Thursday, April 7, 2011

Libas Rotan Laju-laju..Ngeri weeeiiii

Hari ni masuk kelas semua students diam je. Pen jatuh pun leh dengar dengan jelas...semua kecut perut gara-gara mendengar libasan rotan selaju 100m/minit oleh tuan pengetua. Fuh, macam rasa di pusat serenti jer..

Tuan Pengetua saya sangat la tegas. Tapi sangat profesional.

Hari ini ada beberapa orang pelajar ditangkap sebab ponteng sekolah. Selepas intipan dibuat oleh guru disiplin yang gila kentang punya garang (suara tak payah pakai mikrofon) dan dengan menggunakan teknologi yang ada. Merakam gerak geri budak-budak di tengah hutan semak samun..

Pelajar: "Cikgu, saya tak ponteng, sumpah cikgu"

Guru Disiplin: "Ni sapa ni dalam video?? hantu kamu bela ka??"

Pelajar terdiam. Kan dah terkantoi. berani pulak main sumpah-sumpah kan. sendiri dapat malu.


Pengetua sangat-sangat bengang. Terus call parents budak minta kebenaran nak rotan. Kalau nak bukti terang bederang ada kut.

Tadi semua budak kena rotan 4x. Siap letak mikrofon boleh dengar satu sekolah..fuhhh..mencacak bulu roma dengar..berdesing telinga. ketaq lutut weii..lepas tu dengar budak mengerang sakit...hokey, ini adalah balasan dunia, belum balasan akhirat. bertaubatlah wahai pelajar-pelajarku..

Dalam banyak-banyak budak yang ponteng tu ada sorang budak kelas aku yang involve sekali. Budak pompuan okey. Dipercayai tengah main raba-raba. Apa kejadahnya permainan tu??

Hokalohh..kalu nak meraba-raba pun pergi la hotel ke rumah tumpangan ke. Ni meraba-raba di semak samun. nampak sangat low-class kan. Kalau tengah ko stim tu tetiba ular sawa datang belit. tak ke naya. cari la tempat yang selamat skit. Kalau tak bernasib baik pun, kena cekup dengan orang JAIK..ni kalau dalam hutan tu, silap hari bulan jumpa rangka jerr..nauzubillah..

Ya Allah, apa nak jadi dengan budak-budak sekarang. Bagitau dekat parents pergi sekolah, last-last buat sekolah sendiri dalam hutan semak samun..


Jadilah orang baik, sehingga orang-orang yang belum mengenal kebaikan akan mengenal kebaikan dengan mengenal Anda


Smart people learn from their own mistakes. Smarter people learn from the mistakes of others. A Champion is someone who always try to get up even when he/she can’t




3 comments:

LALABIELA said...

cikgu3.. kenal saya x?? hehe

sapa pengetua baru??
cam garang jerr

Rossnie said...

student f6/2011 smktp kan..hehe
cikgu dh tukar sek la..:0

LALABIELA said...

f6 2010 laa..
uihhhh.. btoi gak no..hehe..lupa la..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails