Wednesday, December 28, 2011

Melangkah Ke Tahun Ketiga Bergelar 'Pendidik'


28 Disember 2009, bermulanya perkhidmatan aku sebagai pendidik. Sekolah pertama aku ditempatkan ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Putra, Langkawi.



Melangkah ke tahun Kedua perkhidmatan, dapat berpindah ke Kuala Muda/Yan. Tempat tanah tumpah darahku. InsyaAllah akan di daerah ini juga mengikut bakal suami . Tahun 2012, merupakan tahun ketiga bergelar pendidik.

Alhamdulillah, selama bergelar pendidik ini pelbagai cabaran dan dugaan yang terpaksa ditempuhi. Ramai orang selalu berkata,

"Cikgu, kerja setengah hari saja kut, setakat mengadap anak murid tu apa la sangat"

Ambil itu secara positif, mari tanamkan azam dan abaikan bisikan-bisikan manusia yang tidak pernah pandai menilai. Walaupun mereka semua di luar sana tidak tahu tugas sebenar pendidik di sekolah. Kitalah kerani, kitalah guru, kitalah pembantu kewangan, kitalah setiausaha, kitalah driver, kitalah pengawal keselamatan, kitalah PA, kitalah polis, kitalah tukang kebun, kitalah jurulatih, kitalah jururawat..terimalah semuanya dengan ALHAMDULILLAH sebab itulah pintu rezeki seorang guru. Memberi fokus dalam mendidik pelajar adalah lebih penting daripada mendengar kata tohmahan terhadap guru.

Rasulullah s.a.w bersabda: 

"Bahawasanya jika kamu mengajar seseorang lalu dia mendapat kebajikan yang lebih berharga daripada dunia dan segala isinya"


Menerima ucapan,

"Terima kasih cikgu di atas jasa cikgu selama ini mengajar saya. Saya telah berjaya menjadi seorang pelajar cemerlang"

"Dulu saya nakal di sekolah, tetapi apabila saya memikirkan kembali kata-kata cikgu saya mula fikirkan kehidupan saya. Walaupun saya tidak pandai seperti rakan lain, tetapi saya akan berusaha untuk menjadi seseorang yang berguna untuk ibu bapa dan keluarga saya. Terima kasih cikgu."

"Thank you teacher for guiding us, inspiring us and making us what we are today"


..adalah merupakan saat yang paling menggembirakan untuk seorang guru. Ucapan "TERIMA KASIH" daripada seorang pelajarnya yang menghargai jasa dan pengorbanan seorang guru merupakan saat terindah buat seorang guru apatah lagi mendengar kejayaan anak-anak didiknya.




Firman Allah s.w.t dalam Surah Ali 'Imran :

"Allah menerangkan (kepada sekalian makhluk-Nya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa, Lagi Maha Bijaksana"


Dalam ayat di atas, jelaslah bahawa, Allah s.w.t memulakan dengan nama-Nya, kemudian dengan para malaikat-Nya dan kemudian dengan ahli ilmu. Dan ini sudah cukup membuktikan betapa tingginya martabat ilmu dan ahli ilmu itu sendiri.


Guru adalah untuk dihormati bukan untuk ditaksubi. Sebagai pendidik, marilah kita menjadi pendidik yang memberi ta'dib dan tarbiyyah kepada insan bergelar murid. Jadilah pembimbing ke arah kecemerlangan hidup di dunia dan akhirat. InsyaAllah..^_^




p/s: Masih ingat kata seorang ustaz, tugas seorang pendidik ini adalah tugas yang sangat mulia. jangan sia-siakan tanggungjawab kita sebagai pendidik. Insyaallah setiap titik peluh kita mengajar untuk kebaikan pasti akan menerima ganjaranNya. Kita mendidik anak-anak didik kita menjadi insan yang berguna, InsyaAllah Allah akan memudahkan urusan kita. Kebanyakan anak guru insyallah akan berjaya ^_^



4 comments:

Fiqah Alias said...

btol3..menjadi seorg pendidik nie sgt berat & besar tanggungjawabnya..tp walau macam mana pn..sy 100% stuju..'i'm proud to be a teacher'


;)

pensil iman said...

i know what u feel..

me too..proud to be a teacher...sgt bercinta dgn kerjaya ini..

ayie said...

macam best je jd cikgu..hehe

Rossnie said...

@Fiqah Alias : betoi2..proud to be a teacher also

@pensil iman : jatuh cinta pd kerjaya sendiri adlh amat perlu spy kita bkerja dgn pnh b'tanggungjwb n ikhlas..proud-proud-proud to be a teacher

@ayie: best!!!!silalah menjadi cikgu :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails