Friday, November 12, 2010

Oh My Cadbury..Oh My Kisses!!


Jumaat..Sabtu..Ahad..Isnin..ohh..sangat gembira..
Tinggal 4 hari lagi sebelum bercuti panjang
Sedang berfikir nak pi vacation..ada sapa-sapa nak teman?terasa nak buat terapi minda..
"kenduri kawen..reunion..berjalan-jalan..bershopping..berdating (opppsss)"....sibuknya..

Hari ni berjaya menghabiskan duit gaji dengan menshoppingkan diri..ohhh..sangat berkesan untuk terapi minda..exactly!!
Macam biasa la..kalau orang datang Langkawi mesti akan bawa balik pinggan mangkuk, periuk belanga, coklat, kain batik, minyak gamat..bla..bla..bla..duty free katakan
Memandang aku berada di Langkawi Permata Kedah..of course la tak terkecuali nak memberatkan tangan..padahal aku rasa jemu jer tengok semua-semua benda tu..tapi terasa gatal tangan nak beli pula..ni la dinamakan nafsu dunia..hehe

Teringat aku masa gaji pertama aku..aku belilah kain batik dan kain pelikat untuk diberikan kepada jiran-jiran dan sedara mara..penuh beg la time tu..punya la sengal kan, dah tau orang kastam akan scan beg, galak letak dalam beg besar juga..sungguh lurus bendol (eh..aku jujur, ok?)
Nasibla masa tu ada member yang kerja kastam..selepas berunding, dia lepaskan aku dengan kain batik dan kain pelikat yang berbelas-belas helai tu..kalau nak ikutkan cuma 2 helai je yang lepas..terima kasih enchik kastam..jasamu dikenang..hehe

Hari isnin ni nak berjumpa enchik dan puan kastam yang setia menunggu di pintu masuk jeti..luggage besar semestinya di tangan..cuti 43 hari tuu..(sila jangan jeles)..segala mak nenek benda nak bawa balik..dah macam orang nak pindah rumah lak..


ni barang yang beli nak bawa balik kampung..tengok bunny biru yang chomel tu..tu untuk anak buah aku..actually dalam tu ada coklat crispy..dekat topi lak ada lubang boleh letak syilling..lepas habis makan coklat boleh menabung..umi yang baik hati kan..hehe
wajib membeli coklat kisses dan cadbury..leh menguyah di kala kelapangan sambil bergosip..:)



p/s: masa untuk menghabiskan marking paper..times up!!bila masa nak packing plak??errrmmmm...

Friday, November 5, 2010

Memori Zaman Kecilku

Tetiba jer teringat Zaman hingusan dulu..sangatla bersuka ria..Doraemon..boleh tak tolong kembalikan saya ke zaman 20 tahun lepas (*nampak sangat dh ketertuaan..hehe)..saya nak kembali menjadi kanak-kanak chomel yang tak payah pikir banyak..main..main..dan main sahaja..boleh ke cam tue??

Saya rindu belajar ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTUVWXYZS
Saya rindu mengira 12345678910
Saya rindu mengaji alif, ba, ta..
Saya rindu bermain plastesin, logo, main masak-masak, main anak patung dengan kawan..
Saya rindu baca doa makan beramai-ramai sebelum makan..
Saya rindu bernyanyi riang (*walaupun suara hancusss..eh..masa tu suara i chomel, ok?)

OH..RINDU MERINDU TERINDU SERINDU RINDUNYA...(*gila punya rindu)


okey..mari kita flash back balik lagu yang selalu budak chomel nyanyi masa zaman tadika dulu..ehe..saya sukee..


ANAK RUSA NANI



"Anak rusa nani baru kembang ekor
Apa dosa kami lalu tidak tegur
Buai laju-laju sampai pohon ara
Apa dalam baju sekuntum bunga cina
Buai tinggi-tinggi sampai cucur atap
Belum tumbuh gigi pandai baca kitab"


BANGAU OH BANGAU



"Bangau oh bangau mengapa engkau kurus?
Macam mana aku tak kurus ikan tak mahu timbul
Ikan oh ikan Kenapa tak mahu timbul?
Macam mana aku nak timbul rumput panjang sangat
Rumput oh rumput Kenapa panjang sangat?
Macam mana aku tak panjang kerbau tak makan aku
Kerbau oh kerbau Kenapa tak makan rumput?
Macam mana aku nak makan perut aku sakit
Perut oh perut mengapa engkau sakit?
Macam mana aku tak sakit makan nasi mentah
Nasi oh nasi mengapa engkau mentah?
Macam mana aku tak mentah kayu api basah
Kayu oh kayu mengapa engkau basah?
Macam mana aku tak basah hujan timpa aku
Hujan oh hujan Kenapa kau timpa kayu?
Macam mana tak timpa kayu katak panggil aku
Katak oh katak mengapa panggil hujan?
Macam mana aku tak panggil ular nak makan aku
Ular oh ular Kenapa nak makan katak?
Macam mana aku tak makan memang makanan aku, memang makanan aku"


RASA SAYANG SAYANG EH



"Rasa sayang eh rasa sayang sayang eh
eh lihat nona jauh rasa sayang sayang eh
Rasa sayang eh rasa sayang sayang eh
eh lihat nona jauh rasa sayang sayang eh
Buah cempedak di luar pagar ambil galah tolong jolokkan
Saya budak baru belajar Kalau salah tolong tunjukkan"


okey, sweet kan kawan-kawan..hehe..jom kita sama-sama mengimbau kembali zaman kita menjadi budak-budak yang lurus bentul, chomel, selalu bersuka-ria dll..^_^


gambar ni aku curik dalam album abang aku..ehe..yang mana aku??of course la yg tomei tu (silalah perasan sebentar)..tengok..masa tu abg aku slim gila..haha..mak aku pulak fesyen rambut kerinting..hehe..so suwiiitttt




..Itulah Sayang




Tanya sama hati apa asal sayang
Adakah tandanya nampak dipandang
Kumbang rayu bunga bulan dan bintangnya
Punya tanda-tanda hubungan mesra

Tanya sama hati pernahkah merindu
Ingat masa lena apa mimpi mu
Masa berjauhan apa nan dikenang
Bila difahamkan itulah sayang

Tanya sama hati apa asal sayang
Adakah tandanya nampak dipandang
Kumbang rayu bunga bulan dan bintangnya
Punya tanda-tanda hubungan mesra

Tanya sama hati pernahkah merindu
Ingat masa lena apa mimpi mu
Masa berjauhan apa nan dikenang
Bila difahamkan itulah sayang

Tanya sama hati apa asal sayang
Adakah tandanya nampak dipandang
Kumbang rayu bunga bulan dan bintangnya
Punya tanda-tanda hubungan mesra

Tanya sama hati pernahkah merindu
Ingat masa lena apa mimpi mu
Masa berjauhan apa nan dikenang
Bila difahamkan itulah sayang



p/s: saya rindu kamuuu :((



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails