Wednesday, January 26, 2011
Cerita Lawak Hari Ini
Sebelum cerita panjang, lebih baik senaman mulut. Balik rumah hari ini, lenguh pipi ketawa. Hari-hari yang pelbagai ragam. Bikin hidup penuh dengan warna-warni
SITUASI 1
Tadi masuk kelas aku. Kelas yang paling terbelakang. Students ada yang boleh baca. Ada yang masih merangkak. Aku pun check la buku rekod disiplin nak tengok budak-budak yang ponteng. Sekalinya mata aku terkesima dekat satu ayat ni dalam buku rekod tu
"A bukoi B tu hinga darah mai"
okey, korang paham tak? Dia nak bagitau:
"A pukul B sehingga berdarah"
(A dan B bukan nama sebenar)
Buat aku tersenyum lebar jer. Control gelak la..kang tak pasai-pasai budak-budak tu ingat aku gilak..haha.
SITUASI 2
Budak-budak kelas aku ni memang suka bercakap. Pantang aku stop bercakap, diorang pun mula la buka kedai kopi. Sampai dah tak larat nak larang. Kebetulan pula, kelas aku adalah masa yang terakhir. Aku pun cakap la kat diorang
"Kalau sapa bising, saya tahan kamu semua tak bagi balik. Sorang bising, satu kelas tak boleh balik"
Masa tu kelas senyap sunyi la..bunyi kipas angin jer dengar kut
Aku pun tanya la sorang budak depan aku,
"Mana kawan kamu ni, tak datang banyak hari"
Dia cuma menaikkan bahu tanda tak tahu.
"Kamu dah siap salin nota ke belum"
Dia menggelengkan kepala
"Kamu tau tak kawan kamu pergi mana? Kamu dah bayar buku PROBIM ker? Hari Khamis ni saya nak guna"
Dia masih mendiamkan diri tanpa berkata apa-apa
"Eh, saya tanya kamu, kenapa kamu tak jawab"
Last-last dia jawab,
"Dah tadi cikgu tak bagi cakap, saya pun tak cakap la. Nanti saya kena balik lambat pulak."
Ya Allah, lurus bendul la pulak budak-budak ni. Bagus-bagus. Sentiasa mengikut arahan..hahahaha~
Tu baru sikit. Macam-macam lagi la ragam budak-budak ni. Kadang-kadang buat aku tension, kadang-kadang buat aku senyum. Tapi aku suka telatah diorang ni. Memang menghiburkan. Nanti aku try upload karangan yang diorang buat..hehe..
p/s: enchik jodoh bersepek mata baru..miahahaha~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
A bukoi B hingga darah mai tu bahasa apa? huhu...
adeyh.. btol2 ikut cakap plak budak tu.. heheh.. lawak..
Solihin Zubir: haha..tu bhasa melayu yg disampaikan oleh student india ikut loghat kedah..hikhik
Post a Comment