Friday, October 5, 2012

Review Makeup Majlis Akad Nikah


Ambil masa yang lama juga nak review everything tentang 'my pecious moment' bergelar PUAN...Rasa busy gila la semenjak dua menjak tiga menjak ni.."SEMOGA DIPERMUDAHKAN OLEH ALLAH S.W.T, SEGALA URUSAN KAMI SUAMI ISTERI"...ameen..:)

Hari ini merajinkan diri review make up untuk solemnization day. Terasa teruja gila bila tengok gambar-gambar dari OP (Jurugambar Pengantin "We Found Love"). So, jom review one-by-one. Untuk hari ni, kita start dengan make up dulu yer.

My MUA untuk solemnization day ialah FYNA..si cantik manis gorges. Mak andam muda yang sangat profesional. Berjaya membuat orang cakap,

" Cantiknya make up"
"You Are Gorgeous"
"Make up kat mana?"
"Pandainya jurumekap ni mekap..."

dan bla..bla..bla.......(sila menjadi PUAN gedik and perasan seketika..teeheee~)

Kita mulakan pembuka bicara dengan 1 gambar dari my OP. Haruslah ada kesan edit-mengeditkan. So, ini adalah paparan gambar dengan editing

PIC BY NORAZAMMUDIN AZIZAN

Seterusnya, mari kita lihat paparan without editing pula






Sangat suka make up FYNA ni. Soft dan marvelous..Sesuai untuk majlis akad nikah yang sederhana. Masa hari akad nikah CR, FYNA ada 3 jobs yang perlu dia pergi so quite rushing juga la. Untuk melilit-lilit tudung CR minta tolong jiran untuk siapkan. Alhamdulillah, ada jiran yang pandai bab-bab ni juga. But before pergi, FYNA ada bagitau macam mana nak lilit. Memang baik la MUA saya ni. Siap text saya lagi tanya, ok ke tak tudung and minta maaf sebab tak dapat tolong siapkan mendandan tudung (betul ke ayat aku???hehe)..By the way..thanks a lot FYNA..Lepas ni boleh la hire FYNA lagi kalau ada majlis apa-apa..hehe

Untuk kawan-kawan yang berminat..bolehlah contact FYNA melalui:

FACEBOOK : Fynahereblog
E-MAIL : fynahere85@yahoo.com

That's all untuk review make up nikah. Coming soon..review solemnization day attire la (ini paling best sebab ada kisah tragis + lawak..hihi)


p/s: Alhamdulillah...tak lama lagi boleh masuk rumah baru..bersyukur ke hadrat Ilahi dengan rezekiMu :)



Friday, September 21, 2012

Alhamdulillah..genap sebulan bergelar isteri


Sudah lama rasanya tidak menconteng something dekat blog ni. Dah rasa penuh dengan sesawang dan berhabuk tebal. Jom mencuci-cuci sekejap ...######@@@

Dua minggu simcard berok band rosak. Ini semua disebabkan sikap careless diri sendiri. Meninggalkan lappy yang terbuka dengan berokband tercucuk di sisi lappy, menggembirakan dan meloncat-loncat dengan penuh kegirangan si anak-anak kecil yang datang ke rumah memicit-micit dan bermain-main dengannya. Sedangkan tuan pemilik lappy sedang bertungkus lumus menyiapkan kerja dan persiapan perkahwinan..oh..takpe, nasiblah akak kat celcom servis tu sangat baik hati layanannya dan FOC untuk menukaran simcard baru.
(Ambik kau...panjang berjela-jela penerangan pasal berokband. Padahal sikap kemalasan yang menggunung tinggi membuatkan diri ini tidak dapat menconteng di blog ni)

Back to the real story..

Alhamdulillah, 21/09/2012..genaplah sebulan saya bergelar isteri kepada encik suami tersayang, Mohd Hafize b. Kassim. The most frequently asked question I got is "best tak kawen?" and "Apa  perasaan after kawen??"

And my answer is BEEESSSSTTTTTTT!!!!!~~ dan sangat-sangat-sangat-sangat-sangat gembira.
*(^__________^) <---- can see the big smile??? kahkahkah (ketawa jahat)

Beliau sekarang halal buatku dan beliaulah Imamku sekarang. The best moment yang tak dapat saya lupakan adalah semasa menjadi makmum kepada Imamku sendiri, iaitu suamiku. Tatkala suami membaca doa dan si isteri meng'amin'kannya, tetiba bergelinangan air mata. Ya Allah, terima kasih kerana mengurniakanku suami yang menyayangiku dan membahagiakanku. I love him so much. May Allah bless my Imam a happy and properous life and grant my luvly hubby to Jannah, so that he can take me along with him..insyaallah...

my luvly hubby...lebiuuuuuuu
I would like to thank everyone who made it to our Ijab Qabul and Wedding..The huuuugggeee thanks to Mak, Ayah, My Siblings, My Family-in-Law, relatives, friends, colleague. The Million-million apologies for any shortcomings, we had a great time and we hope you all did too!!
Terima Kasih dan syukur kepada Allah s.w.t kerana memudahkan urusan kami. Doakan kami kekal bahagia menjadi pasangan yang diredhai Allah sehingga akhir Hayat..


p/s: Jika diberi kesihatan yang baik dan kelapangan masa, Insyaallah akan merajinkan diri membuat review majlis nikah, resepsi dan bertandang...

Saturday, August 4, 2012

Teaser : Wedding attire

I choose the simple dress with my favorite color's combination


Let's counting...Hopefully everything gonna be OK as planned :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails