Thursday, December 9, 2010

Mari membuli budak membuat doorgift kenduri

Sangat suke kalau dapat membuli budak hingusan..kan..kan..Lagi-lagi budak tu yang lurus bendul dan rajin, yea dak??
Memang kaki buli betul kan..
Aku ada anak angkat, namanya Mohd Adib Farish. Korang ingat artis jer ke ambik anak angkat. Ingat Misha Omar dengan Aliyah yang tak kawen lagi tu jer ke ada anak angkat. Aku pun ada la.teehee~
Actually budak ni mak aku jaga since umur dia 3 bulan hingga 2 tahun. Sekarang umur dia dah 3 tahun. Sekarang ni dia dah ada mak baru. So, dia datang rumah aku kejap-kejap je la. Dia still tak lupa orang yang duk basuh bontot dia masa kecil-kecil. Orang yang selalu buli dia. Tak lain tak bukan, aku la tu..

Aktiviti membuli bermula..

Aku tanya dia, nak makan laksa tak sebab hari tu mak aku masak laksa. Then, budak ni cakap la nak..nak..Muka dia innocent gila kan. Masa ni aku tengah breakfast. Breakfast pukul 11 kut. Besalah, cuti-cuti mengelat la. Bangun lewat. Bangun tu pun sebab mak aku kejutkan adik angkatku datang. Dengan sepantas kilat bangun pi tengok dan layan bak putera katak raja..hehe..sungguh baik hati kan


Tengok gambar ni, sempat lagi menjeling dekat kamera hp cap ayam aku kan.
Dia cakap kat aku, "kakchik, nak toyu (kicap-bahasa standard)". Aku pun tuang la toyu dalam laksa dia.

Then, dia cakap lagi, "kakchik, nak ayaq (air-bahasa standard)".
Aku tanya la, "nak ayaq milo ka nak ayaq teh??"
Dia jawab nak ayaq teh

Aku tanya lagi, "nak ayaq teh ka nak ayaq milo??"
Dia jawab nak ayaq milo

Hampeh betul kan..dia ambik perkataan kat belakang. Kalau aku cakap nak ayaq milo ker ayaq longkang mesti dia cakap air longkang kan..hehe..jahat gila kan


itu baru bab mengambil hati..

Lepas tu aku tanya dia, nak coklat tak?? Aku bagi la dia coklat bola 3 biji..
"Adip nak tolong kakchik tak? Kita masukkan coklat dalam bekas karung ni"
Dia pun mengangguk jer
Aku bahagi siap-siap coklat yang nak letak dalam karung tu lepas tu dia yang masukkan dalam karung. Rajin kan. Tak sempat pulak aku nak snap gambar kerajinan dia. Kecik-kecik dah pandai menolong orang. Siap tak bersungut (mengeluh) lagi tu. Kalau adik aku yang umur 18tahun tu aku suruh buat kerja, komfem nak upah. Suruh budak hingusan ni tak payah upah, bagi coklat bola 3 biji dah suka..hahaha..jahat tak??jahat tak??

Okey, inilah hasilnya..

doorgift ni simple jer untuk kenduri.....
nanti aku update di entry lain yer..Banyak betul entry yang tergantung kan. Maaf yer..ceq janji ceq update nanti..mau menghabiskan membuat doorgift lain..bye..bye




4 comments:

a.samad jaafar said...

salam kenal..err..kat sini, sapa yg kene buli sebenarnya ye.. mcm tbalik plk..kihkihkih

Rossnie said...

@a.samad jaafar: hahaha..yer kan..terbalik sudah ni..mula2 kena amb hati baru leh buli

ahmad endo said...

jelingan maut tu...hehehe

Rossnie said...

@ahmad endo: jelingan kelaparan kuttt..heheh

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails