Ini cerita pagi tadi..
Sedang aku membusykan diri menyidai baju yang berlambakan di ampaian, datang dua orang budak berbasikal.nak ngorat kut.hehe..takde la. budak-budak tu memang suka berbasikal keliling kampung. Budak-budak ni dalam lingkungan 6 tahun macam tu la. Baru tadika..
Si Budak A: DIK NI (panggilan aku di rumah) dah kawen kan {beritahu dia kepada kawan dia}
Aku : hanya tersenyum melihat gelagat mereka
Si Budak B: Yela, dia dah kawen kelmarin
Si Budak A: Lepas dia kawen mesti dia BEROMEN kan..(sambil gelak-gelak)
Si Budak B: Yela..mestila dia beromen-romen..cium-cium..tuttttttt
Mereka mengulang ayat yang sama berulang kali. Seperti seorang dewasa yang tahu segala-galanya..
Fuh..berdesing aku dengar tapi aku buat taktau jer. Malas nak layan. Silap hari bulan, ketul batu aku kena. Ingat lagi, masa aku tengah sapu sampah di luar rumah, tak semena-mena, aku dibaling batu besar. Hangin la juga aku masa tu. Nasib la mak aku tolong back up.
Aku pun tak tahu kenapa dan salah siapa sebenarnya..aku terfikir juga, macam mana la budak-budak ni tahu dengan mendalam sangat ni. Mereka pernah melihat atau mendengar semua benda-benda lucah sebegini rupa. Aku pun tak tahu. Selalunya orang belajar dari pengalaman. Kalau dia mendengar dan melihat, dia akan tahu segala-galanya. Sebab itulah TELINGA, MATA dan MULUT ini perlu dijaga sebaik-baiknya.
Masa aku umur sebaya mereka ni memang tak tahu apa-apa la. Macam innocent gila. Aku pelik la juga, budak-budak ni belajar di sekolah macam tu ka??setahu aku, kalau setakat tadika, takdela masuk bab-bab macam tu lagi. Sekolah rendah pun maybe ustazah ada cerita berkenaan haid. Itu pun masih blur2 lagi..
Budak-budak zaman sekarang, banyak yang mereka tahu. Harap-harap boleh la jadi saintis besar nanti sebab banyak mengkaji kan...hikhik
p/s: sedang menyambung entry e-day :)
3 comments:
lucah punya budak..kalo k.ain kt situ, k.ain cubit2 pipi..getu bagi sakit sket..biaq qeyau pi la..pastu, k.ain lari la masuk dlm rumah..buat mcm x bsalah..ahaha..geram..
haha..mmg pndai segala2nya..tak bleh kak ain, satgi klu pi cubit, klu tak dpt org, segala cermin umah, keta..semua pecah nnt. mls nk layan. satgi p habaq benda len plak kat mak bapak dia.kita gak yg kena :)
awt bdk2 kecik tu kojaq sgt ha..ish...
Post a Comment