Monday, January 3, 2011

Hari Pertama di sekolah baru


Hari ni hari pertama aku di sekolah baru..macam-macam karenah, macam-macam ragam students yang ada. Mula-mula masuk sekolah, pergi mencari guru kanan bahasa. yela aku kan kena mengajar bahasa melayu. Jauh gila dari opsyen aku, Matematik. Alhamdulillah, cikgu sini banyak juga bagi tunjuk ajar. Tadi masa di bilik guru kanan, ada cikgu nama TEH..hehe..tetiba teringat dekat pengetua sekolah lama aku. Cikgu tu pakai nametag besaq gedabakk..dari jauh dah nampak TEH..orang pertama aku cam masa mesyuarat guru, cikgu TEH tu la.. lepas tu aku bagitau encik jodoh, ada cikgu cina pakai nametag besaq gedabak, dia gelak-gelak, dia cakap, cikgu yang skema, tak berapa betul tu selalunya cikgu matematik dan fizik. hampagassss betul la. tu opsyen aku la. tapi sekarang dah jadi cikgu bahasa melayu..hahaha..

Hari ni agak kelam kabut, yela, hari pertama sekolah. Banyak benda pasal sekolah tu aku tak tau. Dah tu kena mengajar sesi petang. Sebelum ni aku mengajar pagi, so terpaksa la mengubah habit aku yang suka mentemokkan pipi..Awal-awal kelas dah kena panjat tingkat empat. makkk aihhh..dah la kekurusan, makin slim river la lepas ni

Masa masuk kelas tadi, aku just kenalkan diri dan memberi penerangan pasal subjek Bahasa Melayu ni. ayat macam terrer gila kan. Aku memang tak bagi muka kat budak-budak tu, awal-awal aku dah bagi warning,

"Kalau ampa buat saya marah, siap la ampa kena"..

gila ganas aku kan. Last-last ada sorang budak tu cakap, hari khamis ni saya tak mau mai sekolah sebab cikgu garang..hahaha..tapi aku selit-selit dengan lawak jenaka gak. Ingat aku serius ke? best jugak ajar BM boleh merapu-rapu, berdongeng macam-macam..ingat lagi di sekolah lama, ada budak label aku garang, ada yang cakap aku makan sarang tebuan. Kalau nak garang kena bertempat la, kalau dah rasa tak boleh nak control, buat la garang skit. Buat masa ni aku tak pernah makan orang lagi, makan nasi ada la..

Hari ni budak tingkatan 1 ada orientasi. So, sebagai guru matapelajaran, kenalah memantau pelajar. Orientasi buat di dewan, kena buka kasut. Ada la sorang budak pompuan ni, dia keluar dari dewan, kasut dia dah takde. Yang ada, kasut pattern yang sama, tapi berlainan saiz. Apa lagi, meraung la kawan. Nasib baik ada kaunselor yang pandai pujuk..hahaha..macam-macam ragam kan

Hari ni pergi sekolah, duit minyak orang belanja, makan di kantin pun orang belanja, sampai di rumah, buka jer pintu, mak tanya, dah makan ker??mak masak gulai hari ni..fuhh..nikmat gila ar..penat naik bangunan bertingkat-tingkat, boleh makan berpinggan-pinggan..heaven gila..rezeki..rezeki..teehee~

Panjang lebar kan entry aku kali ni..lama tak menulis entry kut. Okey, nak menyiapkan RPH, then, nak tidoqq..mengantuk maaa

babai~



2 comments:

Gee Jah Noor said...

seronok ye bla dok umah..blk sekolah makanan terus tersedia..hu..
cikgu roshni ni mmg garang..mcmana la agknya dia ajaq bm ni..hehe

Rossnie said...

@ Gee Jah Noor: hehe..memang sgt2 seronok.garng gila kan..bm menjadi huru hara bila diajar oleh cikgu roshni

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails