Mesti korang terkezut kan..apa kemenda bronok tuh..pelik bebenor bunyinya..aku kenal bronok ni pun masa aku jejak kaki kat bumi Langkawi..masa aku awal-awal posting dulu la..tu pun akak sekerja aku yang cerita..bila dia pegi tanya bronok kat pasar jer mesti org gelak2..ceit..aku taktau dan aku tak pernah tau rupa bronok tu..ada orang cakap kerabu bronok sedap tapi sila jangan tengok makhluk itu sebelum ianya menjadi kerabu..serius..mesti korang tak makan punya..kalau korang spesis macam aku la..yang sangat-sangat memilih makanan..nampak pelik skit, komfem aku tak makan..haha..demand siot kan..lalalala~
" Bronok merupakan nama sejenis haiwan laut di Langkawi yang menyerupai gamat"
So, kalau korang nak tengok rupa bronok ni silalah berkunjung ke Langkawi Permata Kedah..boleh datang ikut feri dari Kuala Kedah atau Kuala Perlis ataupun boleh naik kapal terbang terus mendarat di Langkawi International Airport..teehhe..ada rupa pemandu pelancong tak??
ni rupa bronok sebelum diproses
ni rupa bronok selepas diproses, dibuang perutnya..
Hari ni aku berpeluang makan kerabu bronok..mak membe aku yang buatkan..mula-mula takut gak aku nak makan sebab dah tau rupanya macam mana before jadi kerabu..tapi disebabkan rasa keinginan nak merasa tahap maksimum..aku try gak la makan..secubit je pun..hehe..of course la rasa macam kerabu..serius..sedap la..hehe..
nie la rupa kerabu bronok..menyelerakan tak??
okey..kalau korang rasa nak merasa macam mana rasa bronok nie..datangla Langkawi..hehe..special kan..
p/s: sangat rindu kerabu ikan tamban ngan kerabu perut buatan puan emak..yummy..yummy..sangat menyelerakan..:p
14 comments:
wow..sedapnyer..
mak buat mmg sedap..
hehe..ayna rindu mak ayna juga..
mcm sedap kan?;)
@ayna: hehe..mmg sedap..bila bjauh dengan mak..mestilah sentiasa merindui masakan mak..
@mila: mmg sedap tapi rupa dia b4 jadi kerabu tu yang menggelikan
makanan ezotik beb!
@kakngah: ezotik??hehe..agak ezotik la jugak
erkk.. kalo terengganu, bronok adalah panggilan untuk sejenis kuih yang ada sagu dan digaul dengan kelapa.. aih. lain negeri, lain makna perkataan.. tenks kerana sudi berkongsi!
geli-la-weh...sedap-btoi-ke?hg-pernah-makan??
@lotfi: a'a..ada try google search gak..different thing same name..:0
@namie: isma yang bawa..serius..sedap...
boleh mkn ke??sedap ke??bulan depan sy ke langkawi.cuti2..
@merahitujambu: ehe..boleh dimakan..sedap2..try la merahitujambu
huh!! compom aku tak makan!!
yuyun: hehehe..sedap la yuyunn
Post a Comment