Wednesday, January 5, 2011

Pengalaman itu Mendewasakan kita

~salam~

You gain strength, courage, and confidence by every experience in which you really stop to look fear in the face. You are able to say to yourself, 'I lived through this horror. I can take the next thing that comes along.'


Pengalaman mendewasakan kita, betul ke? kalau takde pengalaman, maksudnya kita tidak dewasa ker? Bagi aku, pengalaman mengajar kita erti sebuah kehidupan. Jatuh bangunnya seseorang itu adalah berdasarkan pengalaman di masa lalu. (tetiba memberikan pendahuluan yang mantop selepas bergelar cikgu Bahasa Melayu)

Baru empat hari di sekolah, beban kerja dah semakin bertambah. Baru sahaja mendapat tugasan menjadi guru kelas belakang. kelas paling hujung, hokey. Sebelum ni di sekolah lama pernah pegang kelas kedua dari belakang. Dah nama kelas yang terbelakang, of course la budak-budak dia yang banyak masalah. Nasibla di sekolah baru ni, pelajar kelas belakang 20 orang. 20 orang sudah cukup memeningkan kepala. Macam-macam masalah yang timbul. Masalah yang paling ketara of course la masalah ponteng kelas. Mereka ni mungkin datang ke sekolah atas tiket ibu bapa yang suruh ataupun nak dapatkan wang saku untuk perbelanjaan harian. Tapi tak semua macam tu la. Ada yang betul-betul nak belajar tapi diorang lambat nak menguasai sesuatu subjek.

Semalam pertama kali masuk kelas yang paling belakang, dah cukup memeningkan aku. Bercakap dengan suara yang tegas dan lantang. Ada juga manusia yang tak faham bahasa. Akibat tidak dapat mengawal, mulalah angkat kerusi, baling pemadam (gila ganas aku kan..hehe). Tak berani aku buat anak orang, tak pasal-pasal kena saman. Berpatutan la. menggunakan kata-kata yang boleh mengawal keadaan. Alhamdulillah, buat masa ni diorang hormat aku lagi.

Di sekolah ni, setiap hari mesti timbul isu perkauman. Selalu sangat bergaduh antara kaum. Setiap hari juga la budak-budak ni kena pelempang dengan cikgu disiplin. Gila ganas cikgu disiplin sekolah aku. Kalau dalam dewan budak-budak tengah bising, suara dia yang tidak bermikrofon boleh menggegarkan bangunan sekolah kut. Boleh melawan suara budak-budak yang 100+ tu. Kuat dan nyaring gila. Kalau aku jadi student la, komfem terkencing la bila dia tengking. Adik aku yang datang tengok sekejap dah kata sekolah aku tu macam sekolah tentera. Betul jugak la. Kena mengikut arahan. Budak-budak ni tak boleh sangat bagi muka, nanti naik minyak kelapa lak..

Hari ni balik umah koh..koh (batuk ketuaan). penat woo guna volume maksimum..tambah-tambah ajar bahasa melayu yang memerlukan banyak penerangan. Hari ini berjaya menyepak kerusi selaju 50/saat (hahaha..dongeng)..kalah torres kut weii..lepas tu, budak-budak kelas senyap sampai habis masa..Cikgu yang lalu sebelah kelas terkejut. kelas senyap semacam jer. masuk bilik guru kena tegur, nampak jer lembut. ganas juga yer. Tahun depan jadi cikgu disiplin yer..wakakaka..Pengalaman setahun mengajar mendewasakan aku kut. budak-budak ni tak boleh bagi muka sangat. kena tunjuk kita ni tegas dengan diorang dari mula-mula. Lepas tu pandai-pandaila main peranan kan. Kalau ko masam muka, garang cam singa pun tak baik untuk kesihatan jugak kan. so, biarlah budak tu respek kita. bagi pendapat aku laa..lain orang lain caranya kan. tapi aku memang ganas. ganas-ganas bertempat la. tapi luaran ayu kut..haha



berjaya membuat muka ganas..yes!!!..

6 comments:

mOOn said...

wahhh.. good2.. macam mak su i cerita. teptiap ari india dan melayu akan begaduh.. hurmm.. bila la nak baek.. haishh..

Aizuddin Hanis said...

selamat malam cikgu..(dengan nada macam cite upin dan ipin)..garangnye...muka die..takut2x...hehehe...jgn lah wt muka mcm 2..wat muka senyum...muka ada senyum baru ah manis..nanti bersemut..huhuhu

sissyira said...

salam

pengalaman adalah guru terbaik untuk membaiki kesilapan.

iman said...

seperti k.ain menghandle kelas 3H je gayanya..ahahha..

wish u luck..

Rossnie said...

@mOOn : a'a..betui tuu..i pun tak tau..ada2 jer depa ni

@Aizuddin Hanis: kena buat muka bengis skit baru students takutt..peace!!

Rossnie said...

@sissyira: sokong dengan kata-kata anda :)

@iman: a'a la kak ain..agak memeningkan kepala

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails