Wednesday, January 26, 2011

Cerita Lawak Hari Ini



Sebelum cerita panjang, lebih baik senaman mulut. Balik rumah hari ini, lenguh pipi ketawa. Hari-hari yang pelbagai ragam. Bikin hidup penuh dengan warna-warni


SITUASI 1
Tadi masuk kelas aku. Kelas yang paling terbelakang. Students ada yang boleh baca. Ada yang masih merangkak. Aku pun check la buku rekod disiplin nak tengok budak-budak yang ponteng. Sekalinya mata aku terkesima dekat satu ayat ni dalam buku rekod tu


"A bukoi B tu hinga darah mai"

okey, korang paham tak? Dia nak bagitau:

"A pukul B sehingga berdarah"


(A dan B bukan nama sebenar)

Buat aku tersenyum lebar jer. Control gelak la..kang tak pasai-pasai budak-budak tu ingat aku gilak..haha.


SITUASI 2

Budak-budak kelas aku ni memang suka bercakap. Pantang aku stop bercakap, diorang pun mula la buka kedai kopi. Sampai dah tak larat nak larang. Kebetulan pula, kelas aku adalah masa yang terakhir. Aku pun cakap la kat diorang

"Kalau sapa bising, saya tahan kamu semua tak bagi balik. Sorang bising, satu kelas tak boleh balik"

Masa tu kelas senyap sunyi la..bunyi kipas angin jer dengar kut

Aku pun tanya la sorang budak depan aku,

"Mana kawan kamu ni, tak datang banyak hari"
Dia cuma menaikkan bahu tanda tak tahu.

"Kamu dah siap salin nota ke belum"
Dia menggelengkan kepala

"Kamu tau tak kawan kamu pergi mana? Kamu dah bayar buku PROBIM ker? Hari Khamis ni saya nak guna"
Dia masih mendiamkan diri tanpa berkata apa-apa

"Eh, saya tanya kamu, kenapa kamu tak jawab"

Last-last dia jawab,

"Dah tadi cikgu tak bagi cakap, saya pun tak cakap la. Nanti saya kena balik lambat pulak."

Ya Allah, lurus bendul la pulak budak-budak ni. Bagus-bagus. Sentiasa mengikut arahan..hahahaha~

Tu baru sikit. Macam-macam lagi la ragam budak-budak ni. Kadang-kadang buat aku tension, kadang-kadang buat aku senyum. Tapi aku suka telatah diorang ni. Memang menghiburkan. Nanti aku try upload karangan yang diorang buat..hehe..



p/s: enchik jodoh bersepek mata baru..miahahaha~

Monday, January 24, 2011

"Magic Pen" membantu saya

Jam menunjukkan pukul 2.30 pagi..apsal ko tak tidur lagi rossnie oi??
Saya sedang busy..keja sekolah bertimbun-timbun. Okey, tipu..pukul 12 baru nak start buat kerja. Dari tadi asyik online dan tengok tv. So anda menjadi seorang yang lalai..hehe

Sedang menjadi cikgu kalut-malut (bukan bukit malut mahupun mulut). Apabila diberi arahan menyiapkan buku kedatangan pelajar dan sistem maklumat murid dengan sekadar segera sebelum bercuti sekolah seminggu (tetiba ada senyuman di wajah kesayangan hamba) membuatkan kerja aku bertambah-tambah. Nasiblah aku rajinkan diri buat lesson plan. Dulu masa sekolah lama kena type dan print. Sekarang ni tulis tangan. Selain dapat menyenamankan tangan, boleh juga membanggakan diri dengan tulisan aku yang huduhhhh..aiyaaa..maluuuuu.

Berbalik kepada "magic pen".

Korang tau ke apa tu magic pen??kalau tak tau tolong rajinkan diri pi guna google translate.

Sebagai guru kelas yang selalu buat mistake tatkala menulis maklumat dalam buku kedatangan pelajar, adalah menjadi kewajipan beliau menggunakan "magic pen" (makk aihhh..ayat cikgu BM)

Untuk maklumat mereka-mereka yang tak tau, kalau nak tulis buku kedatangan ni tak boleh silap. Kalau silap juga, korang tak boleh guna liquid. Tak boleh guna pensel jugak nak tulis. So kalau korang salah nak buat macam mana? Gariskan tempat yang salah tu, then tanda tangan. Tapi bila dah bergaris-garis tu, ada lah corak-corak budak Tadika yang cantik kan. silappp..yang merosakkan pemandangan buku kedatangan tu. (bagi sesiapa yang tak kesah..tak payah la kesah. ada aku kesah??)

Jadinya, sebagai altenatif, aku beli la magic pen

tadaaaa~







ni la pen ajaib tu. Kalau silap, korang boleh padam guna pemadam dekat hujung belakang pen tu. menarik kan??apa lagi..pi la serbu kedai-kedai buku yang berhampiran..



Korang ingat senang ker nak tulis buku kedatangan ni. Siap ada peraturan lagi tu. Memandangkan aku malas nak taip, so tak payah la aku nak bagitau apa peraturannya. Kalau buku kedatangan ni hilang, boleh jadi kes makhamah dan cikgu kena denda. So, bagi cikgu-cikgu yang selalu membuat kesilapan dan bertulisan agak kurang menarik macam haku, bolehlah p serbu kedai buku dan cari ERASABLE PEN

Monday, January 10, 2011

Keterlanjuran di Ladang Kelapa Sawit

Entry yang cepat lagi pantas lagi simple. Okey, hari ini saya sangat-sangat-sangat dan sangat letih. Pergi sekolah pukul 7 pagi, sampai rumah pukul 7 malam. sempat lagi tu mengupdate blog. Pagi tadi di sekolah ada latihan merentas desa, latihan hokey..bukan pertandingan. Punya la jauh dan adventure gila jalan dia. Untuk berlaku adil, cikgu kena mengiringi pelajar merentas desa sejauh 8 km. Jauh tu wei..tercabut lutut guweee..

Jalan dia mak aihh..adventure siotttt. dari berjalan di tepi jalan raya yang penuh sesak, masuk ke kawasan bukit, pastu masuk ladang kelapa sawit, masuk taman, masuk kampung, masuk terowong, masuk padang jarak padang terkukur..aku rasa masa tu macam nak merangkak jer. Tapi malu pulak la dekat budak-budak sekolah aku. Tak pasai-pasai kena boo00000ooo kan..hahaha

Aku antara cikgu yang pertama dari belakang. sila paksa diri tepuk tangan, sekarang jugakk!! Aku saja jer jalan lenggang-lenggang kangkung ala-ala gadis melayu terakhir. Sambil-sambil jalan boleh tengok ladang kelapa sawit yang terbentang luas..fuhhh..nikmat tuu..(ayat keterpaksaan). Sempat lagi duk menyembang dengan kawan aku. Jangan salah paham. Kami bukan tak mau jalan laju-laju, nanti sapa yang nak pantau budak-budak yang terbelakang kan. Cikgu yang bahekk hati ni jugak kan. Sebenarnya ada lagi cikgu yang terbelakang. jeng..jeng..jeng..PK Petang merangkap cikgu aku waktu sekolah menengah dulu..hahaha..takpa cikgu mat jo, anda boleh mengurangkan berat sebanyak 5kg. sudah pasti anda akan kelihatan muda..teehee~

Petangnya pula kena pegi sekolah. sesi P&P..gila la..awal-awal kelas dah kena panjat tingkat 4. Lemah lutut wei. Nasibla budak-budak hari ni tak buat hal. Aku masuk kelas jer terus ada gelombang sopan santun..miahahaha..saya bangga dilabel cikgu GARANG..aku mula suka mengajar Bahasa Malaysia la. Serius la, sejak aku ajar BM ni, aku semakin peramah..hahaha..tipuuu!!paling aku suka, masa aku dongeng kat budak-budak tu depa dengar, tenganga jer..cikgu jadual waktu, saya tak nak tukar jadual saya la..*tetiba

Tadi kata simple dan pantas kan. Macam tipu jer. Biasa laa, cikgu BM..(Bukan lagi cikgu Matematik) mestilah banyak membebel. Teringat aku masa naik feri nak balik langkawi dulu. Ada pakcik ni tanya aku, mengajar apa, lepas tu dia yang teka, mesti ajar Matematik kan. Aku pun tanyala, macam mana tau. Dia cakapla, cikgu Matematik memang senyap, tak banyak cakap. Cikgu BM dan sejarah yang banyak cakap. suka membebel...ehh..macam betul pulak..

Okey, aku nak makan makanan yang lazat buatan puan emak. keja cekolah dah selesai. Kenapa saya sangat rajin buat RPH dan marking buku yer? sebab saya ada adik yang tolong saya.miahahaha..si kakak yang rajin membuli. Bahek untuk kesihatan. Apa kena mengena cerita aku dengan tajuk entry?? LU pikir la sendiri!!!


p/s: ada tak sapa-sapa nak tolong urut kaki i. dah rasa urat-urat terbelit jer ni

Wednesday, January 5, 2011

Pengalaman itu Mendewasakan kita

~salam~

You gain strength, courage, and confidence by every experience in which you really stop to look fear in the face. You are able to say to yourself, 'I lived through this horror. I can take the next thing that comes along.'


Pengalaman mendewasakan kita, betul ke? kalau takde pengalaman, maksudnya kita tidak dewasa ker? Bagi aku, pengalaman mengajar kita erti sebuah kehidupan. Jatuh bangunnya seseorang itu adalah berdasarkan pengalaman di masa lalu. (tetiba memberikan pendahuluan yang mantop selepas bergelar cikgu Bahasa Melayu)

Baru empat hari di sekolah, beban kerja dah semakin bertambah. Baru sahaja mendapat tugasan menjadi guru kelas belakang. kelas paling hujung, hokey. Sebelum ni di sekolah lama pernah pegang kelas kedua dari belakang. Dah nama kelas yang terbelakang, of course la budak-budak dia yang banyak masalah. Nasibla di sekolah baru ni, pelajar kelas belakang 20 orang. 20 orang sudah cukup memeningkan kepala. Macam-macam masalah yang timbul. Masalah yang paling ketara of course la masalah ponteng kelas. Mereka ni mungkin datang ke sekolah atas tiket ibu bapa yang suruh ataupun nak dapatkan wang saku untuk perbelanjaan harian. Tapi tak semua macam tu la. Ada yang betul-betul nak belajar tapi diorang lambat nak menguasai sesuatu subjek.

Semalam pertama kali masuk kelas yang paling belakang, dah cukup memeningkan aku. Bercakap dengan suara yang tegas dan lantang. Ada juga manusia yang tak faham bahasa. Akibat tidak dapat mengawal, mulalah angkat kerusi, baling pemadam (gila ganas aku kan..hehe). Tak berani aku buat anak orang, tak pasal-pasal kena saman. Berpatutan la. menggunakan kata-kata yang boleh mengawal keadaan. Alhamdulillah, buat masa ni diorang hormat aku lagi.

Di sekolah ni, setiap hari mesti timbul isu perkauman. Selalu sangat bergaduh antara kaum. Setiap hari juga la budak-budak ni kena pelempang dengan cikgu disiplin. Gila ganas cikgu disiplin sekolah aku. Kalau dalam dewan budak-budak tengah bising, suara dia yang tidak bermikrofon boleh menggegarkan bangunan sekolah kut. Boleh melawan suara budak-budak yang 100+ tu. Kuat dan nyaring gila. Kalau aku jadi student la, komfem terkencing la bila dia tengking. Adik aku yang datang tengok sekejap dah kata sekolah aku tu macam sekolah tentera. Betul jugak la. Kena mengikut arahan. Budak-budak ni tak boleh sangat bagi muka, nanti naik minyak kelapa lak..

Hari ni balik umah koh..koh (batuk ketuaan). penat woo guna volume maksimum..tambah-tambah ajar bahasa melayu yang memerlukan banyak penerangan. Hari ini berjaya menyepak kerusi selaju 50/saat (hahaha..dongeng)..kalah torres kut weii..lepas tu, budak-budak kelas senyap sampai habis masa..Cikgu yang lalu sebelah kelas terkejut. kelas senyap semacam jer. masuk bilik guru kena tegur, nampak jer lembut. ganas juga yer. Tahun depan jadi cikgu disiplin yer..wakakaka..Pengalaman setahun mengajar mendewasakan aku kut. budak-budak ni tak boleh bagi muka sangat. kena tunjuk kita ni tegas dengan diorang dari mula-mula. Lepas tu pandai-pandaila main peranan kan. Kalau ko masam muka, garang cam singa pun tak baik untuk kesihatan jugak kan. so, biarlah budak tu respek kita. bagi pendapat aku laa..lain orang lain caranya kan. tapi aku memang ganas. ganas-ganas bertempat la. tapi luaran ayu kut..haha



berjaya membuat muka ganas..yes!!!..

Monday, January 3, 2011

Hari Pertama di sekolah baru


Hari ni hari pertama aku di sekolah baru..macam-macam karenah, macam-macam ragam students yang ada. Mula-mula masuk sekolah, pergi mencari guru kanan bahasa. yela aku kan kena mengajar bahasa melayu. Jauh gila dari opsyen aku, Matematik. Alhamdulillah, cikgu sini banyak juga bagi tunjuk ajar. Tadi masa di bilik guru kanan, ada cikgu nama TEH..hehe..tetiba teringat dekat pengetua sekolah lama aku. Cikgu tu pakai nametag besaq gedabakk..dari jauh dah nampak TEH..orang pertama aku cam masa mesyuarat guru, cikgu TEH tu la.. lepas tu aku bagitau encik jodoh, ada cikgu cina pakai nametag besaq gedabak, dia gelak-gelak, dia cakap, cikgu yang skema, tak berapa betul tu selalunya cikgu matematik dan fizik. hampagassss betul la. tu opsyen aku la. tapi sekarang dah jadi cikgu bahasa melayu..hahaha..

Hari ni agak kelam kabut, yela, hari pertama sekolah. Banyak benda pasal sekolah tu aku tak tau. Dah tu kena mengajar sesi petang. Sebelum ni aku mengajar pagi, so terpaksa la mengubah habit aku yang suka mentemokkan pipi..Awal-awal kelas dah kena panjat tingkat empat. makkk aihhh..dah la kekurusan, makin slim river la lepas ni

Masa masuk kelas tadi, aku just kenalkan diri dan memberi penerangan pasal subjek Bahasa Melayu ni. ayat macam terrer gila kan. Aku memang tak bagi muka kat budak-budak tu, awal-awal aku dah bagi warning,

"Kalau ampa buat saya marah, siap la ampa kena"..

gila ganas aku kan. Last-last ada sorang budak tu cakap, hari khamis ni saya tak mau mai sekolah sebab cikgu garang..hahaha..tapi aku selit-selit dengan lawak jenaka gak. Ingat aku serius ke? best jugak ajar BM boleh merapu-rapu, berdongeng macam-macam..ingat lagi di sekolah lama, ada budak label aku garang, ada yang cakap aku makan sarang tebuan. Kalau nak garang kena bertempat la, kalau dah rasa tak boleh nak control, buat la garang skit. Buat masa ni aku tak pernah makan orang lagi, makan nasi ada la..

Hari ni budak tingkatan 1 ada orientasi. So, sebagai guru matapelajaran, kenalah memantau pelajar. Orientasi buat di dewan, kena buka kasut. Ada la sorang budak pompuan ni, dia keluar dari dewan, kasut dia dah takde. Yang ada, kasut pattern yang sama, tapi berlainan saiz. Apa lagi, meraung la kawan. Nasib baik ada kaunselor yang pandai pujuk..hahaha..macam-macam ragam kan

Hari ni pergi sekolah, duit minyak orang belanja, makan di kantin pun orang belanja, sampai di rumah, buka jer pintu, mak tanya, dah makan ker??mak masak gulai hari ni..fuhh..nikmat gila ar..penat naik bangunan bertingkat-tingkat, boleh makan berpinggan-pinggan..heaven gila..rezeki..rezeki..teehee~

Panjang lebar kan entry aku kali ni..lama tak menulis entry kut. Okey, nak menyiapkan RPH, then, nak tidoqq..mengantuk maaa

babai~



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails