Friday, May 6, 2011

Kisah misteri bukan misery ataupun biskut merry


Dah lama rasanya tak mengedate dengan blog terchenta ni. ups, mengupdate yerr..busy sangatkah aku??rasanya tak kut. Adalah beberapa entry dalam draft tu tapi sekerat je la aku taip. tetiba otak menjadi blackout. terbengkalai macam tu jer. perrghhh ayat kan..pelik..peliksss

Korang pernah melalui kisah misteri yang bukan misery mahupun biskut merry tak??aku baru jer mengalaminya di sekolah baru-baru ni. Selalunya la kan, banyak kejadian misteri mesti dekat sekolah atau bangunan-bangunan yang ditinggalkan. maybe sebab keras kut tempat tu. yerlaa, dibuat daripada batu-bata..ye dak??

Ceritanya begini..(teknik sapenssss)

letak gambar menambahkan unsur saspens. terima kasih encik google..


Pada suatu petang yang hening, aku dan kawan aku dengan rajin dan tekun tanda jayanya membuat kerja sekolah yang bertimbun-timbun di bilik guru. Sangat busy la bulan ni weii..macam-macam aktiviti di sekolah. Rasa nak tidur pun ada juga dengan kenyamanan suhu bilik. Kalaulah ada bantal busuk tatkala tu, nescaya aku dah lentok.

Tetiba.. (teknik saspennnss lagi)

Aku terdengar suatu bunyi shhhhhhrrrrr..shhhhhhrrrrr diikuti dengan bauan yang sungguh harum bak perfume escada moon sparkle ku..

"kak teh, ada dengar tak??da bau tak??" tanya aku kepada kawan aku

"kak teh ingatkan kak teh jer yang rasa macam tu" jawab kawanku

"kak teh, jom pi solat Asar" kataku untuk melarikan diri dari tempat tu
(dah la sejuk masa tu, dengan suasana seram tu buat bulu romaku mencacak)

"jap ek, kak teh nak siapkan kerja ni jap" jawab kawanku.

15minit kemudian.. (teknik saspen lagi..lagi)

Perkara yang sama berlaku kembali. Bunyi shhhrrrrr..shhhrrrr diikuti dengan bau yang sangat enak betul-betul menyeramkan aku. Lantas aku dan kawanku blah dari bilik guru menuju ke surau.

Di surau sekolah, aku menceritakan kejadian tu pada rakan sekerja yang turut berada di surau itu

"Kak ju, tadi kan..masa tengah buat kerja di bilik guru, terdengar bunyi shhhhhhrrrrr..shhhhhhrrrrr pastu ada bau wangi. Memang sekolah ni keras gak ek?" tanya aku inginkan kepastian.

"Di bilik guru ke??memang keras pun" jawab kak dengan slambernya

"ye ke??seram dah ni kak.." kataku

"hahahahahahahahah..lawakla.." kak ju gelak dekat aku

"kenapa kak Ju gelak ni??" tertanya-tanya aku. Adakah muka aku muka cuak gila ataupun aku buat lawak ala-ala Amir??

"Hang ni dah orang yang ke berapa kena dik oi. Tu semua angkara AMBI PUR la sayang" kata kak ju

"haa???tak paham.." masih tertanya-tanya macam budak tadika baru belajar ABC

"Dekat bilik guru tu depa letakkan ambi pur. bila dah set berapa minit, keluarlah bau. yang bunyi tu bunyi dia press perfume tu la" terang Kak Ju

ceitt..ceittt..ceitttt...aku tertipuuu..tipah tertipuuu

sia-sia ja bulu romaku mencacak..apsal la tak pernah terfikir tu semua angkara AMBI PUR..arggghhhhh..

inilah rupanya hantu ambi pur yang berjaya menyeramkan aku..ceittt..mensampah betul laaa


saya suka purple..purple suka saya..hikhik (tetibaa...)


p/s: counting the dayyyyyy

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails