Tuesday, July 13, 2010

Mari Melihat Laut...












Mungkin sesetengah kita merasakan bahawa laut merupakan ciptaan yang biasa. Tetapi tidak, laut sebenarnya adalah ciptaan Allah yang luar biasa. Laut sangat luas. Hampir tiga perempat muka bumi diliputi dengan laut. Kerana sudah terbiasa kekadang kita tidak merasa bahawa laut sangat luar biasa. Sesuatu yang diciptakan Allah ada hikmah tersendiri.. sesungguhnya ALLAH MAHA BERKUASA DAN MAHA BIJAKSANA…


Pernahkah korang mendengar cerita kapal yang sangat besar bernama Titanic? Semua orang kagum waktu kapal yang sangat besar itu dibina. Kapal yang tidak mungkin tenggelam, begitulah yang diuar2kan oleh jurutera dan arkitek yang membinanya. Ia pun dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk belayar. Seluruh dunia menumpukan perhatian kepada peristiwa yang sangat bersejarah itu. Pelayaran kapal besar yang penuh dengan keistimewaan...Tidak kurang yang rasa angkuh dan megah dengan kehebatan teknologi terkini pada waktu itu.

Tetapi malangnya kapal yang indah dan dikagumi itu ditimpa malapetaka dalam perjalanan. Ia tenggelam setelah terlanggar dengan air yang beku (‘iceberg’). Pada waktu itu dunia terkejut. Kapal yang sebesar dan sehebat itu akhirnya tenggelam juga. Begitu hebat Titanic yang dibina manusia, tetapi hanya sekelumit jika dibandingkan dengan lautan yang dicipta Allah s.w.t.
Saintis mengambil masa yang lama untuk menentukan lokasi di mana tragedi itu berlaku. Tempat Titanic tenggelam terlalu sukar dikesan justeru kapal yang besar itu hanya umpama sebilah jarum sahaja sahaja dibandingkan dengan lautan Atlantik yang sangat luas. Begitu kerdil ciptaan manusia, sedangkan Atlantik bukanlah lautan yang terluas… Lautan Pasifik lebih luas lagi. Janganlah kita membangga-banggakan ciptaan manusia kerana sesungguhnya ciptaan Allah itu adalah ciptaan yang teragung dan terhebat...

Laut merupakan satu terapi ketenangan hati.. Cuba korang try duduk seorang diri sampai melihat keindahan laut ciptaan Allah..Lautan biru yang terbentang luas boleh menenangkan diri..subhanallah..Allah menjadikan alam semester penuh dengan hikmahnya..Hati kita akan menjadi tenang apabila kita memandang sesuatu ciptaan yang langsung daripada Allah. Cuba bandingkan bagaimana rasa hati kita bila melihat bukit-bukau, laut, sungai ataupun tasik dengan melihat bangunan pencakar langit? Yang mana hati kita lebih tenang. Tentulah melihat tasik, sungai dan bukit bukan? Allah bukan sahaja Maha meluaskan rezki, pengampunan dan rahmat-Nya tetapi Allah juga Maha meluaskan alam ciptaan-Nya...SUBHANALLAH...



credit to my bro: md rasidi mat for the marvelous, beautiful and wonderful pic..(aku curik dari fb dia)..hehehe


4 comments:

Anonymous said...

patutla mcm pernah tgk jer pic tu...hahaha

RoSsNie said...

hahaha..btoi2 tuh..mencurik itu sgt baik utk kesihatn..hehehe

mOOn said...

suka jugak tengk laut. sangat menenangkan. tapi selalu jadi takut sebab selalu pk tsunami akan datang secra tiba2.. sekarang lebih suka tengok langit dan awan. Cantik sangat.

RoSsNie said...

hmmm..suke tgk awan gak..suka tgk bintang2 di langit..tyme da prob je..cuba muhasabah diri tgk2 ciptaan allah..pastuh mula nk kuarkn air mata..he..tnda insaf kononn..xdela..allah mnjadikan alam semester dgn begitu indah sekali...subhanallah..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails