Sunday, June 19, 2011

Chocolate untuk Chenta Hati


Hari Khamis lepas, sekolah i ada sukantara waktu pagi, so petang tu ada la masa sikit. Semenjak i sekolah petang ni, memang susah la nak lelapkan mata waktu petang. Dah jadi biological clock kut. Puas dah guling-guling atas katil, dengar lagu yang menyiurkan, tapi langsung mata i tak tergoda untuk lelap. Then, i ambil keputusan merajinkan diri buat chocholate. Memandangkan i ada sedikit masa ditambah dengan sedikit kerajinan, i bersemangat membuat chocolate untuk enchik tunang i. For our anniversary. Kononnya la ek. He :)

Habis i godek-godek sorang-sorang di dapur, akhirnya i berjaya juga siapkan HOMEMADE CHOCHOLATE ni.


~ TADAAA ~





Cantik tak??cantik tak?? Sila kata cantik, kalau tak i merajuk..teehee~

Actually, choc ni manis sikit la. Bagi sapa yang ada diabetis tu memang tak digalakkan makan. Kalau i tak letak badam kat tengah-tengah tu nescaya kemanisan dia melampau-lampau. i buat perisa blueberry dan white choc. white choc tu yang manisss tu. Memandangkan i takde word's mold, so takdela words..he




p/s: Dis week nak pergi buat pre-wedding photoshoot d Putrajaya n Shah Alam..yezzzaaa~

Sunday, June 12, 2011

Bertanya dan terus bertanya


Korang pernah tak mengalami situasi ni??persoalan yang seringkali ditanya


Masa single.....



Dah berpasangan...



Dah kawen
...



Dah mengandung...





Dah bersalin..(pantang pun belum habis lagi)




seterusnya..dan seterusnya..serta seterusnya..seterusnya lagi....

Conclusionnya..orang akan terus bertanya dan tanya dan tanya dan tanya lagi..eh, semua orang peramah apa. tu yang rajin bertanya tu. hehe.. inilah lumrah manusia...

Jadi, kita hendaklah sentiasa bersedia dengan jawapan yang boleh kasi gugup jantung orang bertanya tu (kasi gegaqqqq). jawab jer la apa nak dijawab asalkan ada jawapan. ye dak??


p/s: apsal lak rajin bebenor aku malam ni duk main lukis-lukis ni. keja bertimbun-timbunan..huahua..

Thursday, June 9, 2011

Budak-budak zaman sekarang


Ini cerita pagi tadi..

Sedang aku membusykan diri menyidai baju yang berlambakan di ampaian, datang dua orang budak berbasikal.nak ngorat kut.hehe..takde la. budak-budak tu memang suka berbasikal keliling kampung. Budak-budak ni dalam lingkungan 6 tahun macam tu la. Baru tadika..


Si Budak A: DIK NI (panggilan aku di rumah) dah kawen kan {beritahu dia kepada kawan dia}
Aku : hanya tersenyum melihat gelagat mereka
Si Budak B: Yela, dia dah kawen kelmarin
Si Budak A: Lepas dia kawen mesti dia BEROMEN kan..(sambil gelak-gelak)
Si Budak B: Yela..mestila dia beromen-romen..cium-cium..tuttttttt


Mereka mengulang ayat yang sama berulang kali. Seperti seorang dewasa yang tahu segala-galanya..

Fuh..berdesing aku dengar tapi aku buat taktau jer. Malas nak layan. Silap hari bulan, ketul batu aku kena. Ingat lagi, masa aku tengah sapu sampah di luar rumah, tak semena-mena, aku dibaling batu besar. Hangin la juga aku masa tu. Nasib la mak aku tolong back up.

Aku pun tak tahu kenapa dan salah siapa sebenarnya..aku terfikir juga, macam mana la budak-budak ni tahu dengan mendalam sangat ni. Mereka pernah melihat atau mendengar semua benda-benda lucah sebegini rupa. Aku pun tak tahu. Selalunya orang belajar dari pengalaman. Kalau dia mendengar dan melihat, dia akan tahu segala-galanya. Sebab itulah TELINGA, MATA dan MULUT ini perlu dijaga sebaik-baiknya.

Masa aku umur sebaya mereka ni memang tak tahu apa-apa la. Macam innocent gila. Aku pelik la juga, budak-budak ni belajar di sekolah macam tu ka??setahu aku, kalau setakat tadika, takdela masuk bab-bab macam tu lagi. Sekolah rendah pun maybe ustazah ada cerita berkenaan haid. Itu pun masih blur2 lagi..

Budak-budak zaman sekarang, banyak yang mereka tahu. Harap-harap boleh la jadi saintis besar nanti sebab banyak mengkaji kan...hikhik


p/s: sedang menyambung entry e-day :)


Tuesday, June 7, 2011

Ikatan Cinta


Alhamdulillah, syukur. majlis 5 Jun 2011 berjalan dengan lancar. Terima kasih yang tidak terhingga kepada mak, ayah, kakak, abang, adik, sedara-mara, rakan-rakan, jiran-jiran dan orang-orang yang telah menjayakan majlis pertunanganku.

Saya dengan rasminya sudah bergelar cik tunang kepada my luvely encik tunang, Mohd Hafize b Kassim..

Kenapa pilih 5 Jun?? sebabnya 6 Jun is our ____ anniversary..

Pesanan encik tunang:
@ lepas ni taknak gaduh-gaduh dan majuk kuat sangat tau {*hoyeayyy..itukan warna-warni kehidupan..ceq terharu la}
@ jangan gelak kuat-kuat tau {i tak boleh ubah.it's spontaneous la tp i can control la..cup2..i sopan santun what.hehehe (ketawa tutup mulut)}
@ must belief and respect each other {i WILL do that!!}
@ jangan tanggalkan cincin tunang u tu {tapi kan..i takut batu dia tercalar. cik tunang u kan ganas. hehe (ketawa tutup mulut lagi)..bahekla..i akan jaga elok-elok}
@ SAYA SAYANG AWAK HINGGA AKHIR HAYAT (uwaaa..i sedang nangis. perasaan after tunang lain wwooo dari masa kapel. bagi i la)





p/s: nanti i sambung cerita my e-day yer :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails