Friday, April 6, 2012

Tip Perancangan Perkahwinan

16 - 11 bulan sebelum
  • Berbincang dengan tunang serta keluarga kedua-dua pihak berkenaan tarikh dan waktu nikah
  • Mulakan dengan mengabdikan satu fail khusus untuk perkahwinan anda
  • Ambil inisiatif untuk menyingkap helaian majalah-majalah bersifat gaya hidup, fesyen, reka bentuk dan makanan untuk dijadikan rujukan inspirasi
  • Mengatur bajet yang diperlukan sama ada rendah, sederhana atau mewah
  • Jika anda rasa ada keperluan, cater perancang perkahwinan atau wedding planner untuk mengendalikan majlis perkahwinan anda dari A-Z
  • Mengkaji dengan teliti tentang lokasi majlis sama ada akan berlansung di hotel, dewan atau rumah
  • Menetapkan tarikh nikah, kahwin dan bertandang seperti yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak dan lokasi yang diidam-idamkan
  • Mengikuti kursus kahwin bersama pasangan
  • Mengintai-intai pakaian perkahwinan dambaan hati
  • Membeli-belah barangan hantaran seperti sepatu, tas tangan, minyak wangi, baju, gadjet dan lain-lain sebagai tanda cinta.
10 bulan sebelum
  • Mulakan dengan menyenarai pendekkan senarai tetamu. Peka terhadap kos? RSVP akan dapat menyusutkan kos yang berlebihan
  • Merancang kenduri yang perlu dihidangkan kepada tetamu sama ada berhidang atau jamuan berselerak
  • Membuat kajian tentang jurugambar, pembekal bunga, dan katering. Simpan data-data tersebut di dalam fail perkahwinan
  • Memilih pengapit dari kalangan rakan karib atau saudara mara
  • Merancang warna tema untuk keseluruhan majlis perkahwinan agar tampak terurus
9 - 8 bulan sebelum
  • Menempah lokasi dan tarikh majlis (khusus untuk penyewaan dewan dan hotel)
  • Menetapkan jumlah tetamu yang bakal hadir
  • Pilih katering atau masak sendiri? Perkara ini perlu dilakukan lebih awal untuk mengelakkan sebarang kesulitan yang tidak diingini
  • Pilih jurugambar dan juruvideo
7 bulan sebelum
  • Sewa busana pengantin dan aksesori pilihan hati. Anda perlu uruskan masa untuk lakukan setidak-tidaknya 3 kali fitting. Veil atau selendang juga perlu sedondon dengan rona baju.
  • Menentukan dan menyewa pakaian untuk semua pengiring pengantin
  • Memilih jurusolek
  • Pilihan florist atau pembekal bunga.
6 bulan sebelum
  • Mulai menempah kad perkahwinan
  • Menghubungi kadi dan pejabat agama Islam
  • Menjalani saringan ujian darah/HIV
5 bulan sebelum
  • Menyelesaikan segala urusan persandingan (membayar deposit umpamanya)
  • Pilih dan tentukan semua kelengkapan perkahwinan (undangan, kek pengentin, bunga tangan, perhiasan diri dan sebagainya)
  • Menempah cenderahati untuk tetamu atau buat sendiri
4 bulan sebelum
  • Pilih sebentuk cincin kahwin bukti ketulusan cinta anda dan pasangan
  • Menyiapkan gubahan hantaran (sama ada membuat sendiri atau menempah)
3 bulan sebelum
  • Memastikan kelengkapan PA sistem lengkap seperti amcee, iringan lagu dan sebagainya
  • Mengaturkan penginapan hotel atau vila bagi saudara mara dan rakan terdekat yang datang dari jauh
2 bulan sebelum
  • Bersama bakal pasangan menyedang busana agar tampil anggun di hari bersejarah
  • Hadir ke sesi cubaan menu (jika anda mengadakan majlis tersebut di hotel atau dewan)
  • Berbincang dengan jurugambar tentang konsep gambar yang diingini dan lokasi-lokasi yang terlibat
  • Menulis dan mengutuskan kad perkahwinan kepada para tetamu. Hadkan tempoh untuk RSVP dalam lingkungan masa 3 minggu
Sebulan sebelum
  • Melakukan rawatan spa sebelum menjelangnya hari bahagia (mandi bunga, mandi susu, sauna, lulur kopi dan sebagainya)
  • Pastikan cincin dalam ukuran yang betul
  • Pastikan segala tempahan pelamin, jurusolek, tiket kapal terbang, bilik dan keperluan perkahwinan barjalan lancar.
  • Pastikan aksesori yang akan anda ingin kenakan pada hari tersebut sudah tersedia seperti barang kemas, layah, tiara dan sepatu
  • Pilih lagu iringan atau DJ yang akan menyerikan majlis anda. Pilih orang yang dipercayai untuk menjaga muzik
  • Langsaikan sebanyak mana pembayaran yang mungkin
  • Tetapkan waktu untuk rambut dan solekan serta masa untuk perkhi dmatan-perkhidmatan yang lain
3 minggu sebelum Majlis Berlangsung
  • Bertemu dengan urusetia agar segala perancangan berjalan dengan lancar
  • Ambil busana dan perhiasan yang ditempah untuk majlis anda
Seminggu Sebelum
  • Meneliti perancangan yang telah dilakukan dan makluman urus setia jika terdapat sebarang perubahan
  • Menyelesaikan semua urusan kerja sebelum bercuti untuk menghindari dari tekanan perasaan
  • Hindari konflik dan cuba untuk tenangkan hati
Di Hari Bahagia
  • Pastikan mengisi perut terlebih dahulu agar tidak kelaparan
  • Mandi agar kelihatan segar sepanjang hari anda 
  • Berdandan molek, senyum dan berdoalah agar segala perancangan berjalan dengan sebaik mungkin
  • Bersiap sedia untuk percutian bulan madu anda.


Sumber: encik google

Dipetik dari Majalah Nona (April 2012)


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails