Thursday, December 8, 2011

Sudah Tamat

Assalamualaikum..

Rasanya nak start berblog secara serius kembali. *Rasa jer la yer*
Sudah agak bersawang rumah saya ni kan. dasar pemalas cenggini la kan. Everyday masuk blog, lepastu tengok&usha update from blogger yang saya follow. tu jer.. tak terasa gatai tangan nak mengupdate blog sendiri pun.

Ok. sekarang ni saya mula addicted pada blog BRIDE-TO-BE..excited baca review, story and DIY yang diorang buat. So, nanti di side kanan blog saya ni akan ada la MENU baru B2B..,

Hari ni, hari last i jaga exam. hoyeeayy..tak terasa bosan la plak jaga exam ni. (ye kerrrr????) Nasib saya bahek hati ganti orang kan. Last paper hari ni adalah subjek GEOGRAFI 1. Masa: 1 jam 15 minit. Jawab 40 soalan objektif. Dalam masa setengah jam, half of the hall dah kosong. 30 minit kemudian, hall tinggal 7 orang dari 44 orang pelajar. 7 orang ni sebenarnya dah habis menjawab pun tapi saja jer taknak keluar sebab nak tunggu ambil kertas soalan. Yela, kalau keluar awal, tak boleh bawa keluar kertas soalan sekali.

Tadi ada seorang budak nakai-comey nak keluar awal dari dewan peperiksaan. dia nak bawa sekali kertas soalan peperiksaan dia.

saya      : eh, nak keluar, kena tinggalkan kertas soalan
pelajar  : ye ke, xpe la. tak jadi keluar.
saya       : kenapa pula?
pelajar  : ingat nak ambil kertas soalan nak check di rumah
saya       : ala, bukan boleh buat pembetulan pun
pelajar   : uihhh, cikgu taktau. saya di rumah 7 bulan nanti takdak keja nak buat. boleh la saya check jawapan. At least, saya boleh aim la saya dapat berapa geografi. Lepas tu, boleh la memikirkan masa depan saya.
saya       : ha, yela tu. dah tu. tunggu la lagi 30minit baru keluar

15 minit kemudian

pelajar   : bosan la cikgu duk dalam dewan ni. saya keluar la cikgu. lepas habis exam, saya mai ambil kertas soalan saya yer
saya       : Yela, giat tekun betul la budak ni

Sungguh kelakar budak ni. Nasib dia comey :P

Bila dah habis peperiksaan, pelajar mulalah rasa MERDEKA!!! Macam-macam karenah diorang ni. Dan semestinya ada yang bawa bunga api dan mercun nak meraikan kemerdekaan mereka sebagai pelajar yang beruniform sekolah. Macam-macam ragam betul. Teringat pula kenangan waktu sekolah dulu..huhu :P

Untuk Tahun 2012, ada 2 benda penting yang guru-guru akan tengok iaitu:

Jadual pembayaran gaji tahun 2012

Takwim persekolahan sesi 2012




Dan, esok akan BERCUTI. Destinasi = key el..



p/s: next entry..nak update wedding kengkawan yang saya attend. :)



2 comments:

mOOn said...

comey sungguh sume student2 kamu nie kan.. haha..

Rossnie said...

hehe..ni students sek yg sy jaga exam..mmg comey..muka dia pun jambu air..kihkihkih

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails