Entry yang cepat lagi pantas lagi simple. Okey, hari ini saya sangat-sangat-sangat dan sangat letih. Pergi sekolah pukul 7 pagi, sampai rumah pukul 7 malam. sempat lagi tu mengupdate blog. Pagi tadi di sekolah ada latihan merentas desa, latihan hokey..bukan pertandingan. Punya la jauh dan adventure gila jalan dia. Untuk berlaku adil, cikgu kena mengiringi pelajar merentas desa sejauh 8 km. Jauh tu wei..tercabut lutut guweee..
Jalan dia mak aihh..adventure siotttt. dari berjalan di tepi jalan raya yang penuh sesak, masuk ke kawasan bukit, pastu masuk ladang kelapa sawit, masuk taman, masuk kampung, masuk terowong, masuk padang jarak padang terkukur..aku rasa masa tu macam nak merangkak jer. Tapi malu pulak la dekat budak-budak sekolah aku. Tak pasai-pasai kena boo00000ooo kan..hahaha
Aku antara cikgu yang pertama dari belakang. sila paksa diri tepuk tangan, sekarang jugakk!! Aku saja jer jalan lenggang-lenggang kangkung ala-ala gadis melayu terakhir. Sambil-sambil jalan boleh tengok ladang kelapa sawit yang terbentang luas..fuhhh..nikmat tuu..(ayat keterpaksaan). Sempat lagi duk menyembang dengan kawan aku. Jangan salah paham. Kami bukan tak mau jalan laju-laju, nanti sapa yang nak pantau budak-budak yang terbelakang kan. Cikgu yang bahekk hati ni jugak kan. Sebenarnya ada lagi cikgu yang terbelakang. jeng..jeng..jeng..PK Petang merangkap cikgu aku waktu sekolah menengah dulu..hahaha..takpa cikgu mat jo, anda boleh mengurangkan berat sebanyak 5kg. sudah pasti anda akan kelihatan muda..teehee~
Petangnya pula kena pegi sekolah. sesi P&P..gila la..awal-awal kelas dah kena panjat tingkat 4. Lemah lutut wei. Nasibla budak-budak hari ni tak buat hal. Aku masuk kelas jer terus ada gelombang sopan santun..miahahaha..saya bangga dilabel cikgu GARANG..aku mula suka mengajar Bahasa Malaysia la. Serius la, sejak aku ajar BM ni, aku semakin peramah..hahaha..tipuuu!!paling aku suka, masa aku dongeng kat budak-budak tu depa dengar, tenganga jer..cikgu jadual waktu, saya tak nak tukar jadual saya la..*tetiba
Tadi kata simple dan pantas kan. Macam tipu jer. Biasa laa, cikgu BM..(Bukan lagi cikgu Matematik) mestilah banyak membebel. Teringat aku masa naik feri nak balik langkawi dulu. Ada pakcik ni tanya aku, mengajar apa, lepas tu dia yang teka, mesti ajar Matematik kan. Aku pun tanyala, macam mana tau. Dia cakapla, cikgu Matematik memang senyap, tak banyak cakap. Cikgu BM dan sejarah yang banyak cakap. suka membebel...ehh..macam betul pulak..
Okey, aku nak makan makanan yang lazat buatan puan emak. keja cekolah dah selesai. Kenapa saya sangat rajin buat RPH dan marking buku yer? sebab saya ada adik yang tolong saya.miahahaha..si kakak yang rajin membuli. Bahek untuk kesihatan. Apa kena mengena cerita aku dengan tajuk entry?? LU pikir la sendiri!!!
p/s: ada tak sapa-sapa nak tolong urut kaki i. dah rasa urat-urat terbelit jer ni
5 comments:
auwww..cikgu SEJARAH n bhs melayu byk ckp..hihi..mcm kena jek..
a'a..betui2..dulu lecture pun pnh bgtau mcm tu dr hasil kajian pa ntah. cikgu math lak berkaca mata tebal..miahaha
ok la tu mrentas desa 8 km, bleh la krngkn kalori aka lemak2 di bdn, kalu x jd cikgu mesti mls nk mncergaskn diri hehe
kalu tak jadi cikgu lagi cergas kut sbb jd atlet negara teruss..hikhik
haah.. mcm tepat je statement pakcik 2...cikgu sejarah memang byk ckp...huh...
Post a Comment