Tadi membelek-belek surat khabar yang semalam. Semalam tak sempat nak baca sebab letih sangat. Pagi-pagi buta pergi Langkawi, petangnya balik rumah pula. As usually, bila naik feri jer mesti mabuk-mabuk laut. Rasa berputar dunia. Rasa macam ada batu belah batu bertangkup jer dekat kepala. Sakit siotttt..After tuam dengan air ice cube, makan panadol dan tido sebentar, baru ok skit.
KUCHING: Biasanya orang sakit akan mendapatkan rawatan daripada doktor atau bomoh, tetapi lain pula ceritanya dengan seorang warga lanjut usia Singoi Jaya, 96, yang minum air kencingnya sendiri.
Kaedah yang dianggap pelik dan meloyakan tekak bagi kebanyakan orang itu mula dilakukan Singoi kira-kira 50 tahun lalu selepas dia terjatuh dari atas pokok langsat.
“Pengalaman pertama saya minum air kencing sendiri ialah selepas terjatuh dari atas pokok langsat. Oleh kerana tidak dapat menahan kesakitan, saya nekad meminum air kencing saya sendiri dengan harapan boleh sembuh.
“Mujurlah kesan kejadian yang menyebabkan kencing saya bercampur darah itu pulih selepas beberapa hari kemudian dan saya boleh bangun dan berjalan seperti biasa,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Rekap, Kampung Giam, Jalan Puncak Borneo di sini.
Menurut Singoi, kali kedua dia mencuba kaedah itu ialah selepas tergelincir dan terjatuh sehingga menyebabkan tangannya patah dan kakinya tercedera.
“Cara ini mungkin sesuai dengan saya, tetapi bagi orang lain saya tidak sarankan mereka melakukannya,” katanya.
Singoi berkata, dia tidak gemar mengambil ubatan moden sekiranya diserang demam dan selsema, sebaliknya mengamalkan aktiviti ringan yang boleh mengeluarkan peluh seperti berkebun dan bersenam.
Dia mendakwa masih mampu mengusahakan tanah yang seluas kira-kira dua hektar berhampiran rumahnya dengan tanaman lada hitam, limau, pisang, cili dan mengendalikan sebuah kolam ikan keli.
“Jangan malas buat kerja seperti berkebun untuk mengeluarkan peluh kerana jika malas badan tidak akan berpeluh dan badan kita akan menjadi lemah serta mudah diserang penyakit.” katanya.
6 comments:
geli lak ai..x senonoh kot mnm kencing sndiri? huhu
euw,,mntk jauh
@liyana: a'a..geli tengok kan..iyerrrkk..air kencing tu najis la
biasa dengar orang minum kencing setan..eh ada jugak rupanya yang minun kencing sendiri,astagfirulah.
biar betik ni? dulu kt tmpt sy ada budak skolah terminum air kencing pon smpai kena masuk wad... adeyhh... pelik2 aih!
peliklahh.....sumpah xrase macam f&n zappel hahaha...btw singahlah kat
http://kentangkiller.blogspot.com/
n follow me...im follow u hehehe
Post a Comment