Sunday, October 16, 2011

Vokal Bukan Sekadar Rupa


Sedang menonton program terbaru di TV3, VOKAL BUKAN SEKADAR RUPA. Ada orang cakap, program ni ala-ala THE VOICE di AXN. Kalau The Voice tu aku ikut gak la. gila mantoopppp suara mereka.

Entry aku ni bukan nak cerita pasal program VOKAL BUKAN SEKADAR RUPA ni. Bila aku tengok program ni, teringat cerita bulan lepas masa aku ajar POEM. Biasalah karenah pelajar yang pelbagai. Masa tu aku ajar gaya bahasa ASONANSI

Cikgu : Asonansi ialah pengulangan bunyi VOKAL. Ok kelas, apa itu vokal??

Pelajar 1  : Vokal ialah vokal la cikgu

Cikgu  :  Tolong la serius sikit, saya tanya soalan basic budak tadika jer ni. vokal tu sapa?

Pelajar  2 : VOKAL BUKAN SEKADAR RUPA CIKGU. [Lepas tu dia buat iklan macam bawah ni].... "yang penting suara, bukannya rupa"




Cikgu : pengaruh TV betul la ampa ni

Pelajar 2 : Cikgu, saya tau VOKAL tu apa..

Cikgu :  apa??

Pelajar : Vokal tu yang orang lontarkan suara "DO RE MI FA SO LA TI DO...."

Cikgu : woowww..bijaknya..balik satgi pi TIDO. mana tau dapat ilham tulis lirik. boleh jadi terkenal. Kalau dapat 10 orang macam kamu ni, habisla..

Pelajar 3 : Vokal tu HURUF la cikgu

Cikgu : ada saya bagitau vokal tu ayam????

Pelajar 3: cikgu ni, nak melawak sikit pun tak boleh

Cikgu : Dah Vokal pun tak tau. masuk balik la tadika.

Semua pelajar : VOKAL tu A,E,I,O,U cikgu

Cikgu: Ha..tau pulak

Pelajar: Biasa la cikgu. kami tingkatan 2, bukan budak tadika...

Cikgu : @@#$^&&%&**&!!1


Wednesday, October 12, 2011

Saya dan Tugas


18th November 2011 until 2 January 2012, is a school holiday. It sounds good for others but not for me.  Saya tidak akan bercuti pada cuti sekolah hujung tahun ni sebab

# menjadi pengawas peperiksaan SPM (rajin dan baik hati menggantikan orang..tapi takpelah sekolah sekangkang kera dengan rumah jer pun..hikhik)

# marking paper FIZIK SPM

# Making MODULE for MATHEMATICS and BM 


"GIAT TEKUN TANDA JAYA!!!!YEAYYYYY"


Sila hayati kata-kata di bawah yang sangat menyentuh hati :)


sila klik pada gambar untuk tumbesaran yang maksimum



p/s: berokband saya memang berokkk la..bila dah bayar, slow gila..tak bayar, laju pulak..siap leh download movie..ceittt

Saturday, October 1, 2011

Yang Mana Satu??




Cuba perhatikan gambar di atas..cuba teka apa yang aku sedang buat?? (Soalan PMR 2011..Teehhe~)


A. INSAF DENGAN MEMBACA NOTA for EXAM
B. RAJIN DENGAN MENANDA BUKU
C. BERGEMBIRA DENGAN MENONTON TV
D. BERFOYA-FOYA DI FACEBOOK
E. INSAF DENGAN MEMBUAT ASSIGNMENT
F. BERJALAN-JALAN DI BLOG
G. BERMESEJ-MESEJ DENGAN ENCIK TUNANG DI HP

Cer teka..cer teka..



DAN JAWAPANNYA....




Semua kerja aku buat. mau juling mata ni.."GIAT TEKUN TANDA JAYA" betul kan aku ni??


Aku nak share satu lagu yang betul-betul-betul aku addicted buat masa ini






[MAHA MELIHAT- Opick featuring Amanda]

Seiring waktu berlalu tangis tawa di nafasku
Hitam putih di hidupku jalani takdirku
Tiada satu tersembunyi, tiada satu yang terlupa
Segala apa yang terjadi Engkaulah saksinya

*Kau yang Maha Mendengar
Kau yang Maha Melihat
Kau yang Maha Pemaaf
PadaMu hati bertobat
Kau yang Maha Pengasih
Kau yang Maha Pemyayang

Kau yang Maha Pelindung
PadaMu semua bergantung

Yang dicinta kan pergi
Yang didamba kan hilang
Hidup kan terus berjalan
Meski penih dengan tangisan

Andai bisa ku mengulang waktu hilang dan terbuang
Andai bisa ku kembali hapus semua pedih
Andai mungkin aku bisa, kembali ulang segalanya
Tapi hidup takkan bisa meski dengan air mata




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails