Sudah lama rasanya tidak menconteng something dekat blog ni. Dah rasa penuh dengan sesawang dan berhabuk tebal. Jom mencuci-cuci sekejap ...######@@@
Dua minggu simcard berok band rosak. Ini semua disebabkan sikap careless diri sendiri. Meninggalkan lappy yang terbuka dengan berokband tercucuk di sisi lappy, menggembirakan dan meloncat-loncat dengan penuh kegirangan si anak-anak kecil yang datang ke rumah memicit-micit dan bermain-main dengannya. Sedangkan tuan pemilik lappy sedang bertungkus lumus menyiapkan kerja dan persiapan perkahwinan..oh..takpe, nasiblah akak kat celcom servis tu sangat baik hati layanannya dan FOC untuk menukaran simcard baru.
(Ambik kau...panjang berjela-jela penerangan pasal berokband. Padahal sikap kemalasan yang menggunung tinggi membuatkan diri ini tidak dapat menconteng di blog ni)
Back to the real story..
Alhamdulillah, 21/09/2012..genaplah sebulan saya bergelar isteri kepada encik suami tersayang, Mohd Hafize b. Kassim. The most frequently asked question I got is "best tak kawen?" and "Apa perasaan after kawen??"
And my answer is BEEESSSSTTTTTTT!!!!!~~ dan sangat-sangat-sangat-sangat-sangat gembira.
*(^__________^) <---- can see the big smile??? kahkahkah (ketawa jahat)
Beliau sekarang halal buatku dan beliaulah Imamku sekarang. The best moment yang tak dapat saya lupakan adalah semasa menjadi makmum kepada Imamku sendiri, iaitu suamiku. Tatkala suami membaca doa dan si isteri meng'amin'kannya, tetiba bergelinangan air mata. Ya Allah, terima kasih kerana mengurniakanku suami yang menyayangiku dan membahagiakanku. I love him so much. May Allah bless my Imam a happy and properous life and grant my luvly hubby to Jannah, so that he can take me along with him..insyaallah...
my luvly hubby...lebiuuuuuuu |
Terima Kasih dan syukur kepada Allah s.w.t kerana memudahkan urusan kami. Doakan kami kekal bahagia menjadi pasangan yang diredhai Allah sehingga akhir Hayat..
p/s: Jika diberi kesihatan yang baik dan kelapangan masa, Insyaallah akan merajinkan diri membuat review majlis nikah, resepsi dan bertandang...