Saturday, January 28, 2012

Bengang-hangin-berasap


Cerita Hari ini. Mood: Bengang 99.99 darjah celcius. 

Cuti seminggu konon nak siapkan buku register.tapi hajat tidak kesampaian. berbekalkan masa tak sampai 24 jam ni (esok kan sekolah di negeri Kedah dan kawasan yang sewaktu dengannya), harap-harap boleh siapkan menulis nama-nama pelajar yang seramai 40 orang tanpa melakukan sebarang kesilapan.

Hari ini  me"free" kan diri (cikgu BM celoppppp memey ayat terabuq) pergi satu pasaraya. Hajat hati nak membeli ERASABLE PEN supaya tidak melakukan kesilapan bila menulis buku register nanti dan tidaklah menCOMOTkan buku register tersebut.ok..fine...

Aku pi la satu stationery shop yang POPULar la. Then aku tanya la pekerja situ

"dik, erasable pen ada tak??"
"erasable pen tu apa ya?"
"pen yang boleh padam tu"
"takdak la kak"


ok fine. aku tak puas hati. terus aku cari-cari. then, terjumpa erasable pen dalam 'rak berkaca'. tapi aku tak suka jenama tu sebab mata dia sangatla tajam sehingga menusuk kertas (lagi sekali cikgu BM celopppp menggunakan ayat yang tak betul). Dalam hati aku,

"pekerja ni tau ke tak erasable pen tu apa??takpe la. dia tak perasan"



Then, aku blah la dari kedai tu pi la stationery part kat pasaraya tu

aku          : ada tak erasable pen di sini?
pekerja   : ini bahagian alat tulis la kak, nak cari pad di bawah
aku          : adik, pen, ok?
pekerja   : di bawah la kak
aku          : P.E.N bukan PAD
pekerja   : pen apa tadi kak cakap??
aku          : erasable pen
pekerja   : pen apa tu??
aku          : pen yang boleh padam dakwatnya guna it's eraser. come with the eraser
pekerja   : sini banyak pen la kak. kak nak yang mana satu??kalau nak padam, gunalah pemadam pen, tak pun liquid paper
aku          : *dalam hati* apa kejadahnyaa aku nak cari pen dan liquid paper. tak payah susah-susah aku tanya hang. terpampang luas kut depan mata aku dua benda tu

aku pun pi la merayau-rayau pi cari alat tulis lain. dan..tetiba aku terdengar pekerja yang aku tanya tadi 'buat ketupat' kat aku (dalam erti kata lain mengumpat la)

pekerja 1 : akak tu cari pen yang boleh padam dakwat dia. guna liquid la kalau nak padam
pekerja 2 : gila kut
pekerja 1 : yela kut. gila la tu
*lepas tu mereka gelak-gelak. *ingat episod 200 sinchan ke pa diorang ni*

aku pun pi di tempat diorang sesedap rasa 'buat ketupat'. lepas aku senyum. BERSABARLAH cik Rossnie oi. bertanya orang yang tak tahu memang sebegitu rupa. membuak-buak dah hati aku ni. dah la cari erasable pen tak jumpa. kena kutuk-kutuk lagi pulak tu. aku tak kisah kalau dia tak tau apa tu erasable pen. yang aku kisahnya bila dia duk kata aku gila. dia kut yang gilaa....HOT DAN VERYYY SPICY kut masa tu

last-last aku tak beli pun. suka-suki dia ja cakap aku gila.
*sorry, entry ini agak kemeruapan tahap 200 darjah celcius dah ni.

wahai adik yang duk buat ketupat tu. inilah erasable pen yerrrr. pic : google

================END OF STORY=================


"Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kemu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan " ( Surah Al- hujurat: 6)



"......dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya, Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat Lagi Maha Penyayang " (Surah Al-Hujurat : 49)





Monday, January 9, 2012

Mereka sangat kreatif

Entry pertama di tahun 2012..fuhhh..sungguh terasa kuno gila..kan..kan

Mari bercerita tentang hari ini. Moga-moga, sudah tua kelak tersenyum kembali melihat stok-stok entry lama yang boleh bikin warga tua ini tersenyum. Tatkala itu berkata kepada si cucu,

"inilah zaman nenek dahulu..."
(insyaallah kalau dipanjangkan umur)

Bertanya cikgu kepada anak-anak pelajarnya:

" Binaan plot terdiri daripada bahagian pengenalan, pertengahan dan pengakhiran. Baik kelas, cuba kamu fikirkan, apa akan terjadi dalam sesuatu drama jika ada awal dan pertengahan sahaja.."

Pelajar 1 : drama tu akan bersambung cikgu
Pelajar 2 : orang mesti akan menyumpah-nyumpah drama tu sebab tak habis
Pelajar 3 : drama tu mesti tak laku
Pelajar 4 : drama tu mesti ada bahagian II, cikgu
Pelajar 5 : Pengarah drama tu mesti tak tau nak sambung apa dah
Pelajar 6 : tengok di youtube, mesti ada sambungan
Pelajar 7 : drama tu memang ada awal dan pertengahan saja sebab dia suruh pikir sendiri apa akan jadi akhir cerita tu

dan jawapan ni aku rasa nak gelak gila-gila

Pelajar 8 : masa nak tayang dekat TV3, tiba-tiba VCD tu rosak, mesti VCD cetak rompak. lepas tu siaran tergendala. takde la sambungan dia. Jadi, cuma ada mula dengan pertengahan je la. Mungkin minggu depan TV3 akan tayang balik la drama tu..

Cikgu geleng-geleng kepala sambil berkata,

"Jawapan kamu semua bagi memang kreatif betul...!!!"


Mereka membuatkan saya tersenyum. Pelajar kelas yang paling TERbelakang mempunyai idea yang kreatif. Bagus, walaupun anda tidak tahu membaca, tidak tahu menulis dengan betul dan tidak banyak benda yang dapat diserap semasa cikgu mengajar tetapi anda semua berjaya menggunakan otak anda untuk berfikir kemungkinan apa yang terjadi.


gambar yang tiada kena mengena dengan tajuk dan sekadar hiasan semata-mata..hahaha


.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails