Thursday, February 9, 2012

Cuak Yang Tidak Terkata

Assalamualaikum..

Mari bercerita tentang kisah hari Khamis. Esok hari jumaat, penghulu segala hari dan hari yang sangat menggembirakan sebab esok cuti (bagi negeri kedah dan sewaktu dengannya). Bolehlah merehatkan diri dan men'settle'kan kerja-kerja-kerja-kerja yang tertangguh. Oh, sungguh tak terasa bercuti sebab banyak benda yang perlu dibuat dan disiapkan. Hari Sabtu sekolah ganti..(silalah berasa sedih sebab awak tiada waktu rehat untuk tidur di siang hari..uhuk..uhukk)

Hari ini hari yang sangat mencuakkan. Suddenly (effect drumroll yang sangat dahsyat), muncul tuan-tuan dari Pejabat Pendidikan Daerah KMY untuk memantau P&P. Haruslah ada rasa terkejut yang tersangat sebab kedatangan mereka sangatlah tidak diketahui oleh semua guru. Tutt..tuttt udah me'round-round' kawasan sekolah (sudah menjadi kebiasaan cikgu BM celop menggunakan ayat yang tunggang langgang).

Dan...

Dalam 22 buah kelas yang wujud di SMKB ni, tuan pegawai PPD tu terbekenan masuk kelas aku yang berada di tingkat 4. Habislah aku, dah la aku ni cikgu BM celop yang masih kerdil. 

"Boleh saya masuk kelas ni?" beliau meminta izin masuk.
dan haruslah aku membuat muka cuak yang teramat kepada cikgu disiplin yang mengiringi tuan pegawai PPD tadi. Dengan manisnya aku menjawab,

"ya, boleh" (dalam hati, ya Allah, kenapalah dia masuk kelas aku pula ni..adoilaaaaaaa)

Beliau duduk di belakang kelas. meminta aku memberikan buku RPH. nasiblah aku menyiapkan Rancangan pengajaran harian (RPH) secara lengkap hari ini. Kalau tak, ofkoslah kena denda. RM500 weiii..leh boh spoiler En Dibios Cinta Aku. Sedang beliau membelek-belek RPH aku, tertengoklah di bahagian Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT)... KOSONG!!!!


Effect drumroll tahap maksimum....>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>







"Encik, RPT, kontrak dan Huraian Sukatan saya buat dalam fail asing,"belum sempat dia tanya, aku dah jawab.

"Mana fail tu??" beliau tanya kepada aku yang tengah cuak gila

"Ada di bilik guru" jawab aku dengan tenang.

" Jauh tak bilik guru tu?" tanya si pegawai PPD lagi.

" Jauh la juga.." jawab aku dengan slamber badak berendamnya (yer la, kena turun tingkat 4, lepas tu kena naik tingkat dua bangunan lain pulak, lepas tu kena naik kelas di tingkat 4 balik.)

Kebetulan ada budak-budak pi toilet lalu dekat situ dan aku pun meminta mereka tolong ambilkan fail aku. Dan seharusnya lah menunjukkan semua evidence yang dikehendaki oleh beliau.

Dan mengajar lah aku dengan penuh berdedikasi..kahkahkah (sila ketawa dengan laju-laju). 20 minit jugak la beliau dalam kelas aku.

Hari ni, yang aku rasa lawak yang tidak terhingga sebab budak-budak kelasku sangat-sangat pandai berlakon, aku tanya soalan, diorang jawab. Walaupun tak betul. Dan paling aku rasa berterima kasih sangat. Mereka ni pulun-pulun angkat tangan nak tanya soalan dan jawab soalan. Nanti cikgu belanja hampa cekedi na.. :)

Waktu rehat, haruslah ada mesyuarat tergempar. Yela, dah orang PPD datang tergempar.

Puan PK Petang memberi ucapan :


"Saya pun terkejut sebenarnya bila orang PPD datang. Saya tak dimaklumkan kedatangan beliau. Tapi saya berterima kasih kepada Cikgu Rossnie sebab telah menyelamatkan keadaan. Pegawai PPD, telah masuk ke dalam kelas cikgu Rossnie dan komen beliau, baik. Tahniah!! P&P berjalan dengan lancar. Kelas dapat dikawal dengan baik. persiapan cukup dan pegawai PPD tu cakap, cikgu Rossnie ni mesti baru grade sebab penulisan dan flow P&P dia teratur macam masa praktikal."


Kahkahkah...ayat last tu yang tak tertahan nak mendengarnya. Kalau dalam keadaan cuak. Semua benda yang tidak terduga terjadi. Dan ofkoslah bernada baku dan skema pada masa tu..hahaha (sangat lawak)

Masa keluar bilik mesyuarat, semua cikgu ucap TAHNIAH!! (ok, sila kembang doploh mangkuk sekejap..hehe)

Sepatutnya, ada sorang cikgu yang bakal berpencen dipantau oleh beliau. Tapi, tetiba beralih arah kepada aku. nak kata aku baru, ada lagi 3, 4 orang cikgu baru fresh graduate di situ. Kenapa orang PPD pilih cikgu Rossnie. dan jawapan dari kawan-kawan sekerja yang lain

"Rossnie, cikgu paling muda"
"Seri wajah nak kawen"
"Rossnie kan manis, orang PPD tu tertawan la"
"Rossnie lebih energy dari kami semua"
"Tergoda tengok perwatakan Rossnie yang manja dan ayu"


dan sorang cikgu laki ni cakap,

"Ada dua sebab kenapa orang PPD tu nak pantau awak, satu sebab memang dia nak pantau P&P untuk buat laporan dan satu lagi, dia pantau untuk buat isteri kedua" <----ayat paling hampeh..hahaha

Semua persoalan di atas adalah salah sebab aku rasa, dia naik tingkat 4, lepas tu dah tak larat nak jalan, dia datanglah berehat dekat kelas aku masa tu..aci tak kalau jawapan macam ni?? boleh masuk akal kan, yer dak???


=====================================================================
Hari Sabtu ni bersekolah ganti. dan ada Majlis Sambutan Maulidul Rasul. sekali lagi aku ditugaskan menjadi EMCEEEEE...



Ketika menjadi Master of Ceremony masa hari pertama  persekolahan tahun 2012. Nampak tak jejaka yang sedang duduk tu, itu adalah cikgu saya masa di SMKY dulu.  Pelajar-pelajar ni sedang memperagakan pakaian uniforn yang wajib dipakai pada setiap Hari Selasa


























Panjang lebar entry aku hari ni. ahakzz..lepas ni nak merajinkan diri cerita pasai bride-to-be pula la. Rasa nak private kan blog ni sebab "Hamba Allah" yang tidak sepatutnya membaca datang menterjah. Silalah meninggalkan kisah lama tersebut supaya kehidupan menjadi Kedah Darul Aman dan Pahang Darul Makmur..tehheeee






No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails