i know, my blog dah penuh dengan sarang labah-labah, sarang burung, sarang semut..tapi insyaallah, bulan puasa ni akan bertanggungjawab terhadap blog ini..beriya-riya jer ayat kan. rasa macam nak mengupdate menu masak-memasak la sebab aku tengah rajinkan diri menjadi surirumah la sekarang ni. kalau tak kerana leteran 100m/s oleh puan emak nescaya takdak aku geraknya..
"dah nak jadi bini orang pun malas lagi. bukan taktau nak masak, malas..."
"ala mak..nanti dah jadi bini orang kena masak, boring lak, sekarang rasa masakan mak dulu. masakan mak kan terbaik dari ladang"
Baik punya ayat kan. mesti kena ada kata-kata semangat dari puan emak, baru ada semangat nak buat keja.
Hari ni, aku berjaya membakar ikan talapian, buat popia goreng dan cekodok. Masakan lain chef Puan emak la yang buat. haha. see? aku rajin kan =)
Bersempena dengan bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ni aku nak ucapkan
SELAMAT BERPUASA
kepada semua muslimin dan muslimat sekalian..
Sedikit info berkenaan bulan Ramadhan yang aku pernah baca
# Melalui kajian Sains didapati berpuasa akan menurunkan glukos darah, tekanan darah khasnya tekanan darah sistolik dan juga lipid darah. Puasa juga turut menurunkan berat badan
# menambahkan kesihatan jiwa (dari sudut psikologi).
# Bacaan Al-Quran pula meningkatkan daya ingatan di samping ketenangan jiwa
# Melalui Solat Terawikh dapat membakar rata-rata 10 kalori tenaga setiap rakaat di samping dapat meningkatkan kesihatan tulang, otot, sendi dan lain-lain.
jom tengok video ini :)
No comments:
Post a Comment