Monday, May 17, 2010

16 Mei 2010~SaMBuTaN HaRi GuRu PeRTaMaku...



Kami guru Malaysia
..berikrar dan berjanji..lalalala~


Tatkala menyanyikan lagu nih pagi 16 Mei 2010..aku merasa sebak seketika..hmmm..tak sangka lak dulu aku tgk cikgu2 sekolah aku nyanyi lagu tuh..sekarang aku pulak yg berada di ats pentas membaca ikrar hari guru dan menyanyikan lagu Kami Guru Malaysia..terasa diri ni memegang amanah & tanggungjawab yg sgt besar..Ya Allah..permudahkanlah urusanku dan kuatkanlah imanku Ya Allah..


Wowww..ari ni bertemakan geopark..kemesraan alam sekitar..huhuaa...kehijauan bak pepohon yg berjalan..itulah tema pakaian hari guru sekolah aku..



nih la housemates aku..cun kan..ngheee..hehe~


nih la cikgu2 SMKTP..we're GEOPAKIAN!!



Aku ngan housemates aku masuk pertandingan membuat sandwich..sungguh sedap sandwich kami tetapi malangnya..ada org yg lbh sedap..hahak..papun..tetap enjoy la..menunjukkan bakat semulajadi membuat sandwich..terbaek!!!


Penuh keayuan+kegigihan+kekerjasamaan+ke'debom'an..kui3


ni la hasilnya..santek menawan kan..apa tah lagi kecedapannya..fuhhhh..licin pinggan


Kepada cikgu2,ustazah, ustaz, ecturer, tutor dan sapa2 saja yg pernah bergelar guru kepadaku..aku mengucapkan SELAMAT HARI GURU....jasa dan pengorbanan kalian semua amatlah bernilai..akan aku kenang sehingga akhir hayatku..sesungguhnya guru adalah permata yang terindah dalam kehidupan.."dikau umpama oh sebatang lilin menerangi memberi chaya.." i luv my cikgu...


~Guru oh guru~

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

~usman awang, 1979~

1 comment:

Rossnie said...

kenangan yg terindah..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails