Showing posts with label wedding's preparation. Show all posts
Showing posts with label wedding's preparation. Show all posts

Friday, June 8, 2012

7 Hari Menjelang Hari Bahagiamu

Di bawah ini disenaraikan 15 perkara yang perlu dilakukan 7 Hari Menjelang Hari Bahagia

1)  Jumpa doktor sekiranya berlaku sebarang tanda kecil penyakit

2)  Fitting baju sekali lagi dan tentukan lengkap dengan aksesori
source: google

3)  Semak senarai tetamu sebelah pasangan

4)  Semak senarai tetamu sebelah pasangan

5)  Pastikan busana pengapit anda siap tersedia
source: google

6)  Temui perancang perkahwinan untuk memastikan majlis semua yang dirancang berjalan lancar kelak

7)  Menyusun/menyemak dokumen penting, surat nikah misalnya

8)  Hubungi katerer bagi memastikan tiada menu makanan yang tertinggal termasuk pemanis mulut

9)  Hubungi juruandam, mengingatkan sekali lagi tarikh perkahwinan anda. Jika berlaku sebarang alahan pada kulit wajah, maklumkan pada mereka
source: google

10)  Tentukan semua bingkisan untuk tetamu telah tersedia

11)  Bilik tidur berhias cantik

12)  Jurunikah perlu diingatkan juga

13)  Pastikan pengapit / dayang-dayang dalam keadaan sihat supaya tiada penukaran berlaku

14)  Jika anda melangsungkan majlis di kawasan terbuka, tentukan anda sudah bersedia dengan pelan B jika cuaca tidak mengizinkan.

15)  Tenangkan diri dan elakkan berfikir perkara-perkara yang bisa buat anda stress


*dipetik dari majalah EH! Keluaran Jun 2012

Tuesday, June 5, 2012

Genap 365 hari and 77 days to go!!


5.6.2012, genap 1 tahun bergelar cik tunang kepada enchik tunang dan mulai hari ini bermakna ada 77 hari lagi untuk bergelar puan isteri kepada enchik suami. Perasaan??? ofkos lah gelabah + nervous kut. Orang semua cakap saya nampak cool tapi dalam hati dan dalam fikiran macam-macam ada.

Wedding's preparation progress - -= =|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||75% loading....|||||||||||||= =- -

Semoga dipermudahkan segala urusan. Insyaallah


"Ya Allah tidak ada kemudahan selain apa yang Engkau jadikan mudah dan Engkau dapat menjadikan perkara sulit menjadi mudah jika Engkau kehendaki"






Pelik betul la cik rossnie ni. sebelum buka blog nak taip entry, pelbagai idea. Bila dah buka. hilang semua. Hobi saya sekarang ialah bermain game-game-game dan game serta ukur-ukur dan ukur jalan. Kertas exam pelajar yang bertimbun seriously tak datang lagi mood nak tanda. makin menjadi malas dan pemalas ni.hehe


snap pic masa tengah shopping barang hantaran bersama encik tunang..love u a lot my future imam !!!





Friday, April 6, 2012

Tip Perancangan Perkahwinan

16 - 11 bulan sebelum
  • Berbincang dengan tunang serta keluarga kedua-dua pihak berkenaan tarikh dan waktu nikah
  • Mulakan dengan mengabdikan satu fail khusus untuk perkahwinan anda
  • Ambil inisiatif untuk menyingkap helaian majalah-majalah bersifat gaya hidup, fesyen, reka bentuk dan makanan untuk dijadikan rujukan inspirasi
  • Mengatur bajet yang diperlukan sama ada rendah, sederhana atau mewah
  • Jika anda rasa ada keperluan, cater perancang perkahwinan atau wedding planner untuk mengendalikan majlis perkahwinan anda dari A-Z
  • Mengkaji dengan teliti tentang lokasi majlis sama ada akan berlansung di hotel, dewan atau rumah
  • Menetapkan tarikh nikah, kahwin dan bertandang seperti yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak dan lokasi yang diidam-idamkan
  • Mengikuti kursus kahwin bersama pasangan
  • Mengintai-intai pakaian perkahwinan dambaan hati
  • Membeli-belah barangan hantaran seperti sepatu, tas tangan, minyak wangi, baju, gadjet dan lain-lain sebagai tanda cinta.
10 bulan sebelum
  • Mulakan dengan menyenarai pendekkan senarai tetamu. Peka terhadap kos? RSVP akan dapat menyusutkan kos yang berlebihan
  • Merancang kenduri yang perlu dihidangkan kepada tetamu sama ada berhidang atau jamuan berselerak
  • Membuat kajian tentang jurugambar, pembekal bunga, dan katering. Simpan data-data tersebut di dalam fail perkahwinan
  • Memilih pengapit dari kalangan rakan karib atau saudara mara
  • Merancang warna tema untuk keseluruhan majlis perkahwinan agar tampak terurus
9 - 8 bulan sebelum
  • Menempah lokasi dan tarikh majlis (khusus untuk penyewaan dewan dan hotel)
  • Menetapkan jumlah tetamu yang bakal hadir
  • Pilih katering atau masak sendiri? Perkara ini perlu dilakukan lebih awal untuk mengelakkan sebarang kesulitan yang tidak diingini
  • Pilih jurugambar dan juruvideo
7 bulan sebelum
  • Sewa busana pengantin dan aksesori pilihan hati. Anda perlu uruskan masa untuk lakukan setidak-tidaknya 3 kali fitting. Veil atau selendang juga perlu sedondon dengan rona baju.
  • Menentukan dan menyewa pakaian untuk semua pengiring pengantin
  • Memilih jurusolek
  • Pilihan florist atau pembekal bunga.
6 bulan sebelum
  • Mulai menempah kad perkahwinan
  • Menghubungi kadi dan pejabat agama Islam
  • Menjalani saringan ujian darah/HIV
5 bulan sebelum
  • Menyelesaikan segala urusan persandingan (membayar deposit umpamanya)
  • Pilih dan tentukan semua kelengkapan perkahwinan (undangan, kek pengentin, bunga tangan, perhiasan diri dan sebagainya)
  • Menempah cenderahati untuk tetamu atau buat sendiri
4 bulan sebelum
  • Pilih sebentuk cincin kahwin bukti ketulusan cinta anda dan pasangan
  • Menyiapkan gubahan hantaran (sama ada membuat sendiri atau menempah)
3 bulan sebelum
  • Memastikan kelengkapan PA sistem lengkap seperti amcee, iringan lagu dan sebagainya
  • Mengaturkan penginapan hotel atau vila bagi saudara mara dan rakan terdekat yang datang dari jauh
2 bulan sebelum
  • Bersama bakal pasangan menyedang busana agar tampil anggun di hari bersejarah
  • Hadir ke sesi cubaan menu (jika anda mengadakan majlis tersebut di hotel atau dewan)
  • Berbincang dengan jurugambar tentang konsep gambar yang diingini dan lokasi-lokasi yang terlibat
  • Menulis dan mengutuskan kad perkahwinan kepada para tetamu. Hadkan tempoh untuk RSVP dalam lingkungan masa 3 minggu
Sebulan sebelum
  • Melakukan rawatan spa sebelum menjelangnya hari bahagia (mandi bunga, mandi susu, sauna, lulur kopi dan sebagainya)
  • Pastikan cincin dalam ukuran yang betul
  • Pastikan segala tempahan pelamin, jurusolek, tiket kapal terbang, bilik dan keperluan perkahwinan barjalan lancar.
  • Pastikan aksesori yang akan anda ingin kenakan pada hari tersebut sudah tersedia seperti barang kemas, layah, tiara dan sepatu
  • Pilih lagu iringan atau DJ yang akan menyerikan majlis anda. Pilih orang yang dipercayai untuk menjaga muzik
  • Langsaikan sebanyak mana pembayaran yang mungkin
  • Tetapkan waktu untuk rambut dan solekan serta masa untuk perkhi dmatan-perkhidmatan yang lain
3 minggu sebelum Majlis Berlangsung
  • Bertemu dengan urusetia agar segala perancangan berjalan dengan lancar
  • Ambil busana dan perhiasan yang ditempah untuk majlis anda
Seminggu Sebelum
  • Meneliti perancangan yang telah dilakukan dan makluman urus setia jika terdapat sebarang perubahan
  • Menyelesaikan semua urusan kerja sebelum bercuti untuk menghindari dari tekanan perasaan
  • Hindari konflik dan cuba untuk tenangkan hati
Di Hari Bahagia
  • Pastikan mengisi perut terlebih dahulu agar tidak kelaparan
  • Mandi agar kelihatan segar sepanjang hari anda 
  • Berdandan molek, senyum dan berdoalah agar segala perancangan berjalan dengan sebaik mungkin
  • Bersiap sedia untuk percutian bulan madu anda.


Sumber: encik google

Dipetik dari Majalah Nona (April 2012)


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails