Saturday, February 25, 2012

My Official Photographer


Minggu lepas dah booking Official Photographer (OP) untuk majlis CR nanti. Actually dah tanya OP ni lama dah tapi still survey yang mana paling OK. So, i make a decision and decided him as my OP. The reasons why i use his service

1) Near my home, so that no transportation charge and more easier to discuss@chat
2) I like his works. Gambar dia sangat cantik, ok
3) Pakej dan bayaran yang dikenakan sangat-sangat la berpatutan. YES!! mesti teruja

Jom tengok hasil kerja beliau




SUPERB CANTIK kan pictures ni. sangaaatttt suka hasilnya :)

Nak tau berapa pakejnya??

Sila klik di gambar untuk tumbesar yang maksimum..


Gambar yang atas tu agak blur kan. CR ambil pakej EXCLUSIVE B, RM1800.

* cover 3 majlis - akad nikah, bersanding dan bertandang
* unlimited photo shoot
* dari makeup sampai outdoor
* custom album storyboard (crystal cover)
* sticky album sanding dan bertandang

ok tak?? So, lepas ni kalau rasa nak buat album lain dan ada duit lebih sikit, bolehla print out (cuci mencuci) sebab dia kasi softcopy sekali.


Kalau sesiapa berminat, bolehlah terjah beliau, NORAZAMMUDIN AZIZAN di





Friday, February 24, 2012

Review Hantaran PerTunangan



Pejam celik, pejam celik sudah 7 bulan CR bergelar cik Tunang kepada Enchik Tunang yang tersayang..auwww


Hari ni baru rasa nak review kisah hantaran pertunangan. Sungguh tak patut kan..dah basi dah pun. Tapi takpe la. As a story when my grandchild ask, "Nek, dulu-dulu masa nek bertunang, macam mana yer??".


And my own electronic diary will reveal everything about that..




CR bersama hantaran-hantarannya..simple jer kan pelamin i..hihi

Semua hantaran-hantaran CR gubah sendiri...ofkos la pilih warna purple sebab thats my favourite colour. Terus terlintas di fikiran colour purple when we decided to engaged..



Biskut ni CR beli di bakery dekat dengan rumah..macam kuih kacang pun ada gak. Suka bentuk dia jer, tu yang grab tu. Rasa dia..bolehlaaa.. :P 


This one sponsored by my cousin but the box is decorated by me. I pun tak tau kuih apa tu sebab dia bagi hantaran ni pun 2 jam before majlis. Masa tu dah cuak kut sebab memang dalam planning 7 bekas semuanya


Coklat kisses ni imported from Langkawi. My ex-housemate at Langkawi, gee jah yang tolong belikan. Selama berada setahun di Langkawi dan dalam banyak-banyak coklat yang ada di Langkawi, coklat ni jugaklah yang akan CR beli bawa balik rumah setiap kali balik kampung. Murah, sebungkus RM12.90 if i'm not mistaken..:P

Kek ni CR order di FAMORNI bakery dekat dengan rumah. Kek ni yang menarik perhatian mak CR. so, ambil jer la. CR bekenan satu kek tiramisu, tapi mak bekenan kek ni. Kena dengar cakap mummy yer..hehe


Nice kan cupcake kecil ni. Masuk-masuk FAMORNI mata terus terpaku di rak cupcake ni. cute sangat. Rasa dia pun sedap. I ter'order' sikit, so terpaksalah letakkan coklat 'duit-duit' di bawah tu. Nasib la ada stok dalam peti sejuk. 
Ni last minute punya kerja tau, masa ni terpaksa minta pertolongan rakan-rakan yang datang. Silap bajet masa. Siap 5 minit  before rombongan datang. Lawak gila


Buah-buahan. Ini akak CR yang sponsored..

Home-Made-Choc ni, my sis-in-law yang buatkan. she's so creative. White Choc + Blueberry + Black Choc. Nice sangat-sangat


Ini la hantaran dari pihak perempuan kepada lelaki. 7 bekas semuanya..I like my own DIY :)



p/s: membahasakan diri CR sebab merasakan banyak golongan membaca blog (ayat bajet femes) ..haha

Sunday, February 12, 2012

Layakkah aku menjadi umatMu, Ya Rasulullah...



Yesterday, when watched this video, suddenly my tears came out.
"Layakkah aku menjadi umatmu..Ya Rasulullah.."




Ya Rasulullah,
kekasih Allah yang dimuliakan, 
Kau telah lama pergi meninggalkan kami,
namun peninggalanmu memberi kesan besar didalam hati kami,

Ya Rasulullah,
Kau meninggalkan Al-Quran untuk menjadi rujukan kami,
Ya Rasulullah,
Kau meninggalkan sunnahmu untuk menjadi pedoman kami,
Ya Rasulullah,
Kau meninggalkan akhlakmu untuk kami contohi,
Ya Rasulullah,
Kau meninggalkan sahabat-sahabatmu untuk kami ikuti,
Ya Rasullullah,
Kau meninggalkan pewarismu,
para ulama' yang kami pelajari..

Ya Rasulullah,
kami menyanjung betapa hebatnya kerajaan Islam yang dibina umatmu dahulu,
Ya Rasulullah,
Kami menyanjung betapa luasnya empayar Islam yang dibina umatmu dulu,
Ya Rasulullah,
Kami menyanjung betapa hebatnya keberanian umatmu melawan musuh tanpa getar..

Ya Rasulullah,
Namun, segala-galanya telah ditenggelami zaman,
Ya Rasulullah,
Umatmu disana menderita,
dianiayai bangsa yang pernah kau sebut dahulu,
Ya Rasulullah,
Umatmu disini hanya mampu melihat penderitaan mereka,
Ya Rasulullah. 
Alangkah malunya jika kau melihat apa yang umatmu sedang lakukan kini,
Kami terlampau sibuk mengejar cita-cita,
mengejar seberapa banyak harta yang mampu dikaut,
Tak tertahan tergoda dengan hawa nafsu yang rakus,
mengejar cinta yang tiada kepastian,
Tak terdaya melindungi kaum muslimah,
terhimpit dengan sifat jahiliyah yang pernah kau perangi dahulu,
hanyut dalam permodenan hidup,
obses dengan hiburan melampau,
asyik dengan pemujaan 'berhala moden',

Ya Rasulullah,
Kami benar-benar bagaikan buih-buih lautan seperti dikatakan kau,
Ya Rasulullah,
Kami benar-benar berdusta dengan risalah yang dibawamu,
Ya Rasulullah,
Kami berasa sangat malu untuk bertemu denganmu kelak,
Ya Rasulullah,
Kasih sayangmu kepada kami tidak terbalas,
Ya Rasulullah layakkah kami menjadi umatmu??

Selawat dan salam hanya buatmu..









Friday, February 10, 2012

Let's Counting The Big Day!!~

Let's the pictures speak to me,



Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers





Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers





Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers





" Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan, Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki"


Thursday, February 9, 2012

Cuak Yang Tidak Terkata

Assalamualaikum..

Mari bercerita tentang kisah hari Khamis. Esok hari jumaat, penghulu segala hari dan hari yang sangat menggembirakan sebab esok cuti (bagi negeri kedah dan sewaktu dengannya). Bolehlah merehatkan diri dan men'settle'kan kerja-kerja-kerja-kerja yang tertangguh. Oh, sungguh tak terasa bercuti sebab banyak benda yang perlu dibuat dan disiapkan. Hari Sabtu sekolah ganti..(silalah berasa sedih sebab awak tiada waktu rehat untuk tidur di siang hari..uhuk..uhukk)

Hari ini hari yang sangat mencuakkan. Suddenly (effect drumroll yang sangat dahsyat), muncul tuan-tuan dari Pejabat Pendidikan Daerah KMY untuk memantau P&P. Haruslah ada rasa terkejut yang tersangat sebab kedatangan mereka sangatlah tidak diketahui oleh semua guru. Tutt..tuttt udah me'round-round' kawasan sekolah (sudah menjadi kebiasaan cikgu BM celop menggunakan ayat yang tunggang langgang).

Dan...

Dalam 22 buah kelas yang wujud di SMKB ni, tuan pegawai PPD tu terbekenan masuk kelas aku yang berada di tingkat 4. Habislah aku, dah la aku ni cikgu BM celop yang masih kerdil. 

"Boleh saya masuk kelas ni?" beliau meminta izin masuk.
dan haruslah aku membuat muka cuak yang teramat kepada cikgu disiplin yang mengiringi tuan pegawai PPD tadi. Dengan manisnya aku menjawab,

"ya, boleh" (dalam hati, ya Allah, kenapalah dia masuk kelas aku pula ni..adoilaaaaaaa)

Beliau duduk di belakang kelas. meminta aku memberikan buku RPH. nasiblah aku menyiapkan Rancangan pengajaran harian (RPH) secara lengkap hari ini. Kalau tak, ofkoslah kena denda. RM500 weiii..leh boh spoiler En Dibios Cinta Aku. Sedang beliau membelek-belek RPH aku, tertengoklah di bahagian Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT)... KOSONG!!!!


Effect drumroll tahap maksimum....>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>







"Encik, RPT, kontrak dan Huraian Sukatan saya buat dalam fail asing,"belum sempat dia tanya, aku dah jawab.

"Mana fail tu??" beliau tanya kepada aku yang tengah cuak gila

"Ada di bilik guru" jawab aku dengan tenang.

" Jauh tak bilik guru tu?" tanya si pegawai PPD lagi.

" Jauh la juga.." jawab aku dengan slamber badak berendamnya (yer la, kena turun tingkat 4, lepas tu kena naik tingkat dua bangunan lain pulak, lepas tu kena naik kelas di tingkat 4 balik.)

Kebetulan ada budak-budak pi toilet lalu dekat situ dan aku pun meminta mereka tolong ambilkan fail aku. Dan seharusnya lah menunjukkan semua evidence yang dikehendaki oleh beliau.

Dan mengajar lah aku dengan penuh berdedikasi..kahkahkah (sila ketawa dengan laju-laju). 20 minit jugak la beliau dalam kelas aku.

Hari ni, yang aku rasa lawak yang tidak terhingga sebab budak-budak kelasku sangat-sangat pandai berlakon, aku tanya soalan, diorang jawab. Walaupun tak betul. Dan paling aku rasa berterima kasih sangat. Mereka ni pulun-pulun angkat tangan nak tanya soalan dan jawab soalan. Nanti cikgu belanja hampa cekedi na.. :)

Waktu rehat, haruslah ada mesyuarat tergempar. Yela, dah orang PPD datang tergempar.

Puan PK Petang memberi ucapan :


"Saya pun terkejut sebenarnya bila orang PPD datang. Saya tak dimaklumkan kedatangan beliau. Tapi saya berterima kasih kepada Cikgu Rossnie sebab telah menyelamatkan keadaan. Pegawai PPD, telah masuk ke dalam kelas cikgu Rossnie dan komen beliau, baik. Tahniah!! P&P berjalan dengan lancar. Kelas dapat dikawal dengan baik. persiapan cukup dan pegawai PPD tu cakap, cikgu Rossnie ni mesti baru grade sebab penulisan dan flow P&P dia teratur macam masa praktikal."


Kahkahkah...ayat last tu yang tak tertahan nak mendengarnya. Kalau dalam keadaan cuak. Semua benda yang tidak terduga terjadi. Dan ofkoslah bernada baku dan skema pada masa tu..hahaha (sangat lawak)

Masa keluar bilik mesyuarat, semua cikgu ucap TAHNIAH!! (ok, sila kembang doploh mangkuk sekejap..hehe)

Sepatutnya, ada sorang cikgu yang bakal berpencen dipantau oleh beliau. Tapi, tetiba beralih arah kepada aku. nak kata aku baru, ada lagi 3, 4 orang cikgu baru fresh graduate di situ. Kenapa orang PPD pilih cikgu Rossnie. dan jawapan dari kawan-kawan sekerja yang lain

"Rossnie, cikgu paling muda"
"Seri wajah nak kawen"
"Rossnie kan manis, orang PPD tu tertawan la"
"Rossnie lebih energy dari kami semua"
"Tergoda tengok perwatakan Rossnie yang manja dan ayu"


dan sorang cikgu laki ni cakap,

"Ada dua sebab kenapa orang PPD tu nak pantau awak, satu sebab memang dia nak pantau P&P untuk buat laporan dan satu lagi, dia pantau untuk buat isteri kedua" <----ayat paling hampeh..hahaha

Semua persoalan di atas adalah salah sebab aku rasa, dia naik tingkat 4, lepas tu dah tak larat nak jalan, dia datanglah berehat dekat kelas aku masa tu..aci tak kalau jawapan macam ni?? boleh masuk akal kan, yer dak???


=====================================================================
Hari Sabtu ni bersekolah ganti. dan ada Majlis Sambutan Maulidul Rasul. sekali lagi aku ditugaskan menjadi EMCEEEEE...



Ketika menjadi Master of Ceremony masa hari pertama  persekolahan tahun 2012. Nampak tak jejaka yang sedang duduk tu, itu adalah cikgu saya masa di SMKY dulu.  Pelajar-pelajar ni sedang memperagakan pakaian uniforn yang wajib dipakai pada setiap Hari Selasa


























Panjang lebar entry aku hari ni. ahakzz..lepas ni nak merajinkan diri cerita pasai bride-to-be pula la. Rasa nak private kan blog ni sebab "Hamba Allah" yang tidak sepatutnya membaca datang menterjah. Silalah meninggalkan kisah lama tersebut supaya kehidupan menjadi Kedah Darul Aman dan Pahang Darul Makmur..tehheeee






Wednesday, February 1, 2012

Wordless Wednesday: Love The Colours


Teaser #1 :Love-love-love the colors

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails