Monday, January 9, 2012

Mereka sangat kreatif

Entry pertama di tahun 2012..fuhhh..sungguh terasa kuno gila..kan..kan

Mari bercerita tentang hari ini. Moga-moga, sudah tua kelak tersenyum kembali melihat stok-stok entry lama yang boleh bikin warga tua ini tersenyum. Tatkala itu berkata kepada si cucu,

"inilah zaman nenek dahulu..."
(insyaallah kalau dipanjangkan umur)

Bertanya cikgu kepada anak-anak pelajarnya:

" Binaan plot terdiri daripada bahagian pengenalan, pertengahan dan pengakhiran. Baik kelas, cuba kamu fikirkan, apa akan terjadi dalam sesuatu drama jika ada awal dan pertengahan sahaja.."

Pelajar 1 : drama tu akan bersambung cikgu
Pelajar 2 : orang mesti akan menyumpah-nyumpah drama tu sebab tak habis
Pelajar 3 : drama tu mesti tak laku
Pelajar 4 : drama tu mesti ada bahagian II, cikgu
Pelajar 5 : Pengarah drama tu mesti tak tau nak sambung apa dah
Pelajar 6 : tengok di youtube, mesti ada sambungan
Pelajar 7 : drama tu memang ada awal dan pertengahan saja sebab dia suruh pikir sendiri apa akan jadi akhir cerita tu

dan jawapan ni aku rasa nak gelak gila-gila

Pelajar 8 : masa nak tayang dekat TV3, tiba-tiba VCD tu rosak, mesti VCD cetak rompak. lepas tu siaran tergendala. takde la sambungan dia. Jadi, cuma ada mula dengan pertengahan je la. Mungkin minggu depan TV3 akan tayang balik la drama tu..

Cikgu geleng-geleng kepala sambil berkata,

"Jawapan kamu semua bagi memang kreatif betul...!!!"


Mereka membuatkan saya tersenyum. Pelajar kelas yang paling TERbelakang mempunyai idea yang kreatif. Bagus, walaupun anda tidak tahu membaca, tidak tahu menulis dengan betul dan tidak banyak benda yang dapat diserap semasa cikgu mengajar tetapi anda semua berjaya menggunakan otak anda untuk berfikir kemungkinan apa yang terjadi.


gambar yang tiada kena mengena dengan tajuk dan sekadar hiasan semata-mata..hahaha


.

3 comments:

mOOn said...

gambar kad kawen ke kak?? nyum nyum.. santek.. hihi

izyantyPersonalTaste said...

gambar tu cantik...suka2 :)

Hanim Irsyad said...

haha. murid-2 yg sgt kreatif..

gambar tuw sweet laa :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails