*tetap dan berpencen as AJK backdrop dan pentas..aiyooo
Saturday, April 21, 2012
Friday, April 6, 2012
Tip Perancangan Perkahwinan
16 - 11 bulan sebelum
- Berbincang dengan tunang serta keluarga kedua-dua pihak berkenaan tarikh dan waktu nikah
- Mulakan dengan mengabdikan satu fail khusus untuk perkahwinan anda
- Ambil inisiatif untuk menyingkap helaian majalah-majalah bersifat gaya hidup, fesyen, reka bentuk dan makanan untuk dijadikan rujukan inspirasi
- Mengatur bajet yang diperlukan sama ada rendah, sederhana atau mewah
- Jika anda rasa ada keperluan, cater perancang perkahwinan atau wedding planner untuk mengendalikan majlis perkahwinan anda dari A-Z
- Mengkaji dengan teliti tentang lokasi majlis sama ada akan berlansung di hotel, dewan atau rumah
- Menetapkan tarikh nikah, kahwin dan bertandang seperti yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak dan lokasi yang diidam-idamkan
- Mengikuti kursus kahwin bersama pasangan
- Mengintai-intai pakaian perkahwinan dambaan hati
- Membeli-belah barangan hantaran seperti sepatu, tas tangan, minyak wangi, baju, gadjet dan lain-lain sebagai tanda cinta.
10 bulan sebelum
- Mulakan dengan menyenarai pendekkan senarai tetamu. Peka terhadap kos? RSVP akan dapat menyusutkan kos yang berlebihan
- Merancang kenduri yang perlu dihidangkan kepada tetamu sama ada berhidang atau jamuan berselerak
- Membuat kajian tentang jurugambar, pembekal bunga, dan katering. Simpan data-data tersebut di dalam fail perkahwinan
- Memilih pengapit dari kalangan rakan karib atau saudara mara
- Merancang warna tema untuk keseluruhan majlis perkahwinan agar tampak terurus
9 - 8 bulan sebelum
- Menempah lokasi dan tarikh majlis (khusus untuk penyewaan dewan dan hotel)
- Menetapkan jumlah tetamu yang bakal hadir
- Pilih katering atau masak sendiri? Perkara ini perlu dilakukan lebih awal untuk mengelakkan sebarang kesulitan yang tidak diingini
- Pilih jurugambar dan juruvideo
7 bulan sebelum
- Sewa busana pengantin dan aksesori pilihan hati. Anda perlu uruskan masa untuk lakukan setidak-tidaknya 3 kali fitting. Veil atau selendang juga perlu sedondon dengan rona baju.
- Menentukan dan menyewa pakaian untuk semua pengiring pengantin
- Memilih jurusolek
- Pilihan florist atau pembekal bunga.
6 bulan sebelum
- Mulai menempah kad perkahwinan
- Menghubungi kadi dan pejabat agama Islam
- Menjalani saringan ujian darah/HIV
5 bulan sebelum
- Menyelesaikan segala urusan persandingan (membayar deposit umpamanya)
- Pilih dan tentukan semua kelengkapan perkahwinan (undangan, kek pengentin, bunga tangan, perhiasan diri dan sebagainya)
- Menempah cenderahati untuk tetamu atau buat sendiri
4 bulan sebelum
- Pilih sebentuk cincin kahwin bukti ketulusan cinta anda dan pasangan
- Menyiapkan gubahan hantaran (sama ada membuat sendiri atau menempah)
3 bulan sebelum
- Memastikan kelengkapan PA sistem lengkap seperti amcee, iringan lagu dan sebagainya
- Mengaturkan penginapan hotel atau vila bagi saudara mara dan rakan terdekat yang datang dari jauh
- Bersama bakal pasangan menyedang busana agar tampil anggun di hari bersejarah
- Hadir ke sesi cubaan menu (jika anda mengadakan majlis tersebut di hotel atau dewan)
- Berbincang dengan jurugambar tentang konsep gambar yang diingini dan lokasi-lokasi yang terlibat
- Menulis dan mengutuskan kad perkahwinan kepada para tetamu. Hadkan tempoh untuk RSVP dalam lingkungan masa 3 minggu
Sebulan sebelum
- Melakukan rawatan spa sebelum menjelangnya hari bahagia (mandi bunga, mandi susu, sauna, lulur kopi dan sebagainya)
- Pastikan cincin dalam ukuran yang betul
- Pastikan segala tempahan pelamin, jurusolek, tiket kapal terbang, bilik dan keperluan perkahwinan barjalan lancar.
- Pastikan aksesori yang akan anda ingin kenakan pada hari tersebut sudah tersedia seperti barang kemas, layah, tiara dan sepatu
- Pilih lagu iringan atau DJ yang akan menyerikan majlis anda. Pilih orang yang dipercayai untuk menjaga muzik
- Langsaikan sebanyak mana pembayaran yang mungkin
- Tetapkan waktu untuk rambut dan solekan serta masa untuk perkhi dmatan-perkhidmatan yang lain
3 minggu sebelum Majlis Berlangsung
- Bertemu dengan urusetia agar segala perancangan berjalan dengan lancar
- Ambil busana dan perhiasan yang ditempah untuk majlis anda
Seminggu Sebelum
- Meneliti perancangan yang telah dilakukan dan makluman urus setia jika terdapat sebarang perubahan
- Menyelesaikan semua urusan kerja sebelum bercuti untuk menghindari dari tekanan perasaan
- Hindari konflik dan cuba untuk tenangkan hati
Di Hari Bahagia
- Pastikan mengisi perut terlebih dahulu agar tidak kelaparan
- Mandi agar kelihatan segar sepanjang hari anda
- Berdandan molek, senyum dan berdoalah agar segala perancangan berjalan dengan sebaik mungkin
- Bersiap sedia untuk percutian bulan madu anda.
Sumber: encik google |
Dipetik dari Majalah Nona (April 2012)
Labels:
info,
kahwin,
perancangan perkahwinan,
tip,
wedding's preparation,
weddingku
Subscribe to:
Posts (Atom)