrr ja. hampehh kan. Baru rasa nak bagi diorang jeles. Moralnya: bawa DSLR yer (ehh..i bukan jenis yang nampak artis, i terpa tau, i pemalu uuu)

Okey, berbalik pada cerita main bowling



Dengan bangganya, i letakkan result main bowling hari tu. Tengok tu..tengok la yang bernama ROS. Jauh ketinggalan kan. i tau punca kekalahan i, sebab i pakai skirt labuh yang kiut miut kan. Orang lain masa tu semua pakai seluar. hahaha. Gila berlakon ayu kan masa tu. Kekalahan bermain bowling berkadar terus dengan pemakaian skirt labuh. i dah pun buat ujian tu. So, hipotesis diterima..(dah kalah, terima kanyataan la makcik, takde kena mengena dengan cara pemakaian pun)


Buat muka ayu. Walaupun i kalah tapi i tetap enjoy la..apsal rasa temok lain macam jer..wakakaka


Kesian mak i terpaksa tunggu kami habis main bowling sampai pukul 12 tengah malam. Lepas tu kena mengasuh cucu yang sudah terlentok. Bukti di tempat kejadian: adanya pin bowling yang besar gedabakkkk


ouchhh..sila buat caption sendiri


Ni famili i..kak, mak, abang, kak ipar dan anak buah i




p/s: rindu nak main bowling dengan wondergurlz..uhukkk..

Thursday, February 10, 2011

Cerita Sedih Hari Ini



Allah Maha Mengetahui
Yang ada dihati
Biar Dia menentukannya

Usah disalahkan takdir yang melanda
Renung kembali sejarah silam
Ku redha dan sedia. terima
Yang tertulis dalam kehendakNya

Sungguh indah bait-bait lirik lagu Redha nyanyian kumpulan Inteam ini. Teringat aku cerita tengah hari tadi. Cerita yang membuatkan mataku berkaca. Tetiba menitik satu persatu butir mutiara dari mataku. Ya Allah, Aku tak mampu membendung kesedihan di depan pelajarku sendiri. Dialog aku dan seorang pelajar yang baik di dalam kelas, walaupun kelas yang paling hujung, tapi dia sangat baik:

Pelajar : Cikgu, saya nak makan apa hari ini? abang saya bagi duit tapi cikgu tengokla duit ni
Aku : Kenapa wani? (sambil melihat duit RM5 yang ditunjuk)
Pelajar : Cikgu, tadi saya dah pergi kantin, mak cik kantin tu tak nak duit ni. Dia cakap duit ni tak boleh guna
Aku : Kenapa boleh jadi macam ni?
Pelajar : Abang saya iron duit tu sebab basah kena air. Lepas tu jadi macam ni (menunjukkan duit RM5 yang sudah kecut, kedut-kedut..sambil menangis)

Sambil dipujuk rakan-rakan,

Rakan : Ni duit untuk hari ni ke?
Pelajar : Tak la. Ni untuk seminggu. Lepas ni aku tak makan la. Abang aku cakap boleh guna. Mana nak cari duit lagi


Pelajar ni memang seorang pelajar miskin. ibu bapa sudah meninggal dunia. Sekarang tinggal dengan mak sedara. Hidup dalam serba kekurangan.

Tadi memang dia tak senang duduk. Muka dia risau sangat-sangat. Mata masih merah menangis
Aku pun panggil dia,

Aku: Wani, nah ambil duit ni. Cikgu bagi kat kamu. Jangan risau dah yer. Ni adalah dugaan dalam hidup kamu. Kalau kamu ada masalah, jumpa cikgu
Pelajar: Cikgu, nanti saya ada duit saya bayar balik.
Aku: Tak pa la wani, ni hadiah cikgu bagi sebab kamu hormat cikgu, buat kerja cikgu suruh. Sekarang ni, jangan sedih-sedih lagi. Pergi duduk tempat. Buat kerja kamu
Pelajar: Terima kasih cikgu (dia salam dan cium tanganku sambil air mata bergelinangan)

Memang masa tu aku dah tak dapat tahan sedih lagi...Ya Allah, lindungi anak ini. Murahkanlah rezeki dia. Tabahkanlah hati dia supaya dapat menempuhi hari-hari yang mendatang dengan penuh kesabaran...


gambar google



p/s: cikgu juga tengah bersedih. bersedih dengan sikap manusia yang mulutnya busuk seperti longkang. astaghfirullah alazim..bersabarlah..sesungguhnya Allah sentiasa di pihak yang benar

Saturday, February 5, 2011

Ikan oh ikan kenapa engkau cantik??



Hari Jumaat lepas aku pergi bercanda-canda di KL. 4 hari jer pun..tu pun tak sempat nak berjalan mana-mana. Hari Sabtu tu pergi Akuarium dekat Taman Tasik Shah Alam. Rabun Mata duk di situ. Macam-macam jenis ikan ada. Akuarium ni free of charge yer dik nokkkss kalau nak masuk. Kat sini ada jual ikan dan alat-alatan perikanan (aksesori laaaa). Tempat dia agak besar. Ada jugak display ikan-ikan yang pelbagai jenis..Teruja ai tau. Tak payah dah pi Akuaria ataupun underwaterworld yang mahal-mahal tu. Kat sini pun turut menaikkan hormon keterujaan.miahaha..Tapi kan, kalau nak lebih kepuasan dan duit korang agak banyak, pi la terjah Akuaria dan Underwaterworld...teehhee~

Aku sebenarnya nak bagi Encik Jodoh teruja jerr. Besalah terpaksa melayan kehendak Encik Jodoh yang addicted pada ikan-ikan ni. Pantang tengok kedai ikan, apa-apa yang berkaitan ikan pasti dia yang pulun..ishk3..Kat kedai ikan menghabiskan masa berjam-jam. Asal kuar jer, mesti pi kedai ikan gak. Then, bila dia majuk senang jer nak pujuk,

"kita pi kedai ikan nak??eh, tau tak, ikan ni cantik..bla..bla..haha" (ayat manis jerrr)

Dulu aku penah citer betapa excitednya aku pi undewaterworld di [sini]. Entry ni pun nak citer keterujaan aku bila berjumpa ikan yang kiut-miut. Saya suke..Jom layan gambar-gambar yang menambahkan keterujaan


Korang teka, gambar kat atas ni gambar pa?? ni la kura-kura zaman batu..fuhhh..gila berabad kan..actually aku tak sempat la plak baca nama binatang ni kat cermin akuarium tu tapi memang rupa dia macam ala-ala dinasour la. Kalau budak-budak yang tengok altromen tu mesti kata ni raksaksa jahat..:P


Bermacam-macam jenis ikan ada..rabun mata weii..santek menawan kau memang d boommm


ganas siot kan ikan ni. Ikan ni namanya ikan buaya. Maybe buaya laki menggoda ikan perempuan, then buat hubungan sulit until dapat anak cam gitu. Agak-agak aku la..haha..dongeng pulak. Kat cermin tu tulis ikan buaya, so ikan buaya la. Kalau kat cermin tu tulis ikan beruk, aku pun bagitau ikan beruk la kat korang...


okey, buat caption sendiri...teehee~


Aku suke ikan ni sebab putih sesuci bersih..ni spesis albino kut. Nama dia aku tak hingat. Besalah, bila hormon keterujaan meninggi, berlaku kehilang ingatanan..


Ikan ni ada dekat pintu masuk Akuarium ni. Besar siot ikan ni. Duk dalam kolam. Ikan dugong rasanya. Besar aku ada la. Tapi aku ada shape skit ar. Ikan ni, dah nama dugong, rupa ikan dugong la..ok, bayangkanlah sendiri :P


Nak jugak tangan tu menyebuk kan. Ni dia saja tangkap gambar tangan dia ngan ikan besar ni. Nanti boleh bagitau kat kawan-kawan jumpa ikan besar. Ada bukti gak kan..hahaha..sowii enchik..terlebih plakkksss


Tengok tu, betapa terujanya beliau..haiishhh..enchik bekenan nak buat bini ka??silalah pi berjumpa tuan empunya kedai tu yer..haha..



Dah lama dah entry ni terperap. Kemalasan melanda diri. Buku budak-budak bertimbun-timbun tak ditanda..aiyaaa..ni betul-betul bercuti la..



p/s: saya sedang mendemamkan diri. Sekarang ni musim mengkenduri. Kepada kawan-kawan yang berkahwin, semoga kekal hingga ke akhir hayat :)


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails